RESEPI BUJANG | KANGKUNG GORENG BELACAN

RESEPI MUDAH KANGKUNG GORENG BELACAN DARI DAPO UYUL | Salam. Tertiba rajin pulak ek seketul Uyul nak memasak balik kerja. Dah alang alang rajin tuh, kita goreng lah sayur sikit. Alahhh dalam frigde cuma ada sawi dan kangkung. Jadinya tekak hari ini nak makan kangkung. Masak sayur ni senang je. Tumis bahan perencah, letak sayur dua tiga minit agak dah layu, siap! So yeahhhh Uyul nak share resepi mudah kangkung goreng belacan dari dapo Uyul. Yes, mudah sangat weyhh. Ni adik Haziq pun reti masak sendiri.

Jom tengok apa bahan bahannyaaa.



Bahan-bahannya:
Sayur Kangkung
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi
Belacan
Ikan Bilis
Garam

Cara-caranya:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, ikan bilis separa lumat. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Tabur garam secukupnya. Masukkan sedikit air. Masukkan kangkung yang telah dicuci bersih. Goreng sayur sehingga masak. Siap untuk dihidang.

Tips?
Jangan masak sayur terlalu lama. Asal nampak dah layu, tutup api.
Uyul suka krup krap krup krap bila gigit bahagian batang sayur.



So yeahhh! Siap pun! Apa lagi senang sangat resipi kau nih Uyul. Masak pun tak sampai 10 minit. Oh ye, nak ke resepi sotong masak asam tuh? Boleh boleh, next entry Uyul bagi resepi sotong masak asam pula ya.

Btw, bagus sebenarnya kalau rajin masak nih. Jimat pun jimat. Malahan kita tahu apa kita campak dalam kuali. Instead of kita duk beli je kat kedai, adalah bagusnya kita rajinkan diri ke dapur. Takkan dah kahwin nanti nak bagi laki makan kat luar je. Haaa, ni kira praktis lah nih. Praktis balik kerja dah penat, lepas tuh masuk dapur, bergusti pulak dengan kuali dan senduk. Aicehhh! Bukan susah pun jadi wanita bekerjaya nih. Kena pandai bahagikan masa, tu je tipsnya!




JOM CUBA RESEPI LAIN!

10 comments:

  1. wah.... masakkan untuk i pleaseeeee

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa kangkung goreng belacan is my favv!

    ReplyDelete
  3. Malam tadi housemate akak masak lauk kangkung goreng belacan ni la..sedap betul makan..terus kena angin satu badan sebab kangkung sejuk kan...

    ReplyDelete
  4. gituuu pesanan seorang kakak manager kita yaaa...dengar tu semua wanita bekerjaya..hahahah

    ReplyDelete
  5. Antara lauk yang buat selera bertambah2 nasi

    ReplyDelete
  6. Fuyoooo, terbaek ar Chef Uyuul...lepas ni mai datang uma Sis masak kan untuk Sis ya hahahaha

    ReplyDelete
  7. senang je masak ni..tq kak uyul..wah template baru lah

    ReplyDelete
  8. Fuh. Terliur kita tgok uyul punya resepi ni,

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.