JOM KE TRULY MALAYSIAN BUFFET DINNER DI MAKAN KITCHEN, DOUBLETREE JB

JOM KE TRULY MALAYSIAN BUFFET DINNER DI MAKAN KITCHEN, DOUBLETREE JB | Salam. Sempena bulan Hari Malaysia 16 September yang akan datang, Makan Kitchen akan menganjurkan promosi Truly Malaysian Buffet Dinner sepanjang September 2019. Semua sedia maklum bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Justeru itu, Makan Kitchen bakal menghidangkan kepelbagaian makanan di bawah satu bumbung.




Uyul pun tak lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa ini pada minggu lepas. Sebab tuh laa Uyul nak ajak korang pun sama sama rebut peluang sekali setahun untuk meraikan Hari Malaysia bersama sahabat dan keluarga di DoubleTree By Hilton JB. Jom tengok apa hidangan yang akan disediakan.


Uyul masuk masuk je dah dihidangkan dengan Welcome Drink dari waiter. Masuk ke Makan Kitchen, tengok waitress semua berbaju kurung dan Cheongsam. Ada juga yang bersari. Wahhh betul betul meraikan Hari Malaysia nih.

Dengan hanya RM88 nett per adult dan RM44 nett per child, pengunjung akan dihidangkan dengan tradisi masakan Malaysia yang terdiri daripada masakan kaum Melayu, Cina dan India. Antara nya adalah Nasi Kakwok, Aneka Ikan Masin dengan bawang, Sup Tulang Sum Sum Kambing, Assam Laksa, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Bunga Telang, Stir Fried Carrot Cake, Sup Bebola dan lain lain.

Biarkan gambar berbicara!




















Pengunjung juga akan dihidangkan dengan hidangan dari kaum India, iaitu Roti Naan, Ayam Tandoori, Vadey dan lain lain.





Bukan itu sahaja, sepanjang September ini, DoubleTree by Hilton akan menghidangkan Baked Wenchang Chicken, Puqian Zaopo Local Vinegar Seafood Noodle dan lain lain masakan Cina.








PENCUCI MULUT

Akhir sekali pengunjung boleh merasai hidangan pencuci mulut seperti Kek Lapis Pandan, Bubur Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Kelapa Krim Brulee, Apam Balik dan Pisang Goreng. Yang paling rare sekali, pengunjung boleh mencuba Ais Krim Malaysia termasuk Asamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung dan banyak lagi.


Ais Krim Malaysia, dulu dua posen je tau satu. Ni mahu mahu seringgit sebatang. So dekat DoubleTree, korang jangan lepaskan peluang untuk makan okay? Macam dah susah nak dapat dah Ais Krim Malaysia nih.



Arghh kenapa lahh comel sangat Carrot Cake nih.




Fuhhh, Durian Maringue Cake ni paling sedap. Antara banyak banyak pencuci mulut, yang ini paling laku keras ye. Uyul kalau ke DoubleTree memang takkan lepaskan peluang untuk menikmati pencuci mulut berasaskan durian. Hantu durian lah katakan. Sebelum nih berebut Macaroon Durian tau. Yang ini pun, mak aihhh, sedap sangat. Masa taip entri pun duk telan air liur je.



Para pengunjung dijemput untuk menikmati hidangan di Makan Kitchen dengan berpakaian kebangsaan samaada Baju Kurung, Cheongsam, Saree atau pakaian tradisional tempatan yang lain. Mereka yang hadir dengan berpakaian sedemikian akan menerima diskaun 10%. Wahhhh satu table nak kena pakai baju kebangsaan nih. Baru lah boleh dapat diskaun berbaloi macam nih.



Truly Malaysian Dinner Buffet dari Makan Kitchen, DoubleTree by Hotel Hilton.

Promosi sepanjang bulan September 2019 SAHAJA
Ahad - Khamis | 6:30pm - 10:30pm

Sebarang tempahan boleh hubungi:
07-2686868 atau

*Istimewa 25% discount untuk ahli Hilton Dining APAC.

No comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.