DAPAT SUSHI AEON BIG PUN DAH RASA BUNGA BUNGA HATI NI, THANK YOU SO MUCH SAIYANG

DAPAT SUSHI AEON BIG PUN DAH RASA BUNGA BUNGA HATI NI, THANK YOU SO MUCH SAIYANG | Assalamualaikum. Biasalah kan, baru baru kahwin nih semuanya nak bunga bunga ya. Tapi kalau orang lain duk dengar mesti rasa nak muntah ek? Bukannya baru kahwin. Dah nak masuk 4 bulan hoi! Ahhh, Uyul rasa macam baru semalam je akad nikah. Kasi chanceeee lahh. Kalau boleh dah 40 tahun usia perkahwinan pun nak rasa macam baru kahwin juga.

Kisahnya ada lahhhh orang tu kan, buat surprise kat kite. Dia bukannya makan sushi pun ek. Tapi kite pulak hari hari lahh sebut teringin nak makan tu nak makan nih. Cumanya CamiAjim ni mana nak ikutkan sangat teringin Uyul. Kena kawal food intake bagai, cut sugar ofcourse. Entah apa mimpi suami kite nih, dia tiba tiba surprisekan kite dengan sushi.

Macam biasa, CamiAjim kalau balik dari niaga, akan ke Aeon Big, Batu Pahat. Sebabnya situ ada CDM Maybank. Dia memang akan bankin collection setiap hari. Uyul macam biasalah kalau malam tu memang lepak dalam bilik sambil layan socmed ke, layan movie ke, blogging ke. Tertiba je dengar bunyi motor, haaaa suami tercinta sudah pulangggg. Tapi senyap pulak dia. Selalu kalau sampai rumah tu dengar lah juga dia bagi salam.

Ehhh, dia cakkk cakk baaaaa dekat pintu bilik. Sambil tunjuk sushi dia beli tu. Ya Allahhhhh, craving satisfied! Rasa nak nangis dapat sushi. Makan sampai lupa nak baca bismillah ek. Dah alang alang CamiAjim tak berapa gemar sushi, maka Uyul ajor lahh dia makan sushi tu ek. Buh wasabi, buh soy sauce apa semua tuh. Okayyy pass! Nextime kite da ada geng makan sushi dah!



Tapi tu lahh tu, yang paling terharunya bila CamiAjim say sorry sebab tak dapat belikan  Sushi World all time favourite Uyul tu.
"Sorry, abang tak dapat belikan Sushi World untuk Ayang."
But as for me, apa yang CamiAjim sediakan, dah memadai sangat untuk Uyul. Rasa terharu tu sampaikan masa type entri ni pun rasa nak nangis. Nampak ikhlas sangat suami kite nak sediakan semua untuk kite kan. Laki kite ni memang suka buat kite tacingg ahhh!

Suamiku, hanya Allah je yang dapat balas semua susah payah awak untuk lengkapkan makan pakai kite nih. Semoga melimpah ruah rezeki Allah kurniakan untuk awak. Sayang awak lillahitaala. 

Alhamdulillah.

2 comments:

  1. So sweet! Moga bahagia till jannah. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. apa saja dari dia, sangat best kan :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.