BERCUTI KE PERMATA KEDAH ‘PULAU LANGKAWI’ MUSIM CUTI SEKOLAH INI

BERCUTI KE PERMATA KEDAH ‘PULAU LANGKAWI’ MUSIM CUTI SEKOLAH INI  | Musim cuti sekolah dah nak dekat geng. So dah plan ke belum destinasi nak bercuti dengan family atau kawan-kawan? Pada yang belum tu, boleh teruskan membaca. Pada yang dah tu, boleh juga teruskan membaca kot ada la maklumat baru boleh dapat.



Jadi, hari ni Uyul nak cerita sikit mengenai destinasi pelancongan pilihan ramai. Dia punya meriah boleh dikira sepanjang tahun, cuma jenis pelancong je bertukar-tukar ikut bulan. Untuk hujung tahun ni, dah tentu la penuh dengan pelancong tempatan sebab dah mula cuti sekolah. Destinasi yang Uyul maksudkan ni, Pulau Langkawi. 

Pulau Langkawi memang sangat sinonim dengan ikon burung helang, tempat shopping cokelat, shopping pinggan mangkuk dan beberapa lagi tempat yang menarik untuk korang pergi. Uyul plan nak pergi bercuti ke sini dalam masa terdekat. Jadi Uyul cuba cari serba sedikit info tempat tempat menarik untuk Uyul kunjungi. So Uyul harap ada lah idea kat korang untuk merancang cuti jugak.

Uyul akan ke Pulau Langkawi menggunakan perkhidmatan penerbangan. Sebab Uyul malas fikir nak turun naik feri. So Uyul akan ke KLIA2 menaiki KLIA Transit, tiket train korang boleh click cheap KLIA Transit deals. Harga memang mampu milik dari Traveloka ni. Dengan train, Uyul akan terus meluncur masuk di dalam KLIA2. Setel semua proses check-in luggage, depart dan mendarat di Langkawi Airport. Based on experience orang lain, perjalanan sangat lancar dan smooth je kalau menggunakan perkhidmatan penerbangan. Disebabkan Uyul tak menyewa kereta kat Langkawi, dari airport Uyul akan ambik private transport dari airport untuk ke hotel. Yang ni pun boleh book through online di airport taxi online deals. Diyakini dan dipercayai. Korang patut cuba.



Sebenarnya dah beberapa kali dah Uyul sampai Langkawi ni. Tapi macam nak update apa yang dah ada yang sebelum ni tak ada. So far dari info yang Uyul tengok, tak ada la perubahan sangat. Cuma sesetengah harga cokelat la macam dah naik sikit. Huhuhuhu 

Okay la, to be short, kebanyakan tempat yang Uyul akan pergi, masih sama, cuma ada la penambahan beberapa fasiliti di sekitar tempat tu macam kedai-kedai makan dan kedai membeli cenderahati. Tapi apa yang masih Uyul teruja dari dulu sampai sekarang ialah Sky Bridge dan Cable Car. Yang ni ada improvement sikit sebab dia dah start ada glass floor Gondola. Maksudnya cable car tu, lantai dia berkaca. So instead of korang boleh tengok kiri kanan depan belakang, korang boleh tengok ke bawah tempak korang berpijak and of course la ada bayaran lebih. Berhuhuhuhu jugak la lebihnya tu. Sekali seumur hidup aje la. Hahaha. Tapi kalau jenis gayat tak boleh blahhh tu, adalah baik korang lupakan dulu hajat nak cabar diri tu. Uyul steady je nih. Hahaha, kita tengok steady tak steady.

Kalau nak diikutkan, memang banyak tempat-tempat menarik yang ada kat sana. Korang pun boleh Google, macam-macam tempat ada. Kalau seminggu pun tak sempat habis nak jalan-jalan. Jadi nasihat Uyul, korang rancang betul-betul mana yang korang nak pergi.

Kat bawah Uyul kelaskan tempat-tempat ni mengikut kategori masing-masing beserta waktu operasi dan harga tiket. Senang korang nak refer lepas nih.


Santai-santai (untuk korang jalan-jalan sambil gelak ketawa dan bergambar)

Cable Car Langkawi 



Waktu Operasi
Setiap hari 9.30am- 7pm
(Peak season kaunter akan bukak awal sikit)

Harga Tiket – Pelancong Tempatan
Kanak-kanak RM30 / Dewasa RM40


Underwater World Langkawi


Waktu Operasi
Setiap hari 10am – 6pm
Cuti sekolah & Cuti Am 9.30am – 6.30pm

Harga Tiket - Warganegara
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM26 / Dewasa RM36


3D Art in Paradise Langkawi


Waktu Operasi
Isnin – Ahad 9am – 6pm

Harga Tiket 
Kanak-kanak RM20 / Dewasa RM30


Dataran Lang



Waktu Operasi 
Sentiasa dibuka

Harga Tiket
Percuma



Ayer Hangat Village


Waktu Operasi 
Setiap hari 9am – 5pm

Harga Tiket
Kanak-kanak bawah 12 tahun PERCUMA / Dewasa RM5


Langkawi Upside Down House


Waktu Operasi
Isnin – Khamis 10am – 6pm
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti sekolah dan Cuti am 9am – 8pm

Harga Tiket
Kanak-kanak RM15 / Dewasa RM 18


Kawasan pantai dan laut (Lokasi pantai yang korang boleh pergi)

Pantai Cenang


Pantai Tanjung Rhu


Pulau Payar Marine Park



Pulau Beras Basah



Pantai Pasir Tengkorak



Pantai Tengah





Adventure (Tempat yang memerlukan sedikit sebanyak keringat dan tenaga korang)


KILIM Geoforest Park


Waktu Operasi
8.30 am – 5:00 pm

Harga Tiket
Anggaran RM300/bot.
1 bot memuatkan 8 orang.


Skytrex Adventure Langkawi


Waktu Operasi
First session 9am, Second session 3pm

Harga tiket:
Little Legend Adventure RM65
Eagle Thrill RM75
Island Extreme RM85

*Kalau beli online murah sikit*


Tasik Dayang Bunting


Waktu Operasi
Terbuka

Harga Tiket
Kanak-kanak RM3 / Dewasa RM5
Paddling boat RM5/jam


Langkawi Canopy Adventure


Waktu Operasi 
Setiap Hari

Harga Tiket
R180 ke atas


Shopping (Tempat untuk korang shopping cokelat dan pinggan mangkuk)

Yang mana kaki shopping tuh, memang datang semata nak shopping cokelat dan pinggan mangkuk, korang boleh ke:

Idaman Suri
Haji Ismail Group
Rams Home Decor Sdn Bhd
Zeno Duty Free Shopping Centre
Langkawi Fair




Jadi, ini lah dia sedikit sebanyak tempat-tempat yang korang boleh cover untuk berseronok, enjoy dan shopping di Pulau Langkawi. Aku harap ada la info yang membantu korang dalam merancang bercuti kat Langkawi ni. Kalau pergi tu, pergi ramai-ramai sebab ada sesetengah tempat tu harga discount kalau beli dalam group. Sama jugak dengan harga untuk naik bot. The more the merrier. Uyul rasa setakat ni je dulu yang Uyul boleh kongsi. Nanti Uyul share lagi tempat lain yang menarik. Okay semua. Selamat travel!!


Sumber Gambar: Google

No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.