ABOUT ME

/
0 Comments

Hurm. Mana nak mula nih. Oke oke. Nama dulu oke.

Korang boleh panggil Uyul dengan panggilan Nurul atau Uyul. Nama penuh Nurulsyazwani Binti Rosli. Kenapa bukan Waney? Hahaha. Yang itu korang boleh tengok video kat bawah nih.



Umur pada tahun 2017 adalah 27 tahun dimana Uyul dilahirkan pada 7 Januari 1990. Tahun Kuda ye, yang kekonon lari laju tuh.  Ehemmm macam dah dekat je kannn? Apa lagi uols, sila sediakan hadiahhhhh. Hahahaha. Okayyy gurau je okayyy. Jangan serius sangat. Tapi kalau nak bagi jugak, boleh PM Uyul kat Facebook. Hahaha.

Uyul berasal daripada Batu Pahat, Johor. Dan tak pernah menetap di negeri lain selain Batu Pahat. Tapi Uyul nih dah dikira menetap kat Melaka jugak ler since 5 tahun belajar dekat Melaka. Haaa siapa orang Batu Pahat tuh, sila komen dekat bawah. Senang lepas nih nak ajak lepakk.




Tempat menuntut ilmu yang pertama adalah di Tadika Sri Kilat. Tahun 1995 dan 1996 masa umur Uyul 5 dan 6 tahun. Sambung pulak kat SK Convent Batu Pahat sampai Darjah 6. Sekolah Agama pulak dekat Sekolah Agama Kampung Istana sampai Darjah Khas. UPSR Uyul cuma dapat 3A 2B. Takde ler cemerlang mana pun. Cukup lah buat hati sendiri gembira. Then selepas 13 tahun hidup di muka bumi yang fana ini, Uyul sambung sekolah menengah kat SMK Convent selama seminggu dan lepas tuh dapat tawaran belajar Bahasa Arab Komunikasi. So Uyul sambung Tingkatan 1 di SMK Tun Aminah sampai lah Tingkatan 3. 

Memandangkan Uyul nih zaman sekolah suka ponteng sekolah, jadi nya PMR Uyul cuma dapat 4A 5B. Kira oke lah untuk budak yang ponteng 2 bulan sebelum PMR nih kan. Takde orang bangga pun takpe. Sebab Uyul dah cukup bangga lah tuh. Kalau Uyul tak ponteng, mesti Uyul dapat straight A tau. Kahkahkah. Budak nakal doe Uyul.

Disebabkan Uyul dikategorikan budak nakal dekat sekolah so Uyul amik keputusan untuk keluar dari sekolah tuh. Dan Uyul pilih masuk SM Teknik Muar pada tahun 2006. Dua tahun lah Uyul menuntut di sana. Tinggal di asrama kekonon tak homesick. Padahal... Hahaha. Btw, kat sana Uyul jadi pelajar cemerlang sikit lah dalam kelas. Sebab Uyul rajin kot. Haha. Boleh lah dapat No 1 je tiap kali exam. dan SPM Uyul pulak cuma dapat 2A1 5B3 dan 1C5. Kira oke lah jugak sebab Uyul pun kaki ponteng tak suka balik asrama. Dua bulan jugak melangut kat rumah. Kekonon tak nak balik hostel puaka tuh. Kahkahkah. Childish sungguh doe. Tuh pasal SPM dapat macam tuh jer.

So untuk keputusan yang tak berapa nak cemerlang tuh, Uyul dapat tawaran UiTM Machang, Kelantan course Art and Design.  Dapat bertahan satu semester je since Uyul rasa cam jauh sangat Kelantan tuh. So tukar punya tukar, Uyul dapat UiTM Segamat, Johor. Course Akaun pulak. Itu pun tak bertahan. Adooooo apa nak jadi lah kau nih Uyul. KahkahKah. So lepas berehat panjang tangan nih gatal nak sambung study lagi. Pergi apply UiTM. Sekali amik kau. Dapat pulak dekat UiTM Melaka. Course Office Management. Belajar punya belajar, dapat jugak abeskan Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi dengan CGPA 3.75. Alhamdullillah. Berkat rasa diri dah tua lah kot. Tuh pasal belajar sungguh sungguh. Lepas Diploma, Uyul sambung Degree pulak. Bachelor in Office System Management dekat Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdullillah, grad dengan CGPA 3.62. Dapatlah jugak genggam Ijazah Kelas Pertama. Paling happy bila tak payah bayar PTPTN sebanyak RM13500 weyhhh. Bahagia hidup.

Apa lagi eh? Pengalaman kerja?? Uyul takde lah banyak sangat pengalaman kerja. Cuma masa zaman lepas berhenti UiTM tuh, Uyul ada lah kerja dekat KL, Cameron Highland dan paling jauh di Pulau Pinang. Kira kepala Uyul ikut kepala batu tahap maksima lah tuh. Degil dia masyaAllah. Hahaha. Kelakar bile ingat balik doe. Nakal tak abes. Tapi kalau sekarang korang suruh Uyul kerja jauh jauh, Uyul rasa takut pulak. Ye laa macam macam jenayah haaa zaman sekarang nih. Jangan ikut kepala batu Uyul eh. Hahahaha. Now Uyul kerja kat mana? Uyul kerja di My Photo Shop, Batu Pahat sebagai Sales Assistant cum Designer. Yang nih nanti Uyul cerita panjang okay. Excited jugak nak cerita kat korang pasal kareer Uyul. Ecehhh!

Family? Uyul anak sulung dari 7 orang adik beradik. 3 orang adik Uyul dah nikah. Uyul jer belum ada bayang. Mungkin tak kawen lah kot. Dari Uyul berharap prince charming datang pikat Uyul, baik Uyul kerja sungguh sungguh. Maklumlah niat hati nak travel around the world. Hahaha. Tapi bab jodoh tuh Uyul serah pada Allah, ada jodoh Uyul kahwin, takde jodoh Uyul bujang lahh. Hehehe. 

Okay, cukuplah sampai disini. Nanti kita cerita panjang lagi okay!






#jdtblogger #teambloggerjohor

No comments:

Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.