UYUL SHORTLISTED TEMUDUGA EKSEKUTIF HASIL (PENAKSIRAN) E1 LHDNM 2022

UYUL SHORTLISTED TEMUDUGA EKSEKUTIF HASIL (PENAKSIRAN) E1 LHDNM 2022 | Kerjaya Hasil send email,

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah terpilih untuk menghadiri sesi temu duga bagi jawatan Eksekutif Hasil (Penaksiran) Tetap di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Fuhhh berderau juga ya baca email ni. Dua tiga kali jugak lah refresh, ehh betul ke ni shortlisted LHDN? Masa check tu dalam kereta, dua tiga kali cakap kat Syahmi, "Bang betul ke ni betul ke ni?"




Syukur alhamdullilahhhhh, finally keputusan permohonan untuk jawatan ni keluar jugak. Lama tau apply. Apply pada 2 Oktober 2020. Lebih setahun ya tunggu jawapan. Ingatkan tak ada rezeki nak sampai tahap ni. Ya laa dari 15,000 orang, hanya lebih kurang 3000 orang yang berjaya untuk temu duga. Dan katanya dari 3000 orang, kemungkinan hanya 300 orang sahaja yang akan diserap ke jawatan tetap. Moga moga Nurulsyazwani Binti Rosli tergolong dalam 300 orang tersebut. Amin ya rabbal alamin.


Actually banyak ya drama. Sepatutnya 15hb Januari, Uyul dan Syahmi dah pindah semula ke Johor Bahru. Dah dapat rumah sewa dah wak. Dah lock RM200 dah deposit. Tertiba 11hb dapat email dari Kerjaya Hasil ni, terus ya berubah 360 darjah. Fuhhh. Tak jadi pindah, deposit pun burn. 


Cerita dia sebenarnya begini. Ye laaa dah plan nak pindah kan? So Syahmi inform lahh landlord kitorang, mesra dipanggil Abang Taufik. Dipendekkan cerita, lepas Abang Taufik check rumah dan snap gambar sekeping dua untuk tunjuan advertisekan rumah sewa ni, Syahmi pun mintak laaa restu Abang Taufik. Minta dia doakan Uyul ni ada temu duga Eksekutif Hasil (Penaksiran).


Abang Taufik pun macam excited la nak tahu, jawatan apa Uyul dapat pada mulanya. Uyul pun tunjukkan email Uyul dekat dia. Then Abang Taufik cakap, "Kau pangkat boss boss ni, sama lah dengan aku." Ohh ngammmlahhh Landlord kite pun rupanya boss boss LHDN.


Terus ehh Abang Taufik bagi tips tips untuk temu duga ni. First thing first, ofcourselah kena doa dekat Allah. Semua ni bergantung pada rezeki. Selebihnya kena laaa study fact tentang LHDN. Introduce yourself in English tu paling penting sebab dia kata situ lahh panel nak tengok tahan keyakinan diri kita. Study dan hafalkan juga tentang Visi, Misi dan Objektif LHDN. Apa fungsi LHDN, siapa CEO terbaru LHDN. Fuhhhhhh. Banyak nak study ni, banyak nak hafal.


Uyul pun actually ada tanya tips dari classmate Diploma Uyul, Adam Saruan. Dia memang dah bekerja dengan LHDN. Fuh, banyak jugak tips Adam share dengan Uyul. Adam siap cakap peluang kau cerah Uyul, kau buatlah yang terbaik.


Berbalik pada Abang Taufik tu, tahu tak. Lepas dia tahu Uyul dapat temu duga LHDN tu, dia terus suruh postpone untuk pindah JB. Then Syahmi cakap lah dah lock deposit RM200 dah. Terus Abang Taufik cakap, "Takpe, aku bayarkan deposit tu tolak sewa RM200. Kau tak rugi, aku yang rugi. 2 minggu ni study LHDN betul betul."


Allahu, rezeki Allah jumpakan dengan orang baik  baik. Syukur Alhamdulillah. Malam tu Syahmi call Mak & Mama untuk mintak pendapat. Semua kata ikut je saranan Abang Taufik tu. Fokus study, buat yang terbaik untuk LHDN. InshaaAllah ada rezeki.


Actually, tahun 2017 pun Uyul ada apply jugak LHDN. Tapi kecundang di step pertama, Online Assessment. Boleh baca dekat sini http://www.uyulrosli.com/2017/10/keputusan-exam-online-lhdn-20-september.html dan http://www.uyulrosli.com/2017/10/lhdn-exam-online-dukacita-anda-tidak.html


But in meantime, Uyul still lagi job hunting. Actually masa balik JB tu pun memang ada interview dengan Invenio Property. Syahmi pun pergi iv jugak. Masing masing dah decide nak settle down JB. Tu pun puas pujuk Syahmi ya untuk pindah JB balik. Harapnya 2022 ni dapatlah pindah JB balik. Tepu duk kat Batu Pahat ni bila kita dah biasa kerja kan?


Btw, korang, nak minta tolong doakan Nurulsyazwani Binti Rosli berjaya temu duga jawatan Eksekutif Hasil (Penaksiran) E1 Jawatan Tetap dan menjadi pekerja LHDN yang berintegriti, amanah dan bertanggungjawab. Semoga ada doa dari kalian yang diangkat Allah. Dan semoga doa yang baik baik berbalik semula pada korang. Aminnnn ya rabbal alamin. 


Uyul, chaiyokkk!!!

 

Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.