SATAY SEDAP SKUDAI ADA DI TEMBAGA TOMYAM

SATAY SEDAP SKUDAI ADA DI TEMBAGA TOMYAM | Salam. Fuhh bahagia ekk rasa bila kita saja saja cakap je, terus dapat! Saja je kot cakap kat Syahmi hari tu masa Alip datang JB, kitorang makan satay. Tapi tak puas! Sebab order 20 cucuk je. Ehh, tiba tiba malam tuh Syahmi bawak makan Satay. 


Hamekkauuuu 20 cucuk Syahmi order untuk kita. Kemahin ek Uyul heavy betul dinner dia ya. Tu baru satay tau. Syahmi siap order 2 pinggan nasi putih, telur bistik dan daging masak sambal lagi. Seperti biasa, sebahagian nasi Uyul akan ke pinggan Syahmi. Kalau tak, memang sebu lahh perut, penuh dengan makanan. Tu pun Uyul dah melantak secawan Kopi Ais. Fuhh fuhhh! Bahagia betul ya, makin chubby lahh awak Cik Uyul oi!

Satay yang Syahmi order tu, memang sedap weyhh. Kalau kat JB nih, Uyul selalu makan satay dekat DQaseh, itu je laa paling sedap. Tak sangka ada lagi sedap! Satay dekat Tembaga Tomyam nih lembut, very theeee juicy tak kering sangat. Yang paling special, kuah dia weyh. Ya ampun pekat gilaaaa. Berlemak! Uyul jarang lah habiskan kuah satay kalau makan satay, tapi malam tuh dua mangkuk tuh Uyul yang habiskan.

Lepas ni dah tahu dah port makan satay sedap dekat mana. Kalau nak makan satay, Uyul akan ajak Syahmi makan dekat Tembaga Tomyam lah jawabnya. Stall pakcik tuh dekat dengan Tembaga Tomyam ya. Bukan restoran Tembaga Tomyam tuh yang jual. Tapi landmark nak cari tuh, korang cari lah Tembaga Tomyam. Yang kami order ni harga dia RM18. Secucuk 90 sen je. Masih dapat lagi 90 sen, kalau tempat lain dah RM1.00 atau RM1.20.

So yeah, Uyul dah. Korang? Tak nak cuba ke?


4 comments:

  1. jauh bebeno ni nak cari satay..hik².. tapi nampak pun dah terliur ni..acane?

    ReplyDelete
  2. Menu kegemaran seorang Sis Lin, satay daging TAPI kena bawang lebih!! Takde bawang, hilang rasa satay itu walau sedap macam mana punnn...

    ReplyDelete
  3. Tengah lapar saje usha sini. Alahai sedapnya satay dia gemok. Nak try laaa nanti balik JB

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.