TIPS BERSIHKAN LANTAI BILIK AIR DENGAN CARA MUDAH

August 12, 2019

TIPS BERSIHKAN LANTAI BILIK AIR DENGAN CARA MUDAH | Salam. Hai korang, lama kan Uyul tak share tips dekat blog nih. Kali ni Uyul nak share tips bersihkan lantai bilik air dengan cara mudah semudah ABC. Kalau korang nak tahu, Uyul nih sejenis kalau dalam rumah tuh, toilet nak kena bersih, lantai tak nak berlumut sebab takde feel kalau nak melabur ke apa bila toilet tak bersih. Uyul percaya, korang pun macam tuh kan? So today, Uyul nak share tips bersihkan lantai bilik air dengan cara mudah yang mungkin tak ramai orang tahu.

Kalau dulu, Uyul mesti nak kena cuci guna waterjet sebab malas betul nak menyental lantai berlumut tu. Sekarang, Uyul ada cara mudah untuk korang praktikkan kalau korang pun malas nak menyental sangat. Senang sangat caranya weyh.

Bahan-bahan diperlukan:
1. Cecair Peluntur (Clorox) Jenama Tesco
2. Sabun Serbuk (Optional)

Cara-caranya:
Korang tuangkan cecair peluntur dan sabun serbuk tersebut ke lantai dan biarkan selama 30 minit. Uyul biasanya biarkan lebih sejam juga. Tapi 30 minit pun dah cukup sebenarnya. Lepas dah biarkan seluruh lantai dengan dua bahan tersebut, korang sental dengan berus toilet. Sental tak payah beriya sangat pun, sebabnya segala lumut lumut dekat lantai tuh dah tanggal dah, jirus air je pun settle. Tapi sejenis Uyul kan, mesti nak kena berus jugak. Rasa puas dapat sental toilet weyh. Dah nyambil nyambil tuh, jangan lupa sental sekali dinding toilet. Barulah berkilat toilet korang tuh.







Toilet bowl tuh pun kalau nak berkilat macam tuh, dipersila bazirkan Clorox jenama Tesco korang tuh. Uyul memang puashati gila dapat Cloroxkan toilet bowl tuh. Memang bersih, berkilat. Takde kerak kerak euwwwww. Nak cakap pun geli. For me, toilet tuh first impression lah kalau tetamu datang rumah. Uyul pun tak suka kalau ada orang datang rumah Uyul tumpang toilet lepas tuh toilet tak bersih. Kang nanti orang mengata pula.

Tapinya, ada side effect jugak kalau korang guna kan cecair peluntur nih. Bahaya sebenarnya kalau bau terlalu lama. Kesan dia korang akan rasa dada sakit betul. Uyul dah tutup pintu toilet pun, dalam bilik Uyul boleh bau lagi clorox nih. Dada memang sakit gila masa tuh. So masa nak menyental tuh, pastikan tutup hidung korang dgn kain ke. Sental cepat cepat dan bilas dengan air bersih. Jangan berlama lama pulak dalam toilet, kang penyakit lain pulak dapat.

Apa yang best, dua tiga bulan Uyul ikut cara macam nih untuk cuci toilet, toilet bila kering tuh rasa bersih je. Berlumut pun tak. Hopefully tips simple macam ni membantu korang untuk dapatkan toilet yang bersih.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

4 000, 000 Pengkomen

  1. Uyul, bonda punya cara, Clorox masukkan dalam botol spray. Dua tiga hari sekali bonda just spraykan aje Clorox tu kat toilet bowl, kat pelapik semua, phewwwwwwww.. putih mengerlip terussssss.Dinding, sinki pun sama, tapi dinding & lantai kena berus la baru puas

    ReplyDelete
  2. Woww..putih melepakkk toilet bowl uyul..akak punya mangkuk tandas ada kesan dari orang sebelum ni duduk rumah ni..geram betul tak nak hilang walau da berus macam apa..nak cuba la letak clorox nanti

    ReplyDelete
  3. Wah putih berkilat toilet bowl.a'ah sama mcm rabia.suka kebersihan juga pasal tandas ni. lagi2 tetamu dtg kan.

    ReplyDelete
  4. Ooo guna klorox bagus ea, nak cuba jugalaaaa, biasa pakai pencuci biasa tu je, tapi tu lerrr, kadang yang kuning-kuning karat tu geram tak hilang!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>