APA ITU "JOINT MANAGEMENT BODY" DAN "MANAGEMENT CORPORATION"?

APA ITU "JOINT MANAGEMENT BODY" DAN "MANAGEMENT CORPORATION"? | Dulu masa awal awal masuk bidang Property Management nih, Uyul macam blur blur alam tak tahu apa itu Joint Management Body. First 6 months Uyul ditempatkan di sebuah apartment di Larkin sebagai Admin Executive. Dengan takde basic langsung, dengan tak tahu apa apa langsung bidang Property Management nih, aduhhh bila dengar JMB lah MC lahh, saya confuseeeee! Tapi ya lah, dah dua tahun dalam bidang nih, dah jadi Building Manager lebih kurang setahun setengah kalau masih tak tahu lagi term term macam nih, kite tak tahu lah nak cakap apa ya Syazwani.



Korang yang tak tahu juga tu, jom baca perkongsian Uyul kali ini.


Apa itu JMB & MC?
JMB atau nama panjangnya Joint Management Body, dalam bahasa adalah Badan Pengurusan Bersama. Manakala MC atau nama panjangnya Management Corporation, dalam bahasa adalah Perbadanan Pengurusan Bersama. JMB dan MC adalah badan berkanun yang dibentuk untuk mengurus dan menyelenggara bangunan terbahagi dan harta bersama dalam pembangunan strata.

Secara ringkasnya, JMB dibentuk jika MC belum terbentuk. MC pula dibentuk selepas tuan punya asal tanah pembangunan berstrata, yang biasanya pemaju, berjaya memohon untuk Pejabat Tanah mengeluarkan "Strata Title" bagi petak masing-masing di dalam bangunan. JMB dibentuk sebelum Pejabat Tanah mengeluarkan "Strata Title" bagi petak masing-masing di dalam bangunan. MC dibentuk selepas Pejabat Tanah mengeluarkan "Strata Title".


Apa itu "Management Committee"?
JMB dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC - Joint Management Committee) dan MC dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan (MC - Management Committee). Ahli jawatankuasa dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan. Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, bilangan ahli jawatankuasa yang dipilih untuk Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) dan Jawatankuasa Pengurusan adalah antara 3 dan 14 pemilik unit.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih perlulah menjalankan tanggungjawab mereka demi kepentingan penduduk sejagat. Mereka tidak boleh menyalahguna kuasa yang diberikan kepada mereka demi kepentingan peribadi dan sebagainya. 

Untuk layak untuk dipilih sebagai ahli jawatankuasa, pemilik mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan telah membayar tunggakannya dalam caj penyenggaraan dan dana tenggelam sekurang-kurangnya 7 hari sebelum AGM. Untuk pengetahuan korang, wakil proksi tidak layak untuk pemilihan ahli jawatankuasa. Antara syarat wajib untuk menjadi anggota jawatankuasa adalah seperti berikut:


  1. Dia bukan seorang yang bankrap.
  2. Dia masih pemilik unit.
  3. Dia tidak disabitkan dengan kesalahan penipuan atau ketidakjujuran.
  4. Tingkah laku beliau atas tugasnya sebagai ahli jawatankuasa tidak boleh mendatangkan kecurigaan pada JMC / MC.
  5. Dia mestilah berfikiran yang baik dan mampu menjalankan tugasnya.
  6. Jika dia Pengerusi, beliau tidak boleh tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa 3 kali berturut-turut tanpa kebenaran JMC / MC.
  7. Jika dia bukan Pengerusi, dia tidak boleh tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.
  8. Dia tidak boleh ada "Management Charge" dan "Sinking Fund" (termasuk faedah) tertunggak selama 3 bulan berturut-turut.
  9. Jika dia melakukan pelanggaran undang-undang kecil yang serius, dia mesti menyelesaikan isu tersebut dalam masa 14 hari dari notis dari JMC / MC

Jika ahli jawatankuasa gagal mematuhi syarat-syarat di atas, dia dianggap telah mengosongkan jawatannya sebagai ahli jawatankuasa. JMB / MC boleh melantik pemilik lain untuk menggantikan ahli dan memegang jawatan. Seorang ahli jawatankuasa boleh meletak jawatan dari pejabatnya pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada JMB / MC.


Sekian, bebelan seketul Uyul. 
Nextime kite share topik lain pula ya.
Semoga artikel ini membantu korang!

2 comments:

  1. Allahu sangat bermanfaat. Sebelum ni dengar kat iklan ja perkataan strata tu tapi tak faham apa satu pun. Haha

    ReplyDelete
  2. Good info & knowledge,
    Done follow #825

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.