PROGRAM PENILAIAN KHAS PEGAWAI TADBIR N41 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR (SPAJ) 2020

PROGRAM PENILAIAN KHAS PEGAWAI TADBIR N41 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR (SPAJ) 2020 | Assalamualaikum. Fuhhh lama peram ye entri nih. Walaupun terlambat, tak apa lah ya, Uyul share entri nih untuk rujukan di masa akan datang. Kot lah mana tahu nextime ada rezeki sekali lagi selagi belum umur 35 tahun ya tak? Uyul apply jawatan N41 under Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor ni dah banyak kali. Kalau ikutkan tahun 2020 ni kali ke 5 lah jawab Exam Online. Alhamdulillah exam yang ke 5 ni Uyul berjaya untuk ke stage seterusnya iaitu Programme Assessment Centre.

Feeling keterujaannya tu MashaAllah. Bersyukur sangat sangat. Mana taknya, kalau dah ke stage PAC, bermakna kite lulus lahh ye Online Exam yang susah macam apa tuh. Syukur Alhamdullillah. Atleast, ada dah pengalaman ke PAC ya. Sebelum ni duk tengok orang lain sampai ke stage temuduga, kite dapat ke PAC pun dah rasa nak menjerit.





Apa itu Programme Assessment Centre (PAC)? 

Sebelum ni Uyul pernah dengar term PAC digunapakai oleh kawan kawan yang berjaya untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). So bila Googling segala info berkenaan PAC, fuhh kemahin padat ya segala aktiviti sepanjang program berlangsung. Kalau sebelum nih, PAC ambil masa dalam 4 ke 5 hari, tapi disebabkan kita semua masih dalam norma baharu pandemik Covid19, makanya segala aktiviti tersebut dipendekkan ke SATU HARI. Can you imagine how long the day we will face on that day? Zzzz...

Jom tengok tentatif program secara ringkas.



Modul 1 (A) - Ujian Psikometrik
Untuk Modul 1 (A) terdiri daripada Bahagian A (21 soalan) dan Bahagian B (172 soalan). Untuk Bahagian A, masa menjawab yang dicadangkan adalah 15 minit. Manakala Bahagian B adalah 25 minit. Untuk Modul 1 ni kalau boleh jangan tipu tipu ek. Kena jujur dan ikhlas masa jawab. Setiap soalan tu sebenarnya nak menguji kite ni fit ke tidak untuk menjadi seorang pegawai.

Modul 1 (B) - Esei Bertulis BM & BI
Untuk Modul 1 (B), ada 4 soalan. Masa menjawab adalah selama 1 jam. Calon wajib jawab 2 soalan, boleh pilih mana mana soalan yang diberi. Cuma satu soalan jawab dalam BM dan satu lagi jawab dalam BI. Keras dan kaku juga tangan ni nak menulis karangan ya. Bertahun tinggal dunia esei. Nak pulak banyak benda nak bebel ehhhhh sekali esei tu tak boleh lebih 300 patah perkataan. Masa ni lah calon diuji kecekapan dalam menyampaikan sesuatu dengan jelas dan padat. Kalau ikut logiknya, kita sebagai pegawai, tak boleh nak meleweh sangat. Fakta tu lah kita guna untuk menyelesaikan sesuatu masalah kemudian hari. Dengarnya PTD pun takde soalan esei ya untuk PAC. Bertuahhhh sangat Bangsa Johor, soalan kemahin menguji betul. 

Modul 2 - Perbincangan dalam kumpulan BM & BI
Untuk Modul 2 ni, semua calon dah dapat kumpulan masing masing. Bergeraklah ke bilik bilik yang dah disediakan untuk setiap kumpulan. Masa ni Uyul dah rasa macam nervous kemahin. Jantung dup dap dup dap. Entah siapalah ek ahli kumpulan kite ek. Dalam Modul 2, perbincangan dalam kumpulan ni ada 2 topik, di mana satu dalam BM dan satu lagi dalam BI. Hmm, kalau BM tu kemahin laju ya semua bercakap, BI tu macam slow sikit masing masing. Tapi alhamdullillah semua main peranan masing masing. Actually dalam Modul 2 ni, penilaian bukan berdasarkan siapa aktif dan pasif. Apa yang dimaklumkan, penilaian untuk Modul 2 ini based on macam mana setiap ahli kumpulan mengeluarkan idea masing-masing tanpa mempedulikan ahli kumpulan yang lain. Maksudnya, kerjasama setiap ahli kumpulan tu perlu ada. Alaaaa kalau korang pernah amik MUET, hahhhh sebijiklah gitu.

Modul 3 - Pembentangan dalam kumpulan (BM) dan individu (BI)
Modul 3. Rasa macam cepatnya ek masa berlalu. Kitorang satu group tak dan nak lunch tengahari tu. Terkejar kejar dengan nak solatnya, mana nak prepare untuk presentation pula. Calon cuma ada lebih kurang 1 jam je untuk sediakan 2 slide pembentangan. Satu individu dan satu lagi wakil kumpulan untuk submit pada Google form yang disediakan. Bayangkan, mana nak prepare untuk individu topik dan kumpulan pulak. Memang tak banyak masa. Patutlah pun kena ambil breakfast berat pagi tu. Uyul sampai ke petang tak makan. Nervousnya tu sampai terbawa bawa masa pembentangan. Rasa macam totally out.

Tapi kan, actually dalam Modul 3 ni, no right no wrong. Penilai langsung tak nak tahu apa yang kita pot pet pot pet kan tu betul ke tak, yang dia nak macam mana kita bawa diri kita lah. Macam mana kita keyakinan kita bentangkang setiap topik yang diberikan. Uyul boleh katakan Uyul out, sebabnya Uyul miss out semua point Uyul. Apalahh ekkk nervous macam apa. Tapi the best part is, Penilai bagi tips untuk semua calon. Penilai pun ada kata yang tak semua orang ada talent untuk public speaking ni dan semua orang memang akan ada nervous tak banyak, sikit.

Modul 4 - Management Games
Yayy! Modul 4, modul paling senang lah ekkkk. Sebabnya modul yang terakhir ni santai santai je. Calon dibekalkan dengan sehelai A4 dan perlu lukis barang atau benda yang disukai. Hmm, dalam santai santai tu, ada cabaran juga ya. Setiap kumpulan perlu jadikan satu cerita untuk semua gambar yang ahli kumpulan lukis. Uyul masa tu lukis Tote Bag. Ada juga yang lukis Berlian, Rumah Banglo, Motor, Wang Kertas, Kasut dan sorang lagi calon tu lukis gambar Bulatan. Haaaa goreng je laaa apa pun ek tentang gambar masing masing tapi kami decide untuk jadikan cerita tentang Integriti. Mencabar okay, sebab semua orang point beza beza kan. Tapi berjaya juga kami Group 11 habiskan Modul 4. Fuhh!!! Legaa yakmat!

Modul 5 - Sukan dan Riadah (Optional)
Eh belum last modul lagi ya. Ada satu lagi modul yang Uyul tak join. Kebetulan Uyul baru lepas bleeding, so tak berani nak join sport apa apa. Tapi just incase in future berpeluang ke PAC, Uyul nak join lah Sukan dan Riadah ni. Walaupun optional, tapi katanya ada form yang perlu di isi. Maybe ada extra marks, kan?


Pipi pau tak dapat dibendung, nasib baju kurung masa Konvo Degree masih muat.

Cakap tentang persediaan, hmm. So so je persediaan Uyul. Study tentang negeri Johor tercinta, study tentang isu isu semasa. Tapi memang masa tu tak bersedia sangat pun. Mungkin masa tuh hati ni berbelah bahagi nak pergi ke tidak PAC. Ehh, tapi stay up sampai ke pagi juga ya. Prepare lahh juga apa yang patut. Yang penting setelah sekian lama tak snap gambar ukuran passport, nahhhhh! Gambar terbaru saya berpipi pau! 


Dah macam Cikgu Nurul pulak yaaaaa.

Syukur, PAC untuk SPAJ ni Uyul berjaya tempuh walaupun ek balik tu dah rasa nak nangis macam apa. Oh ya, pagi tu CamiAjim dropkan Uyul dekat IKWAS (Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Wilayah Selatan), Kluang. Dia terus balik ke JB. Uyul pulak petang tuh tumpang Wajihah balik ke JB, turun dekat Sri Puteri. Sampai je JB, masih cool lagi. Tapi malam tu dah rasa nak meraung pun ya juga, apa lagi saya ajaklah suami saya pusing pusing JB macam selalu. Suami pun layankan aje bini dia ni ek.

No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.