CERITA SEJARAH MELAKA DI ENCORE THEATRE, ENCORE MELAKA

CERITA SEJARAH MELAKA DI ENCORE THEATRE, ENCORE MELAKA | Salam. Lama rasanya Uyul tak ke Melaka. Ada dalam 3 tahun jugak. So disebabkan minggu lepas long weekend, Uyul pun ajak Syahmi ke Melaka. Saja amik cuti tambahan sebab nak relaxkan minda kejap dari kerja kerja hakiki. So lepas kami keluar dari The Shore Ocenarium, kami terus ke Encore Melaka. Korang boleh baca pengalaman mengujakan Uyul semasa lawatan ke The Shore Ocenarium di sini >>> http://www.uyulrosli.com/2019/09/pengalaman-ke-the-shore-oceanarium-melaka.html. Sejurus keluar dari The Shore Ocenarium, kami terus ke Encore Melaka yang terletak di Klebang.



Encore Melaka? Pernah dengar, pernah nampak abang abang Photographer shoot wedding dekat situ. Tapi apa yang istimewanya Encore Melaka nih? Jom ikuti kisah Uyul di sana.



Seni  Bina Bangunan Encore Melaka

Seni bina bangunan di Encore Melaka itu sendiri boleh buat orang terpaku. Untuk pengetahuan korang, Cik Wang Ge, iaitu Chief Arkitek Encore Melaka merupakan graduan dari Beijing Institute of Architetural Design lah yang mereka bangunan Encore Melaka ini. Encore Melaka memperkenalkan teater seni pertunjukan yang pertama di Asia Tenggara  dengan platform yang boleh berputar 360 darjah yang menghadap pentas sepanjang 240 meter dengan pelbagai peringkat hidraulik.



Sepanjang persembahan, akan ada pemetaan unjuran 3D dengan prop teater rumit yang mewujudkan realiti maya yang membolehkan penonton untuk melewati masa lampau. Yang istimewanya Encore Melaka ni, bangunan itu sendiri terletak di kawasan seluas 15 ekar di Kota Impression yang menghadap ke pemandangan air di Selat Melaka.


Fasad geometri di bangunan Encore Melaka telah diperbuat daripada ribuan panel LED seperti skala skala besar dan 400,000 panel panel komposit aluminium, yang direflekskan oleh cahaya dari langit yang sentiasa berubah.

Persembahan Teater

Untuk pengetahuan korang, Uyul memang sangat sangat teruja untuk menonton theatre di Encore Melaka nih. Uyul pulak bukan jenis yang menonton teater. Tapi katanya kali nih, persembahan teater di Encore Melaka ni didatangkan dengan teknologi baru yang sangat berbaloi untuk dinikmati. Bangunan putih yang korang nampak tuh sebenarnya sebuah panggung teater ya. Tapi teater dia bukan teater biasa biasa yang korang tengok sebelum nih.



Persembahan 75 minit di Encore Melaka ini mengisahkan sejarah negeri Melaka yang kita tak pernah dengar pun sepanjang belajar sejarah di sekolah. Selalu kita dengar kisah berdarah sahaja kan?? Kali ini, kita akan didedahkan dengan kisah sejarah bagaimana peradaban dunia berubah. Yang menariknya, persembahan teater ini dipersembahkan dengan 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.

Terdapat 7 cerita yang akan dipersembahkan di Encore Melaka. Iaitu:

  • Kedatangan Parameswara sempena sejarah nama Melaka pada tahun 1400.
  • Kedatangan Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1405.
  • Sejarah Baba & Nyonya dan kebudayaan yang dibawakan mereka.
  • Sejarah cerita Six Mothers yang menyayat hati.
  • Sejarah Awang, pembuat Wau.
  • Penutup

Yang ini korang kena pergi sendiri ke Encore Melaka dan rasai sendiri keunikan menonton teater di sini. Serius, memang berbaloi sangat dengan harga tiket yang dijual tuh.

Showtimes di Encore Melaka adalah pada:

Isnin hingga Sabtu : 5:30 pm & 8:00 pm
Ahad : 2:30 pm & 5:30 pm

Harga Tiket

VIP Seat: RM568
Premium Seat: RM248
Standard Seat:  RM148
Wheelchair: RM98


Insta-worthy Hotspot

Encore Melaka mempunyai pemandangan laut yang indah yang membuat orang merasa santai selepas menonton rancangan Encore Melaka. Pada masa ini, ia adalah teater paling maju di Asia Tenggara. Encore Melaka terletak betul betul sebelah Selat Melaka.


Bangunan berwarna biru dan putih minimalis ini membolehkan orang muda mengambil gambar peribadi dengan bergaya. Teater Encore Melaka telah menjadi hotspot wajib Instagrammer di Melaka. Ianya telah muncul sebagai tumpuan pelancongan paling trendi di Melaka dan ia juga merupakan tarikan baru di Melaka. Banyak photographer dan pelancong suka ke Encore Melaka untuk bergambar.




Yang suka bergambar macam Uyul ni memang akan repeat lagi ke sini. Tunggu lah kot kot rasa nak release stress lagi kan, memang akan ke sini lah jawabnya.

Uyul dah, korang bila?

3 comments:

  1. memang best giler tengok teater dia, mamtop gile!!
    Baik muzik, persembahan juga dramatik dia, memang menajubkan...sebab tu sampai 2 x Sis ko pergi hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa. tak pernah tahu pun. selama ni dok p melaka asik pegi dataran pahlawan tu ja

    ReplyDelete
  3. boleh tahan harga. tapi rasanya orang datang sini nak update insta je kot. nice gila

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.