MAJLIS MERISIK CIK NURUL

MAJLIS MERISIK CIK NURUL | Salam. Lamanya Uyul simpan entri ni ye. Tak publish pun ya awak. Haaa baru sekarang nak publish. Alhamdullillah. Majlis Merisik Cik Nurul pada 24 November yang lepas went smooth. Never imagined I would be this happy. Alhamdullillah. Alhamdullillah. Syukur alhamdullillah. 


So yeahh, Uyul dengan Syahmi dah mula serius sejak June 2019. Ingat lagi, 6 September yang lepas, kami borak borak kosong pasal hal nikah kahwin. And that day lah Uyul terima lamaran Syahmi. Yelaaa, sebelum nih macam yakin tak yakin je kan nak kahwin. Tapi tu laaa, nak tunggu ready, sampai bila pun takkan ready. Nak jadikan semua tu kenyataan, caranya dengan set komitmen lah kan. Bincang punya bincang, Syahmi pun duk bagitahu Mama dia yang dia dah ready nak settle down dengan Uyul, terus set nak masuk merisik pada 24 November dan kami akan bertunang pada hujung bulan  Disember. So 24 November yang lepas, itulah kali pertama keluarga kami berkenal kenalan.


Uyul pun balik Batu Pahat sehari sebelum tuh dengan bas, settle everything, tolong Mak masak semua. Alhamdullillah siap tiga hidangan makan tengahari. Ikan siakap masak sweet sour, ikan parang masak asam pedas, ayam goreng dan sayur kacang buncis. Terima kasih kat Mak dan Dekni sebab bertungkus lumus tolong Uyul untuk masak semua.

Dalam 2:00 pm gitu keluarga Syahmi pun sampai dari Johor Bahru. Uyul dah tak keruan dah masa tuh. Tak tahu patut buat apa. Nak duduk dapur je ke. Haishhh, lepas tuh adik Uyul panggil suruh ke depan. Uyul dah lah gabra cam hape. Bila dah ke ruang tamu tu, semua duk tengok kita. Ya Allah kita jalan pun tunduk jeeee tau. Jarang jarang ehh berlaku seketul Uyul jadi pemalu. Hahaha. Dah ke depan tuh, Abah terus panggil. Serahkan cincin. Uyul dah tak tahu nak buat apa weyh. Tang tang tu jugak Mak sarungkan kat Uyul. Yaaaaa ampun, gitu ke adatnya merisik? Sumpah tak tahu. Hahaha.

Uyul actually geram dengan Syahmi tau on that day. Ada ke lepas dia dropkan family dia, dia pergi jalan tah ke mana mana. Wah wahhhh, sedap je ehhh tinggalkan kita sorang sorang hadap keluarga. Ya, tahu lahh awak gabra juga, tapi tayahlah jauh sangat pergi nyaa tuh. Dah Uyul call suruh dia balik, nak makan ni. Ngada betul nak pergi jauh jauh. Rasa nak cubit cubit jeeeee. Hahaha. Sebbaik dah sarung cincin weyh. Kalau tak, merajukkkk sampai sudah.

Lepas settle semua urusan merisik tuh, Uyul dengan Syahmi pun balik ke JB dalam jam 4:00pm. Itu pun sebab malam tuh Syahmi nak kena buat cleaning dekat UTM. Plannya nak laaa balik malam sikit kan. Tapi sebab yela tumpang Syahmi kan nak balik JB, kesian pulak dia kerja malam tuh. Dah sampai JB, Uyul masih tak percaya bakal jadi tunangan orang. Sampai ke hari ni masih tak percaya dah nak kahwin.

Untuk persiapan Majlis Tunang pulak, dah hampir 80% selesai. Bab barang hantaran, settle dah. Acah acah nak cut cost, nak berjimat. Eh sedar sedar dah RM1200 juga habis ek. Acah acah nak buat simple simple, ehh ada pelamin, siap book photographer pula ya Cik Nurul. Tah, bila fikir balik, nikah kahwin nih sekali seumur hidup. Pernah cakap kat Syahmi nak buat simple simple, tapi Syahmi kata, majlis kahwin nih majlis untuk Mak Abah kita, jadi kena buat sesempurna mungkin. Selagi tak over limit, okay lahhh. Jangan membazir je. Nanti Uyul cerita camna Uyul bajet untuk Majlis Tunang ya.

Korang, doakan Majlis Tunang kami berjalan lancar okay?

8 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah uyul. Semoga majlis berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  2. Tahniah uyul. Semoga semua urusan pertunangan dan urusan yg seterusnya tu dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. Tahniah.
    Semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. tahniah uyul..smoga dipermudahkan segala urusan utk next step..amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah Uyul. Semoga bahagia hendaknya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah Uyul… tak sabar la nak tggu Disember

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah...semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.