TAUBAT GULUNG SAMOSA HOI! PATUTLAH SAMOSA NI MAHAL

TAUBAT GULUNG SAMOSA HOI! PATUTLAH SAMOSA NI MAHAL | Assalamualaikum. Fuhhhh, dari gulung Samosa, baiklah gulung Popia! Sumpah taubat gulung Samosa ni. Bercinta ya ampun. Ingatkan lagi senang, rupanya lagi leceh. Sajalah gatal kan nak try jual samosa, nak cuba benda baru katanya. Inti semua sama je masih guna inti Popia yang Dapo Uncle jual. Sekali haaaazabbbbbnyaaa SubhanAllah.


Mana tak azabnya kawan kawan, kalau Popia, sejam Uyul boleh keluar 70 ke 80 pcs, Samosa ni cuma boleh keluar 20 pcs SAHAJA ya ampunnnn. Kan ke jauhhhh bezanya tuh. Memang lahhh Samosa ni kalau ikutkan Popia Skin tu kite tak guna sekeping, boleh potong dan jimat sikit dekat Popia Skin. Acahnya boleh jimat lah berapa sen untuk Popia Skin. Ehhhhhh masa pulak dia tak jimat.


Nampak kemas je kan Samosa nih. Rasa pun padat je. Ya laaaa cara gulung tak sama dengan Popia mesti akan nampak perbezaannya. Tapi kalau ikutkan inti dia pun memang Uyul timbang sama rata. Cuma apa yang Uyul perasan, kalau gulungan tak padat atau kita gulung longgar, memang nampak beza kecik besor kecik besor setiap gulungan tu. Tak kira lah gulung Samosa ke atau Popia.

Uyul tuari gulung Samosa, kemahin excited tau. Cakap kat boss hari ni nak try gulung Samosa, tengok berapa jauh boleh pergi. Hamek!!! Duk kira kira ada 20 pcs, ehhhh dahh sejam tau Uyul ngadap. SEJAM CUMA DAPAT 20 PCS. Rekod terburuk rasanya. Mood ke laut dalam sehari tu eh. Mana tak nya nak habiskan 100 pcs. Cuba kira berapa jam tu Uyul ngadap Samosa? 5 JAM okay! 5 JAM! Kalau gulung Popia, 5 jam ni dah 300 pcs outcome tau. Malam tu terus cakap kat boss, TAK NAK DAH KELUAR SAMOSA DAH! Buang masa banyak sangat kat Samosa. Baiklah kite gulung Popia je lah eh.

Patah pinggang weyhh ngadap lama lama. Padahal Popia dengan Samosa, sama je intinya.



CamiAjim cerita kat Uyul malam tuh, Adik Haziq duk panggil A' Famosa je eh. Aseklahh tersasul Samosa jadi A' Famosa. Haaa! Tak jadi lah nak niaga Samosa, Adik pun tak lah tersasul depan customer dah! Hahahah. Lawak betullah. Muka Adik dah lah innocent. Mesti customer duk fikir apa lahh budak ni prank aku. Hahaha, simpan sini lah memori ni Dik. Kalau kau baca, sorry lahh Kak Long asek gelakkan kau aje. Kelakor rasanya.

No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.