SESUAI JANA PENDAPATAN DENGAN SATE TUNA

SESUAI JANA PENDAPATAN DENGAN SATE TUNA | Salam. Ada peminat sate di sini? Kalau sebelum nih kita disajikan dengan sate berasaskan daging dan ayam. Apa kata cuba satu lagi produk terbaru sate yang dinovasikan berasaskan tuna. Sate tuna telah diperkenalkan di MAHA 2016 lalu merupakan satu produk bersesuaian dengan industri penagkapan tuna yang sedang berkembang di Malaysia.



Produk inovasi ini telah diilhamkan oleh seorang usahawan muda, Suzanna Ahmad, 31 dari Labuan, Sabah. Suzanna berkata, dia mengambil masa seminggu untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) menghasilkan makanan itu selepas dicadangkan oleh Jabatan Perikanan Labuan. Menurutnya, dia dibantu 13 pekerja sudah tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan yang beroperasi di Makmal Pemprosesan di Jabatan Perikanan Labuan.





Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat  isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna. 


Kepada usahawan yang berminat untuk bekerjasama dengan Francais Sate Tuna tidak perlu risau untuk mendapatkan bahan mentah kerana syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.


Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.


Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel: 03 – 8870 4234
No. Faks: 03 – 8881 0343
Email: [email protected] ; [email protected]

7 ulasan:

  1. Tak boleh imagine rasa dia macam mana.. But i bet sedap.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. uyul pun rasa sedappp. sebab feberet tuna

      Padam
  2. Menarik nmpknye sate tuna.. Belum pernh ada lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la kan. nice betul inovasi dia,

      Padam
  3. Biasa dengar sate ayam, daging...ni sate tuna pula...ada peluang kena cuba rasa ni...rare...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn sate tuna. tak pernah rasa lagi nih

      Padam
  4. sate tuna tak pernah rasa lagi..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.