Showing posts with label Gadjet. Show all posts
Showing posts with label Gadjet. Show all posts
BLUETOOTH WIRELESS KEYBOARD FOR MY IPAD MINI | Salam. Minggu lepas Uyul ada shopping sikit dekat Lazada. Geram punya pasal sebab tak ada masa nak update blog lagi lagi bila travel. Ini kes travel naik bas laa nih, bosan dalam bas punya pasal. Memandangkan Uyul ada iPad yang Uyul beli bulan 3 tuari, iPad pun dah memudahkan kerja Uyul cumanya ialah kalau nak taip laju laju tuh memang payoh. Maklumlah jari kita besar gajah. Hahaha. Atas nasihat en.Merah, Uyul pun beli lah keyboard wireless. 




BLUETOOTH WIRELESS KEYBOARD
Didatangkan dengan material plastik yang ringan, bluetooth wireless keyboard ini amat mudah di bawa ke mana mana. Nak nak pulak saiznya yang tidak terlalu besar lebih kurang saiz iPad Uyul je. Ianya terdapat 78 key dan setiap button berfungsi seperti keyboard jenama Apple, amatlah sesuai dengan iPad Mini Uyul. Untuk pengetahuan korang, bluetooth wireless keyboard nih hanya terdapat warna silver dan boleh digunakan sejauh 10 meter dari device korang. Haihh Uyul belum habis godeh lagi sebenarnya. Nanti dah puas godeh, Uyul habaqq mai kat korang naa.


PENTING KE BLUETOOTH WIRELESS KEYBOARD?
Yaaaa!! Sangat penting bagi Uyul. Sebab kadang kadang malas nak angkut laptop ke mana mana. Berat yak mat. Yang best iPad dan Keyboard masuk terus dalam handbag. Hahaha. Baru betul beg Doraemon. So katakan nak travel ke mana mana, tayah dah nak bawak laptop. Safety sikit katanya. Nak online dalam bas ke kereta ke takde hal lah.



DAH TAK BOLEH MALAS
Dah ada iPad, dah ada keyboard wireless, apa lagi alasan nak malas? Haha. Actually, bukan malas. Tapi masih lagi cuba sesuaikan diri dengan kerja menimbun, dengan design berderet, dengan Website tak siap lagi. Itu pasal lah kita utamakan dulu kerja kerja hakiki. But then, Uyul sebenarnya dalam perancangan nak jadi fulltime Blogger. Cehhh poyo betul sejak sejak dapat income dari blog nih. Bukanlah nak poyo, tapi actually memang ada plan nak berhenti kerja dan fokus buat business. So secara tak langsung boleh jadi fulltime blogger. Korang doakan Uyul ye, semoga dipermudahkan segala urusan Uyul.
VIRUS RANSOMWARE | WANNACRY LAH MACAM NIH. Salam. Apa nih. Apa nih. Ransomware tuh apa? Kenapa berlegar legar di timeline Facebook. Dah seminggu jugak orang kecohkan pasal Virus Ransomware nih.


APA ITU RANSOMWARE?
Virus Ransomware ini akan menyerang sebarang komputer melalui e-mail yang mengandungi “attachment”. Apabila seseorang individu membuka e-mail tersebut dan “klik” pada “attachment” yang terdapat pada e-mail itu, maka virus Ransomware akan menyerang komputer tersebut.

BAGAIMANA VIRUS INI BERTINDAK?
Rajah di bawah adalah cara bagaimana Virus Ransomware bertindak.

Melalui pembacaan Uyul di carian Google, Virus Ransomware memang sengaja disebarkan. Hal ini kerana Microsoft ingin memastikan kesemua pengguna komputer diseluruh dunia supaya menukarkan aplikasi mereka kepada Window 10. 

Mengapa Microsoft ingin memastikan kesemua pengguna komputer menukarkan kepada Window 10?
Tidak lain tidak bukan ialah kerana Window 10 mempunyai “agenda jahat” iaitu untuk mencuri atau mengawal segala yang anda taip didalam komputer anda. Setiap huruf yang anda taip didalam komputer akan di hantar ke Microsoft untuk disimpan oleh mereka.

Antara sebab lain, Microsoft inginkan kesemua fail anda disimpan di dalam “Cloud”. Ini adalah supaya setiap fail anda, gambar anda dan dokumen anda akan diketahui oleh Microsoft. Ini memudahkan mereka untuk mengenal anda dengan lebih terperinci. Tidak ada sebarang “Privacy” lagi.


SEBAB LAIN? AGENDA APA YANG MAHU DISAMPAIKAN MELALUI PENYEBARAN VIRUS RANSOMWARE?
Selain daripada itu, melalui satu laman web, sebab kenapa Ransomware itu disebarkan ialah mereka hendak menghalang penggunaan wang “Bitcoin”. Di dalam peristiwa “Ransomware” ini, penjenayah hendakkan wang tebusan dalam bentuk “Bitcoin”. Kenapakah mereka memilih "Bitcoin"? Anda ingin tahu jawapannya? Jacob Rothschild amat benci kepada sistem “Bitcoin” kerana ini akan menghalang mereka daripada menguasai sistem kewangan di seluruh dunia.


SIAPAKAH DIA JACOB ROTHSCHILD?
Dia adalah pemilik Bank Dunia dan juga pemilik Bank Negara di semua negara termasuk Bank Negara Malaysia. Setiap peperangan yang berlaku di dunia ini adalah atas arahan Jacob Rothschild. Setiap bencana yang melanda dunia ini adalah atas arahan Jacob Rothschild.

Duit yang ada pada anda dan juga diseluruh dunia adalah dicetak oleh Rothschilds. Sebab itu mereka ingin memastikan supaya wang “Bitcoin” tidak lagi digunakan oleh sesiapapun.


SEDIKIT TIPS MENGHADAPI VIRUS RANSOMWARE YANG DIKONGSI OLEH RAKAN BLOGGER DI WHATSAPP.
  1. Pastikan tidak buka email yang tidak diketahui sumbernya. Jangan klik email SPAM.
  2. Pastikan sentiasa ON Antivirus / Firewall.
  3. Kalau boleh buat System Restore untuk persediaan jika terkena Ransomware tanpa diingini.
  4. Kurangkan aktiviti muat turun movie daripada web luar negara buat masa ini.
  5. Perisian yang di "Crack" mempunyai risiko yang tinggi. Maka gunalah perisian yang ORIGINAL. Alamak, Uyul kaki PIRATE kot. Aduh.

LAIN PULA DENGAN ENCIK MERAH. TIPS DIA NIH MEMANG RASA NAK KETUK JER.


Update Windows, setel. Katanya! Hahaha. Tapi Uyul memang gunakan Windows 10 pun.


SO KESIMPULANNYA APA?
Betullah apa yang Uyul tahu, Virus yang disebarkan merupakan perniagaan siber yang memaksa orang untuk membeli produk mereka. Siapa yang mencipta virus jika bukan datangnya dari golongan yang menjual antivirus kan? Cumanya, Allahualam. Segala informasi yang Uyul tulis dalam blog ini Uyul dapat dari pembacaan di Google.

So, Relax. Jangan gabra sangat. Kalau korang gabra, makin laju lahh virus bertindak hahaha.


IPHONE 7 & 7 PLUS RED | MENGANCAM SANGAT AWAK. Wahhh, 24 Mac tuari, kemain timeline Facebook penuh pasal iPhone 7 Red yang baru dilancarkan. Sememangnya Uyul dari dulu pengguna iPhone, sejak iPhone 4S lagi. Dan iPhone 4S tuh masih elok lagi weyhh. Dah jadi hak milik Mak sekarang nih memandangkan Uyul dah beli iPhone 5S.  Kiranya hampir 6 tahun lah Uyul menjadi pengguna Apple.




Apa yang bestnya menggunakan smartphone iPhone berbanding peranti lain? Bagi pendapat Uyul, iOS iPhone yang mudah dan tampil old school tuh yang buat Uyul tak nak bertukar ke peranti lain. Nak nak Uyul nih tak suka nak godeh godeh sangat. Lagi satu, iPhone nih dicipta sememangnya lengkap dengan tahap keselamatan yang tinggi. Apps Find My iPhone antara satu fungsi keselamatan yang ada. Cuma yang gediknya, Apple device punya nih tak nak ada pirate pirate. Lagu ke gambar ke tak boleh nak Bluetooth eh. Cuma yang terbaru ada fungsi Airdrop je lah. Tuh pun antara iPhone je boleh. Ahh itu tak ada masalah sebab Uyul dah pro guna iTunes ke iTools ke. Hahahah. Berkat Encik Merah ajar lah nih dulu dulu zaman berchenta. Selain saiz dia yang mesra tangan debab Uyul nih kan dan rekaan dia yang memang tampak eksklusif lagi lahhh memang iPhone ni mahal sebab brand Apple dia, itu yang jatuh cinta dari dulu sampai sekarang. Hahaha.




Spesifikasi iPhone 7 Red didatangi dengan 2 pilihan yang bersaiz 4.7 inc display untuk iPhone 7 dan 5.5 inc display untuk iPhone 7 Plus. Untuk iPhone 7 berkapasiti 128gb harganya adalah RM3699 dan kapasiti untuk 256gb berharga RM4199. Manakala untuk iPhone 7 Plus, kapasiti untuk 128gb berharga RM4299 dan kapasiti 256gb berharga RM4799. Okayy boleh telan air liur kejappp hahaha.


Macam biasa, apa yang ada dalam kotak iPhone nih? 
Korang akan dapat Earpod, USB Cable, USB Power Adapter dan jugak 3.5mm Headphone Jack Adapter.


So, iPhone 7 Red keluar nih, ingatkan nak beli lahh kan. Sebab Merah adalah my favourite color. Hahaha. Mengancam sangat laaahh weyhh. Tapi ongkosnya pun mengancam jugak tuh. Bukan apa, Uyul nih jenis kalau nak sesuatu barang tuh, memang kumpul duit sikit sikit sampai cukup baru lah beli. Macam iPhone 5S nih, 5 bulan jugak lah kumpul duit tiap bulan RM200. Beli secondhand je pun. Tapi tengok harga iPhone 7 nih, weyhhh boleh beli lens DSLR weyh. Hahaha. Napsuuuu napsuuu semuanya.





Ehem, ada sesapa nak belanja Uyul tak? Hahaha. Adoi, tapi bagi yang berkemampuan tuh mungkin tak ada masalah nak beli, beli lahh. Uyul? Hahahah. Ada lah lebih baik Uyul simpan duit weyh. Nak upgrade lens, nak angkat 35mm dan 50mm STM nih. Wakakaka.

Harga iPhone dah boleh buat muka kereta katakoooo. Toksahlahh berangan Uyul.