KIPAS SILING BARU UNTUK MASTERBEDROOM

KIPAS SILING BARU UNTUK MASTERBEDROOM | Assalamualaikum. Fuhh tak sangka hebat juga suami kite install kipas siling ya. Macam macam bakat CamiAjim sejak kahwin ni. Terserlah bakat bakat terpendam dia tu. Bertambah sayang pulak dekat suami tercinta nih. Eh nak sayang ke nak cinta nih? Hahaha.


Actually, kipas sebelum ni masih elok je. Kipas baru ni sebenarnya untuk bilik tetamu. Memandangkan masa awal sewa tuari memang kipas bilik tetamu tu tak berfungsi. Landlord pun belikanlah kipas baru untuk kami install. Kemahin lama ya baru sekarang sebuk nak install. CamiAjim memang nak install dekat bilik tetamu tu, tapi ye laa sebab Uyul kata why not install je dekat bilik kite, ehh dia on. Double lahh kerja dia ya. Kesiannn, demi isteri, sanggup yaa bang?


Kebetulan hari Jumaat tuari lepas solat Jumaat tu memang CamiAjim tengah free, dia pinjam staircase Abah dengan segala alat tukang tu, terus dia buat kerja kerja installation. Fuhhhh, kipas baru nih kemahin ya laju dia. Nyaman terus bilik kami. Yang bestnya kipas ni takde regulator, ada remote control. Uyul ingatkan bestlah ada remote ni. Boleh kawal dari atas katil je. Rupanyaaaaaa.....


Ada timer ya kawan kawan. Ya ampun, dia boleh set timer ekkkk. Kepanasan jugaklahhh tengah tidur tuh. Ehhh geram, rasa nak sorokkan je ek remote control ni. Kalau aircond, kite boleh terima lagi tau. Tapi bagus juga sebenarnya. So bila dah kepanasan tuh, confirm terjaga kan? Kalau set alarm dekat handphone, memang buat dek je. Kalau kepanasan masa tidur, nak dengan tak nak je kita terus bangun dari pembaringan.

Alaa macam dulu dulu zaman sekolah, Mak kalau nak kejut kitorang adik beradik, dia off kipas, on lampu. Sapa dulu selalu kena? Hahaha. Mengimbau betul

No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.