PHOTOSHOOT RAYA 2021 DI THE EMPIRE STUDIO, JOHOR BAHRU

PHOTOSHOOT RAYA DI THE EMPIRE STUDIO, JOHOR BAHRU | Assalamualaikum. Rasa ralat sebenarnya bila menteri umum Johor Bahru antara daerah yang tak boleh direntasi sepanjang hari raya nanti. Dah laaa tahun ni memang plan nak beraya di JB dulu. Tahun pertama kan beraya sebagai suami isteri. Memang dari awal dah bincang akan beraya di JB. Namunnnnn, Uyul bersyukur Uyul dan Syahmi sempat photoshoot raya di The Empire Studio, JB masa kami melawat keluarga mertua Uyul. Sepanjang bulan puasa, busy sangat Uyul siapkan tempahan kuih raya, Syahmi pulak susah betul nak cuti. Kebetulan 1 Mei lepas Syahmi cuti, dapat lahhh lari kejap balik rumah Mama dan sempat photoshoot raya. Sambil menyelam minum air katanya.

Tahun ni sah sah tak boleh beraya beriyaaaa ya? Kes Covid19 kemahin tinggi! Macam tahun lepas juga lahh ek. Tak boleh ziarah menziarah, kunjung mengunjung. Tapi apa adahal? Kite raya cara kite lahhhh. Kuih raya tetap berhidang atas meja. Ada kuih tunjuk, ada kuih buat sendiri. Baju raya pulakkkkk, hamekkkkauu 4 pasang tahun ni. Kemahinnnnn. Lepas tu dah ada baju raya, kite shoot laaa dekat studio.

Tahun pertama beraya sebagai suami isteri. Haruslah abadikan segala kenangan. Ye tak? Dah dah, korang pergi book slot untuk photoshoot raya di @theempirestudio. Kitorang dah photoshoot awal dah. Tak nak berebut di pagi raya.

Yang bestnya dekat The Empire Studio ni, ada 4 set setup yang korang boleh pilih nak posing macam mana. Jom tengok pakej pakej yang ditawarkan. Mur mur sangat wakk! Ruginya tak grab peluang nih. Dah lahh setup cantik, prop pun disediakan. Kalau korang tak pandai posing, abam abam photographer boleh ajor! Sebabnya dorang semua Professional Photographer. Boleh abadikan kenangan tak beraya kite untuk anak cucu. Hehehe.





Jommm tengokkk gambar gambar yang Uyul dan Syahmi sepanjang photoshoot raya di sana.


















Last but not least, kawan kawan Blogger dari JDT Blogger pun adaaaa. Oh yaaa, untuk pengetahuan semua, Uyul bukan lagi ahli JDT Blogger. Lama juga ya tak jumpa mereka semua. Hampir 2 tahun. Terima kasih pada Sis Lin dan ahli JDT Blogger yang lain, recommend Uyul untuk photoshoot raya di The Empire Studio. 




Korang yang dekat area JB tu, boleh photoshoot raya di The Empire Studio yang terletak di:

The Empire Studio (@theempirestudio)
53-02, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff,
81200 Johor Bahru, Johor


Dah ada gambar raya ni, terubat sikitlah hati yang lara sebab tak boleh beraya beriya tahun nih. Huwarghhh. Dah lahh tahun pertama raya sebagai suami isteri, rupanya beraya depan TV.

Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.