LUNCH DATE DI DOOKKI KLUANG OUTLET

LUNCH DATE DI DOOKKI KLUANG OUTLET | Fuhhh jauh ya kita ajak CamiAjim lunch date. Sampai ke Kluang kita ajak dia lunch semalam. Tertiba tekak ni terasa nak makan makanan Korea. Sekarang dah senang, tak payah sampai Korea nak makan makanan Korea. Kita ke Kluang je. Ini kali pertama Uyul jejakkan kaki ke Dookki. Sebelum ni ada perasan Dookki untuk second outlet di R&F Mall, Johor Bahru. Untuk first outlet ada di IOI City Mall, Putrajaya. Wahhh ini bermakna Dookki untuk Kluang Outlet adalah yang ke 3 di Malaysia.




MAKNA DI SEBALIK PERKATAAN "DOOKKI"


Mesti korang pun tertanya tanya kan apa makna disebalik Dookki. Uyul pun pada awalnya memang tak tahu pun maksud Dookki tu apa. Rupanya di Korea, Dookki membawa maksud "Two Meals | Dua Hidangan". 1st meal ialah Topokki Pot dan 2nd meal adalah Kimchi Fried Rice. Untuk hidangan pertama, Topokki Pot iaitu hidangan berasaskan sup dengan campuran sos terpilih seperti di bawah. Korang boleh pilih nak sos yang mana. Selepas menikmati 1st meal, untuk meal kedua, just gunakan lebihan campuran sup dan sos tadi untuk masak nasi goreng pulak.
 


Banyakkan pilihan Topokki untuk korang penuhkan dalam container yang disediakan.



SET MEAL 1 : TOPOKKI POT


Topokki ni memang makanan tradisi rakyat Korea. Pada masa lalu, ianya dianggap sebagai makanan jalanan. Walau bagaimanapun, Topokki kini disajikan di restoran dengan perkhidmatan berkualiti tinggi.  Kalau korang nak tahu, dekat 1st outlet Dookki di IOI City Mall, penuh sahaja rakyat Korea yang makan dekat sana. Katanya kalau mereka rindu dengan makanan Korea, memang rakyat Korea di Malaysia akan serbu Dookki di IOI City Mall tersebut. Jom tengok cara penyediaan Topokki Pot.


Mula mula masukkan 1/3 sup ke dalam Topokki Pot. Lepas tu, masukkan pula sos pilihan. Agak agak dah mendidih tu, masukkan pula Topokki ingredient dan siap untuk di hidang. Senang bukan? Apalagi, lepas dah di jelaskan cara menikmati hidangan Topokki ni, Uyul dan CamiAjim pun serbu lah ke bahagian raw material untuk amik Topokki dan sos.


Nampak tak container yang Uyul pegang tu, haaaa yang itu khas untuk isi raw material ya. Yang CamiAjim pegang tu pulak untuk sos. Jangan salah guna container pulak tau kawan kawan. Boleh refer kat gambar di bawah untuk lebih jelas.


Nampak kan yang dekat atas Topokki Pot tu, container yang itu untuk letak Topokki ingredient. Container atas tray tu pulak untuk sos dan ada cawan untuk letak air minuman. Manakala yang lagi 2 container pula sebagai pinggan untuk kita guna isi makanan yang dah dimasak. Oh lupa, tray panjang tu untuk korang isi K-Snacks. Jelas tak? Okay kalau jelas, meh tengok apa Uyul melantak dengan CamiAjim.




Korang wajib cuba semua ingredient yang disediakan. Lagi lagi rice cake. Ada rice cake perisa yam ya. Laaaaa uyul baru tahu. Bertuah betul kan? Fuhhhh, tak ingat dunia ya Uyul sebanyaknya dia makan. Jangan tak tahu, berdua dengan CamiAjim je pun boleh habis tau. Tapi bercinta juga sebenarnya nak habiskan semua ni. Mujur sebelum gerak ke Kluang memang tak makan apa apa. Orang kata, walaupun perut dah sebu penuh dengan hidangan Topokki Pot, My stomach still have the room for second meal, iaitu Nasi Goreng Kimchi.

Untuk Topokki Pot meal ni, korang boleh add on Double Cheese Ring yang berharga RM18.80/nett. Fuhhhh untuk penggemar cheese macam Uyul memang takkan lepaskan peluang melantak ya.


Ya Allah cheese tu sedappp hoi. Salut chicken fried pun ngam!


Pelbagai pilihan mi pun ada. Cuma Uyul kalau dah makan set buffet macam ni, jarang nak makan dengan mi. Korang boleh try kalau makan dekat Dookki nanti ya.



SET MEAL 2: KIMCHI FRIED RICE


Macam Uyul bagitahu tadi, untuk Kimchi Fried Rice, kita gunakan lebihan sos daripada Topokki Pot tadi dan masukkan nasi serta bahan lain ke dalam pot. Tambahkan minyak bijan. Selepas masukkan minyak bijan tu, kacau rata semua bahan dan boleh tambahkan Snow Cheese kalau korang penggemar cheese untuk completekan hidangan.


Lepas dah penat mulut tu mengunyah Topokki Pot, perut pun dah sebu, ehhhh tertiba teringat belum cuba Kimchi Fried Rice. Aduuhhhh rugi sebenarnya kalau tak try. Yang ni pun self service. Korang boleh amik nasi dan bahan bahan lain ikut banyak mana korang nak. Cara masak seperti yang Uyul mention di atas.

Kalau Topokki Pot boleh dihidangkan bersama Double Cheese Ring, untuk Kimchi Fried Rice, korang boleh juga add on Snow Cheese yang berharga RM9.80/nett.



SIDE DISH: K-SNACKS ZONE



Oh ya, jangan dilupa juga side dish K-Snacks yang disediakan. Ya Allah berbaloi betul ya makan dekat Dookki ni. Banyak betul makanan yang disediakan. Tak rugi betul bawak pemakan macam Uyul ni. Licinnnnnn pinggan hoi.



HARGA BERPATUTAN UNTUK SETIAP 1 PAX


RM39.80 untuk dewasa dan RM19.80 untuk kanak-kanak.
Manakala, boleh add on Double Cheese Ring RM18.80 dan Snow Cheese RM9.80.

Untuk air minuman, korang boleh pilih Seven Up atau Pepsi. Ianya percuma.



GRAND OPENING PROMOTION




Kalau korang nak dapat FOC 1 pax, ayuh sekarang sehingga 23 Februari untuk setiap meja akan dapat percuma Voucher 1 pax (untuk next purchase) atau setiap 4 pax akan dapat PERCUMA Double Cheese Ring. Ya Allahhhh berbaloinya haihhh. *Tertakluk hanya di Dookki Kluang*


DOOKKI, KLUANG.
Jalan Berangan, Taman Suria, 86000, Kluang, Johor (bersebelahan Kluang Mall)

 JOM FOLLOW:

1 ulasan:

  1. adui..sedapnya semua ni. macam-macam nak makan kalau baca entri ni. tapi tulah sejenis tak boleh makan banyak. tapi nak makan jugak.

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.