HAPPY BIRTHDAY, SAYANG.

HAPPY BIRTHDAY, SAYANG | Salam. Alhamdullillahhhh, CamiAjim turns 26 on 11/12/19. Dah tua setahun dah awak ye. Uyul berjaya juga celebrate birthday dia seperti yang dirancang walaupun ek dia macam dapat detect ek. Hahaha, maaflah awak. Kite dari awal memang dah cakap kan yang kite tak pandai buat surprise tapi nak juga buat surprise. Memang last minute planning pun sebenarnya. Awal awal tuh duk fikir nak birthday treat CamiAjim dekat Marco Polo Kitchen je, tapi ehhhh terorder pulak balloon, ehh tersinggah pulak Moonlight Cake beli kek. Haaajomm tengok video makan-makan Uyul dah upload kat Youtube.



Memang bulan lepas lagi dah bagitahu CamiAjim yang Uyul nak bawak dia makan dekat Marco Polo Kitchen since ada promo Buffet Ala Carte "All You Can Eat" hanya RM35 satu kepala. CamiAjim pun onnzzzz. Tapi awal awal dah pesan, "AWAKKKK, JANGAN MEMBAZIR EHHHH!" Alaaa, Uyul pulak. Ada certain part Uyul memang tak dengar cakap dia. Hahaha. Yela, dah nama pun birthday treat, mesti laa nak something special. Itu pun dia cakap cukuplah makan dekat Onn Kitchen (tempat fav kitorang kalau dating, hahaha....). Tapi Uyul nak juga grab promo Buffet Ala Carte "All You Can Eat" Marco Polo Kitchen tuh.

So, hari yang dinanti nantikan tuh pun telah tiba ek. Punya lah rasa panjang betul 11 Disember 2019 nih. Dah macam 34 jam sehari pula. Tak sabar betul nak malam. Plannya memang lah nak makan lepas Magrib. CamiAjim as usual amik Uyul kat rumah, so terus ke sana. Sampai sampai je, terus masuk restoren. Haaaa, nampak lahh muka terharu diaa tuh nampak Bubble Balloon bebesor tulis nama dia ek. Hahaha. Yang ini pun memang Uyul last minute plan. duk skrol kat Instagram, jumpa Instagram @dadeecool_partyshop, lepas tuh terus je book. Murah je gais, Uyul rasa berbaloi lah juga beli. Korang boleh skroll IG Dadee Cool ni okay. Mana tahu korang pun berkenan nak order dan surprisekan yang tersayang juga.

Dalam pukul 3 macam tuh Uyul pickup dekat Nong Chik. Uyul ke sana dengan Fatin. Dah alang alang pergi bankin collection dekat City Square, so kite singgah lah amik tempahan belon tuh sekali. So, lepas habis kerja camtuh, Uyul pergi hantar ke Marco Polo Kitchen sebab yela kang macam mana nak buat surprise kat dia pulak. Alaaa lagipun Bukit Indah dengan rumah Uyul tak jauh mana. Dah hantar tuh, Uyul macam rasa tak lengkap lah takde kek. Birthday kot. Takde kek macam tak best. Haaa, terus singgah Moonlight Cake House dekat Bukit Indah juga untuk beli kek. Alhamdullillah dapat juga harga yang berpatutan terus grab. Tuh yang plan dengan service crew Marco Polo Kitchen untuk keluarkan kek masa kami tengah sebuk makan tuh.

Then lepas hantar kek dan belon tuh, Uyul terus balik rumah, siap siap semua. Dalam jam 8:00 malam, CamiAjim sampai dan kami terus ke restoran. Sepanjang dekat meja tuh, nampak CamiAjim senyum je. Ya Allah rasa handsome sangat tengok dia senyum senyum gitu. Korang tengok lah kat video tuh, haihhh manis betul.

Kita tak nak mintak banyak pun awak, kita nak awak senyum bahagia macam semalam tuh. Kite pun rasa bahagia sangat sebab dapat bahagiakan awak. 
Dah nama pun Buffet Ala Carte, so boleh lah order apa yang korang nak makan. Kitorang order kemahin banyak ehh. Uyul punya tahap lapar tuh tak boleh bawak bincang. 16 menu eh order termasuk air. Hamboi, tengok lah resit kat bawah nih hahhh pun. Uyul sebenarnya masa makan tuh tak berapa nak keruan tau. Uyul cam gabra camne nak bawak keluar kek tuh. Uyul pergi kaunter, bagi signal pada staff untuk bawak keluar kek. CamiAjim dah lah tak habis habis cakap, "Awakkk, awak takde prank kita kan? Takde tibe tibe orang nyanyi lagu hari jadi kuat kuat kan?" Aduhhhh dia nihhhhh, camne dia boleh baca apa Uyul plan ek.

Tapi sebab tak nak malukan dia, hahaha, Uyul dah pun bagitahu staff jangan pasang lagu. Setakat nyala lilin dan nyanyi kat table kami je. Yeahh sekali lagi CamiAjim senyum lebar. Surprise menjadi kan kan? Walaupun dia macam dah dapat detect je semua yang Uyul plan. Siot betullahhhh. But then, overall, alhamdullillah. Walaupun CamiAjim duk bising berapalah total damaged Uyul prepare semua tuh. Hari bahagia dia kan? Mestilah kita nak dia betul betul bahagia, haiihhhhh Uyul taip ni pun duk sempat senyum lagi ek. Tak boleh move on betul.

Tak pernah orang celebrate birthday kita camni awak.

Dont worry sayang, kite punya birthday pun takde orang celebrate meriah meriah. Last year lagi lahh masa birthday Uyul, Uyul nangis satu hari kot. Hahaha, malas nak ingat tapi alhamdullilah, inshaallah nextyear kite tak sambut birthday nangis nangis dah. Dah ada tunang dah kan masa tuh.


So yeahhh. Alhamdullillahhh. Semoga awak terus rasa manisnya bahagia sebagaimana awak bahagiakan kite. Kite rasa macam tak cukup sweet je kan tak wish panjang panjang kat awak. Kita abadikan ucapan panjang lebar untuk awak kat dalam entri ni ya. Awak jangan menangis terharu pulak tauuu!

Muhammad Syahmi Hazim Bin Sulaiman, selamat ulang tahun ke 26, sayang. Lepas nih setiap tahun, kita akan ada untuk awak sampai bila bila. Tahun pertama sambut hari bahagia awak and many more years to go. InshaaAllah lepas nih dengan anak anak pula.

Kite doakan semoga Allah makbulkan semua doa doa awak. Kite doakan Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk awak. Kite doakan semoga Allah mudahkan segala urusan awak. Kite doakan awak dapat pikul tanggungjawab sebagai suami dengan penuh amanah. Kite doakan agar hubungan kite berdua kekal hingga syurga. (Sila baca takde surat kebenaran nikah kali kedua dibenarkan.)

Terima kasih sebab terima kite, terima baik buruk kite, terima kelebihan & kekurangan kite. Terima kasih sebab sudi jadikan kita bakal isteri awak, bakal menantu dalam keluarga awak dan sudi jadikan kawan kawan awak kawan kawan kite. Terima kasih sebab tak jemu dengar kite membebel, dengar kite mengadu pasal kerja, mengadu pasal everything. Terima kasih sebab sudi pinjamkan shoulder to cry on, jadi a friend to rely on. Terima kasih sebab sudi ketuk pintu hati kite untuk move on dan let go everything yang menyakitkan kite. Tak cukup sehari nak list semua kebaikan awak. Semoga yang baik baik untuk awak juga.

Lillahitaala, kite sayang sangat kat awak.

Love,
Cik Nurul

4 comments:

  1. Nampak wajahnya penuh rasa terharu campur malu, Uyul. Akak lak yg genang air mata tengok

    ReplyDelete
  2. So sweet..semoga susah senang korang sama2 boleh lalui..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.