RESEPI BUJANG | SOTONG MASAK ASAM JAWA

RESEPI BUJANG | SOTONG MASAK ASAM JAWA | Salam. Haiiiii kembali ke Dapo Uyul. Yang lepas kite belajar masak Kangkung Goreng Belacan, kali nih kelas memasak Uyul akan ajar masak sotong pula yaaa. Sebelum tu nak tanya, korang dah cuba belum resepi mudah goreng kangkung? Kalau belum cuba, sila sila lah cuba. Sedap hokeyy! Kalau masak untuk suami nih, mahu bertambah nasi. Cehhh, biasalahh Uyul, kalau tak angkat bakul sendiri tak sah. So yeahhh! Jangan buang masa. Jom tengok resepi sotong masak asam jawa dari Dapo Uyul!



Bahan-bahan:
Sotong
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit Hidup
Cili Padi
Asam Jawa
Garam

Cara-cara:
Sotong dibasuh bersih dengan membuang dakwat hitamnya. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi. Uyul suggest korang tumbuk guna lesung batu, jangan diblend. Uyul suka tumbuk kasar kasar. Tak nak halus sangat. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau. Tuangkan air secukupnya. Jangan banyak sangat, nanti cair pulak kuah. Agak dah mendidik, masukkan sotong. Biarkan sehingga sotong separuh masak. Ambil sedikit asam jawa, masukkan ke dalam kuali tanpa bancuh dengan air. Biarkan sehingga sotong masak. Taburkan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.

Taraaaa! Siap pun satu menu untuk makan bersama keluarga tercinta. Ni confirm nih bertambah tambah nasi jawabnya. Uyul pun tak sangka kawan kawan Uyul ada yang cuba resepi simple Uyul. Kebetulan Uyul share cara masak dekat Instagram Story tempoh hari. Fuhhh, padahal dia nak menikah minggu depan, kemahin galak dia makan banyak banyakkkk. Korang pun jangan lupa cuba resepi sotong masak asam jawa cara seketul Uyul.

Resepi ini asalnya turun temurun dari nenek Uyul, bawak ke Mak, bawak ke Dekni. Dan Uyul belajar masak dari Dekni. Hahaha. Semua resepi Uyul share simple simple je kan? Maklumlahh Uyul nih busy orangnya. Tak nak renyah renyah sangat kat dapur.

Selamat mencuba korang!



JOM CUBA RESEPI LAIN!

6 comments:

  1. smbil baca, smbil telan air liur xD lama dah xmkn sotong huhu

    singgah jalan2 pagi =)

    ReplyDelete
  2. mesti sedap ni kalua Uyul memasak lagilah resepi turun temurun

    ReplyDelete
  3. Hmm, walaupun allergic sotong tapi tiba-tiba lapar.

    ReplyDelete
  4. sejak² ada ehem² ni rajin betul up entry resepi...

    ReplyDelete
  5. Simple sgt2. boleh buat esok. Sotong ada tu dlm peti hehe

    ReplyDelete
  6. uikkk, tak pernahh try resepi ni...alih2 masak sambal, masak kicap...boleh cuba nanti!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.