JOM EXPLORE L'OCCITANE BEAUTY MARKET DI MIDVALLEY SOUTHKEY MEGAMALL SEHINGGA 15 SEPTEMBER

JOM EXPLORE L'OCCITANE BEAUTY MARKET DI MIDVALLEY SOUTHKEY MEGAMALL SEHINGGA 15 SEPTEMBER | Salam. Perghh first time ehhh Uyul jejak Midvalley Southkey Megamall, JB ni. Fuhhh itu pun sebab semalam Uyul dapat jemputan ke Roadshow L'Occitane Beauty Market, kalau tak memang takdenya Uyul nak jejak kaki ke Midvalley ni. Sejak pembukaannya, memang ini kali pertama. Uyul kalau mall baru buka ni memang tak berani nak ke sana. Bukan apa, Uyul penakut sikit nak naik ke parking area. Tapi yeahhh, Midvalley Southkey Megamall nih parking dia 7/5 bintang! Senang nak parking, so takde alasan dah nak ke Midvalley lepas ni. Actually Uyul nak share dengan korang experience Uyul explore L'Occitane Beauty Market.



Uyul tiba di Midvalley lebih kurang jam 7:00pm. Kebetulan memang keluar office lewat sebab ada meeting dengan Mr Yap sampai jam 5:30pm. Gedebak gedebuk, jam 6:00pm baru gerak dari office. Then hadap jem pula dekat susur nak masuk Woodland tu. Menyesal tak ikut cakap Zan ikut laluan Southkey je senang. Hamekkk! Tahniah seketul Uyul yang degil acah acah nak ikut EDL konon. So sampai je Midvalley terus cari parking. Naseb parking area dia terang benderang, so takde lah Uyul takut sangat jalan sorang sorang. Dah settle parking, Uyul cari pintu masuk. Tak jauh pun park dari pintu masuk. Disebabkan event berlangsung di Centre Court, Uyul pun jalan lah ke tengah kawasan Midvalley. Punya gentle nih, tak takut sesat langsung.


So yeahhhh dahh nampak dah stall stall comel L'Occitane dari tingkat atas nih. Kite punya excited tuh toksah cakap. Rasa nak berlari ke bawah je nih. Sampai je dekat registration counter, terus cari Deborah. After a short briefing, Uyul pun ikut arahan yang diberikan. 

Senang je aktiviti di L'Occitane Beauty Market nih. First thing first korang kena register di https://www.experienceloccitane.com. Dan nanti korang akan ke browser seperti di bawah:


Korang perlu explore ke semua stall di atas dan perlu checkin dengan scan QR Code tertera. Korang klik je dekat setiap stall dari handphone korang tu, nanti akan keluar QR Code. Krew L'Occitane akan assist korang untuk scan setiap QR Code tersebut. Dekat setiap stall, krew L'Occitane akan explain every single products yang ada dekat situ. 



Mehh Uyul payung sikit antara produk-produk L'Occitane ya.









Dah settle explore 6 stalls di atas? Okay part ni korang jangan lupa snap photo dengan gaya menarik dan upload ke Instagram korang dengan caption berserta hashtag #LOccitaneBeautyMarket #ExperienceLOccitane #LOccitaneMalaysia. Korang boleh redeem exclusive door gift after your visit to the Beauty Market Stall. Senang bukan? 


Contoh macam nih. Create caption dengan hashtag seperti di atas ye. 


L'OCCITANE BEAUTY MARKET STALLS






Gambar atas ni antara stall yang ada ada di L'Occitane Beauty Market. Oh yeah, kalau ikutkan, korang cuma perlu checkin di 6 stalls. Tapi terdapat 8 stalls di L'Occitane Beauty Market yang korang boleh explore. Antaranya:

1. Walk of Aroma
2. Provence Petals
3. Essential Oil Bar
4. Pascale's Essential Oils
5. Reset Fountain
6. Power Up Station
7. Joubert's Almond Milk
8. Shea Butter Creamery



Uyul paling suka Shea Butter Creamery stall. Fuhhh kemahin lembut ye tangan kite diusap usap dan dan dibelai belai dengan segala produk penjagaan badan di L'Occitane. Uyul tak nak cerita lebih lebih, korang kena rasai sendiri pengalaman untuk explore L'Occitane Beauty Market nih.




Weyhh sampai Ahad je tauu. Cepat pergi ke Midvalley Southkey Megamall dan explore semua stalls! Rugi gila tak grab chances untuk dapat eksklusif door gift tuh! Uyul dapat Eye Cream okayyyy. Fuhhhhh memang hilanglahhh lingkaran gelap bawah mata lepas nih. 



Uyul dah. Korang bila?

3 comments:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.