SHORTLISTED PROGRAM PENILAIAN KHAS PEGAWAI TADBIR NEGERI N41 (SPAJ)

SHORTLISTED PROGRAM PENILAIAN KHAS PEGAWAI TADBIR NEGERI N41 (SPAJ) | Fuhhh! Alhamdulillahhh. 25 September 2020 yang lepas, Uyul dah attend exam online untuk jawatan Pegawai Tadbir N41, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Dan tadi petang, dah tahu dah keputusan online exam yang lepas. Alhamdulillah, Uyul shortlisted untuk jawatan nih. Itupun, Uyul check dekat website http://johorcareer.johor.gov.my



Skop kerja Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) ni sama macam jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD). Cumanya PTN ni pengambilan di peringkat negeri manakala PTD ni pengambilan di peringkat Malaysia. Kiranya permohonan PTD tu melalui SPA bukan SPAJ. Ada satu lagi jawatan yang skop kerja nya sama iaitu, Pegawai Tadbir Universiti iaitu PTU, adalah pengambilan di peringkat Universiti.

Status permohonan dari PERMOHONAN TELAH DISEMAK bertukar ke PERMOHONAN TELAH LAYAK UNTUK ASSESSMENT. Maknanya online exam tuari Uyul pass! Syukur. Alhamdullillah. Soalan soalan dia agak mencabar ya awak. Nanti ada masa Uyul compilekan dekat sini okay? Tapi, apa yang Uyul paham, kena tunggu email juga ni. Sebabnya dalam email nanti akan disenaraikan keperluan yang perlu dibawa semasa menghadiri PAC ni. Oh ya, PAC tu stand for Programme Assessment Centre.

Memandangkan ini first time nak attend assessment untuk SPAJ, jadinya banyaklah info yang Uyul tak berapa nak tahu. Ni pun masih mencari cari info juga ni. Yang Uyul tahu, akan ada pengucapan awam dalam bahasa melayu dan english. Lepas tu ada LDK iaitu Latihan Dalam Kumpulan dan ada juga group discussion. Ujian Kecergasan pun tak silap ada. Tapi, musim Covid19 ni tak tahu laaa SOP macam mana. Tengok pada email kawan kawan lain yang dah terima email, PAC cuma berlangsung 1 hari je. Sempat ke nak habiskan semua aktiviti tu.

Kalau nak tahu, Uyul dah jawab online exam untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 ni dah ke 5. Yang ke 5 ni berjaya ke stage kedua. Kalau assessment ni berjaya, terus ke stage seterusnya iaitu temuduga. Korang doakan Uyul ya berjaya sehingga ke peringkat seterusnya dan dapat jawatan ni. Bukan apa, susah juga ya nak dapat keizinan suami kite nak bekerja semula.

3 comments:

  1. hye uyul.. saya pun shortlisted juga.. utk penilaian ni uyul kena dtg PAC dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Bellahanna, PAC dekat INTAN, Kluang. Awak?

      Delete
  2. hai uyul. sy pun dapat shortlisted dekat INTAN kluang. awk dapat tarikh bila ye?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.