RESEPI BINI ORANG | MI GORENG TAUGEH LEBIH

RESEPI BINI ORANG | MI GORENG TAUGEH LEBIH. Assalamualaikum. Hari malas sedunia hari nih ya. Rasa malas nak makan nasi pun ya. Bangun bangun je terus bagitahu dekat CamiAjim hari nih nak masak Mi Goreng versi Uyul lahh. Kebetulan tuari ada beli taugeh dan daun kucai. Terus check bahan apa lagi tak cukup. Mi kuning dan sos cili je. Laju laju mintak tolong suami tercinta pergi kedai.

Jom tengok cara Uyul masak Mi Goreng.


Bahan-bahannya:

Bahan A (dikisarkan)
Lada Kering - 10 batang
Bawang Besar - 1 biji
Bawang Putih - 3 biji


Bahan B
Mi Kuning - 500gram
Ayam - 200gram
Sosej / Fish Cake (optional)
Telur - 2 biji
Sos Cili - 2 sudu
Sos Tiram - 1 sudu
Kicap Manis secukupnya
Kicap Masin secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-caranya:
Kisarkan Bahan A dan tumis bahan yang dikisar dengan minyak yang mencukupi. Pastikan minyak betul betul panas. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga ayam hampir masak. Masukkan ayam yang dah dipotong dadu. Masukkan juga sosej atau fish cake. Apabila ayam hampir masak, masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan kicap masin. Tambah garam sedikit. Pecahkan dua biji telur. Masak bahan tumis dengan api sederhana. Masukkan mi kuning dan daun kucai serta taugeh. Kacau rata. Perasakan dengan garam jika kurang masing. Siap untuk dihidang.


Kalau masak mi goreng nih, taugeh kena banyak ya awak. Baru lahhh sedap. Uyul suka kalau taugeh tuh bila gigit krup krap krup krap. Mungkin sebab hantu ulam ulaman kot. Tu boleh makan mentah mentah.

Korang kalau buntu nak masak apa, meh lahh cuba resepi semudah abc nih. Selamat mencuba!





No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.