RESEPI BINI ORANG | KUIH LAPIS SENANG DAN MUDAH DISEDIAKAN

RESEPI BINI ORANG | KUIH LAPIS SENANG DAN MUDAH DISEDIAKAN. Fuhh dah tukar headline RESEPI BINI ORANG. Takde dah ehh RESEPI BUJANG. Sesejak dah jadi bini orang nih, makin rajin cuba benda benda baru. Ya, baru bagi Uyul lah. Orang lain dah lama dah buat kuih lapis ni tau. Kita baru nak cuba buat sendiri.

Actually, sejak dua menjak ni, ada je benda yang kite craving. Nak makan tu laaa, nak makan ni lah. Tapi tak nak beli. Nak buat sendiri. Padahnya kesian kat husband, dua tiga kali lah kena pergi kedai. Kisahnya dekat rumah kehabisan tepung beras, dah alang alang CamiAjim dekat luar, kirimlah dia beli. Rupanya waktu tu dia dah sampai rumah ek. Okay, syukur husband layankan juga tekak nak buat kuih lapis. 

Uyul plan nak buat malam sikit lah sebelum tidur. Dalam pukul 10 macam tuh ke kan. Ehhhh, sekali bila keluar keluarkan bahan nak buat tu, SANTAN PULAKKKK TAK ADA! Dengan muka bersalahnya, minta CamiAjim tolong ke kedai lagi. Alaaaa siannnnn laki aku! Maaflahh bang, kite ingatkan santan ada lagi. Habis rupanya.

So, gais. Bahan dah complete! Jom tengok cara cara nak masak kuih lapis ni sumpah senang gila!




Bahan-bahannya:
2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 cawan Gula
1 kotak Santan
3 cawan Air
1 sk Garam
Pewarna Makanan

Cara-caranya:
Isi air secukupnya dalam pengukus dan panaskan sehingga mendidih. Sementara itu, sediakan bahan bahan di atas. Blend semua bahan kecuali pewarna makanan. Blend sehingga bahan sebati. Bahagi dua adunan yang telah diblend. Kalau Uyul, Uyul bahagikan guna senduk supaya sama banyak. Satu bahagian letakkan pewarna. Dalam resepi ni, Uyul tak ada pewarna merah, pewarna kuning pun boleh. 

Bila dua adunan tu dah ready, masukkan loyang ke dalam pengukus. Masukkan layer by layer. Uyul mulakan dengan adunan yang tidak diletakkan pewarna. Kukus selama 5 minit. Layer pertama dah masak, masukkan adunan yang berpewarna. Ulang step ini sehingga adunan habis. Layer yang terakhir tu, kukus selama 15 minit. Siap!!!

Senang bukan? Esok pagi dah boleh potong potong buat sarapan. Kite paksa husband kite puji sedap banyak kali. Tapi sungguh, lembut sangat kuih lapis Uyul. Lembut lembut pun, senang nak potong tau. By the way, korang makan kuih lapis, bukak by layer macam Uyul tak? Ni mesti semua pernah buat kan?

Selamat mencuba korang!

1 comment:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.