GOURMET BURGER WOODFIRE JB | A FAREWELL TREAT FOR MY INTERN STUDENT

GOURMET BURGER WOODFIRE JB | A FAREWELL TREAT FOR MY INTERN STUDENT. Fuhhhh pejam celik pejam celikkk, dua bulan dah Hairi dibawah pengawasan Uyul. Kejapnya haihh rasa dapat buli Hairi. Dua bulan ni Hairi banyak bantu Uyul dari segi pentadbiran mahupun penyelenggaraan. Memang Mr Dixon letak bawah Uyul untuk bantu Uyul dan cover kerja kerja Maintenance Team. So dah hari hari terakhir nih, Hairi request nak makan burger. Haaa Uyul serah bulat bulat kat Hairi untuk order. Mcd and KFC is too mainstream, maka Hairi pilih nak order burger dari Woodfire JB.



Hairi dengan Jaida dan Ana duk bincang apa tah tuari. Masing masing duk bukak Google tengok apa pilihan burger yang ada. Uyul memang idoklahh nak pilih, apa yang senang sebut itu yang Uyul order. So pagi tadi, Uyul minta Hairi kumpul order. Dah settle 7 jenis burger, Hairi sendiri pergi walkin dan order dari Woodfire JB. Uyul tak kuasa nak keluar tengah tengah hari.

Kalau ikutkan dekat Instagram Woodfire JB, mereka ada menyediakan servis penghantaran. So Uyul request kat Hairi untuk order melalui WhatsApp dan ngam ngam lah pukul12 semua dah boleh lunch sekali. Ohh tidakkk, Hairi Whatsapp tuan punya kedai, sementara waktu ni kena order melalui walkin sahaja. Hmm apa lagi, 11:45am Uyul suruh Hairi pergi. Sampai je sana, Hairi send gambar. Pergghh beratur ehh orang order burger.


Gedebak gedebuk, jam 1:00pm jugak lah Hairi sampai office. Uyul macam biasa ah, CAMERA-EAT-FIRST. Hairi sampai muncung hahh sebab Uyul lama sangat snap gambar. Hahahaha. Naseib baik Jaida dan Ana paham perangai Uyul yang satu ni.  Settle je snap gambar dua tiga keping untul entry blog, semua amik bahagian masing masing.


Uyul order Gourmet Burger berharga RM16.90. Ana pula order Mushroom Burger berharga RM16.50. Jaida, Zan dan Mard order Smoked Beef Burger berharga RM19.50. Manakala Hakim dengan Hairi masing masing order Double Patty Burger berharga RM22.90. Haaa korang boleh tengok menu dan harga seperti di bawah.


Fuhhh kenyang sumpahh. Besar gila kot portion dia. Uyul macam biasa lah makan burger bukan boleh sekali ngapp. Ehhhh kena bukak sehelai sehelai. Last sekali baru makan dagingnya. Sos dia agak manis, dan kurang pedas so bagi Uyul rasa dia kurang umpphhh. Tapi daging dia puas hati gila. Tebal berdouble double dari Burger Ramly. Yelaaaa homemade burger kan. Mesti lahh gebu macam saya yang makan ni.

Korang kalau nak order, boleh terus walkin ke:

Lokasi: Food court di Suria Market, Taman Suria
Waktu Operasi: 12pm - 10pm (Last order 9:30pm)
 Jumaat: 3:30pm - 10pm
 Rehat: 3:40pm - 4:40pm
(Isnin tutup)

 Waktu Solat
 Zuhur : 1:15pm - 1:30pm
 Maghrib : 7:20pm - 7:35pm



8 comments:

  1. Menyelerakan betul. Lapar tiba tiba nampak gambar pagi ni 😅🤣

    ReplyDelete
  2. bulan lepas member ada cite gak pasal burger viral ni. sedap giler katanya. yang beratur nak membeli pun ramai.

    ReplyDelete
  3. perghhhh.. nampak sedap giler burger tu uyul... tebal sangat tu, mau tak kenyang kan.. haha

    ReplyDelete
  4. Aduh, macam mana nak sekali ngap burger tu besar gedabak, hahaha

    ReplyDelete
  5. Dekat dengan rumah Mak, adik Sis dah berapa kali makannya sambil tayang, geram ajeee aku hahahaha

    ReplyDelete
  6. yul sama pulak entri kita ari ni..akak ada schedule entry makan woodfire burger hahahaha.. sedap uii..

    ReplyDelete
  7. Follow ig woodfire ni lama dah. Bengkek je tengok gambar2 dy semua menggiurkan. Alang2 kt jb ni, mcm nak pergi sana laaa

    ReplyDelete
  8. fuhh menyelerakan tengok burger2 tu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.