KE MANA UYUL ROSLI MENGHILANG?

KE MANA UYUL ROSLI MENGHILANG? | Salam. Cuba korang tengok sat, berapa banyak entri Uyul di tahun tahun kebelakangan nih? Tak banyak dan hampir pupus di mamah usia blog Uyul Rosli Dot Com kan? Mana kau hilang nih Uyul? Lama sangat menyepi? Blog bersawang, Facebook pun deactivate kejap, hilang terus dari dunia Blogger. Food review dah tak nak join. Event blogger pun dah tak nak pergi? Ya Tuhan, ke mana Uyul Rosli menghilang nih? Dah betul betul give up dengan hidup ke camne??


Entah, susah sebenarnya Uyul nak explain. Tak reti nak mula dari mana. 6 bulan, macam macam terjadi. Kalau cerita takut terbuka aib di mana mana, tak cerita orang bertanya. Cukuplah sekadar korang tahu yang Uyul cuma perlu waktu nak adapt dengan masalah yang datang menimpa nimpa. Yes, semua orang struggle, semua orang ada masalah masing masing. Semua orang harung hidup yang sukar. Tapi takde lah sampai decide nak close terus blog, nak lari dari dunia digital yang dah diusahakan bertahun tahun.

Entahlah. Uyul jarang minta lebih lebih setiap kali set azam baru apabila tiba tahun baru. Tahun 2019 ni Uyul cuma nak azam azam yang lepas dapat disempurnakan pada tahun ini. Tapi, sejak Januari 2019, semuanya tak menjadi seperti yang Uyul harapkan. Setiap masa ada je masalah hempap atas kepala. Kerja dekat office tayah cakap lah, prestasi makin merundum. Dengan madah sakitnya, aseklah MC memanjang. Haihh lahhh tatau kenapa rasa macam down habis.

Orang lain pun putus cinta juga. Tapi takde lah sampai macam nih sekali kan? Mungkin sebab putus cinta dua kali dengan orang yang sama, 8 tahun bertahan akhirnya terbukti cinta tak pernah wujud dalam hati dia. Kecewa kali nih sakit nak banding kecewa 4 tahun lepas yang dia dah buat. Mungkin sebab 4 tahun kedua nih Uyul sorang yang struggle untuk fix everything. 4 tahun cuba pujuk hati bersabar, 4 tahun berkorban jiwa dan perasaan untuk buktikan pada dunia yang dia bukan lah jahat mana pun. Nak buktikan pada semua orang yang dia lelaki bertanggungjawab. 4 tahun Uyul fight sorang sorang sedangkan Uyul semua tahu, getback dengan Ex nih umpama kita masuk ke muka surat yang sama yang kita dah tahu dah ending dia macam mana, but still nak fight untuk sesuatu yang bukan hak kita. 

No, bukan nak salahkan dia 100%. Tapi rasa sakit, rasa perit ni masih belum hilang. Rasa marah masih membara. Rasa benci semakin meluap luap. Rasa yang takde siapa paham unless korang berada dalam kasut Uyul dan hadap sendiri. Sakit kali nih lagi teruk dari kali pertama. Ditipu berulang kali, kantoi berulang kami, maruah dipijak pijak, perasaaan kita langsung tak hormat, ucapan terima kasih langsung tak ada, inikan pula perkataan sorry, memang tak pernah keluar dari mulut seorang lelaki yang kita bermati matian bahagiakan dia. Oh, rupanya tak pernah pun dia bahagia.

"Kau nih menyusahkan hidup aku."
"Kau nih memang sial lah! Tak habis habis nak kacau hidup aku."
"Kau nih memang tak guna, mampus lah!"

Kalau ikut logik akal, bukan Uyul tak paham maksud disebalik kata kata yang dilafaskan, tapi entah lah. Mungkin sebab rasa sayang, rasa cinta dan rasa obses dengan dia buat Uyul jadi bodoh. Bodoh bertahan dengan manusia yang tak pernah hargai susah payah kita untuk dia. 8 tahun weyh, 8 tahun kita jadi bodoh. 8 tahun yang sia sia.

Apa yang buat Uyul nekad nak lepaskan semuanya? Apa yang buat Uyul nak move on dan pergi terus dari hidup dia? Ada satu kejadian kami bergelut dan gelang emas hadiah hari jadi dari mak Uyul tercicir. Uyul ingat lah lagi, masa tuh Uyul tergesa gesa balik dari Batu Pahat ke Johor Bahru untuk cari gelang emas tersebut setelah Uyul sedar gelang tu takde dah dengan tangan Uyul. Memang magrib magrib gak gerak balik JB, terus straight ke rumah dia. Cari sekitar rumah dia, sekeliling tempat dia park kereta. And, let guess what I found?

Yes, bunga. Bunga yang Uyul berikan pada dia on 9 March semata mata nak pujuk dia, Uyul jumpa dekat tepi jalan bersebelahan tempat dia park kereta. Dia buang macam tu jeee. Even tu cuma bunga yang ada nota "I'm sorry.", tetap effort Uyul nak fix hubungan kami. But no, he doesnt appreciate at all. Dia buang macam tuh je.



Betapa hancurnya hati Uyul. Betapa remuknya hati Uyul. Uyul hilang hadiah gelang emas yang mak berikan semata mata untuk dapat petunjuk dari Allah bahawa dia sebenarnya tak layak dapat layanan yang baik dari Uyul. Kalau iye pun nak buang, buang lah dalam tong sampah. Atleast SWM kutip, bukan Uyul yang kutip. Kenapa mudah sangat remukkan hati orang? Apa rasa curang? Apa rasa kecewakan orang lain? Entah, dia je ada jawapan.

Sejak dari January, lepas dia kantoi pada tarikh birthday kitorang, Uyul terus down habis. Kerja ke mana, sakit bertimpa timpa, sampailah rasa dah tak nak hidup. Hari hari nangis. Hari hari seksa diri. Rasa macam bodoh nya seksa hidup sendiri selama 6 bulan. Rasa macam bodohnya tunggu tepi jalan, pujuk dia. End up, dia ignore dan tahap ignorance dia tuh takde sapa boleh challenge.

June 2019, barulah Uyul dapat semangat baru. Semangat yang tak disangka sangka. I found a reasons to smile again. Alhamdullillah, semangat yang hilang dah hampir pulih. Walaupun hampir hilang kerjaya, hampir hilang kerja, sekarang Uyul bangun semula dan teruskan hidup seperti biasa malah lebih happy. Betul, Allah tak bagi ujian kalau kita tak  mampu. Allah nih maha adil. Setiap hujan yang panjang pasti akan munculnya pelangi.

Alhamdullilah, I'm recovered.

8 comments:

  1. Bertabahlah
    hidup kena move on
    Semoga dipermudahkan urusan mendatang

    ReplyDelete
  2. I feel you. Uyul please move on dari orang tu. Yes memang perit nak hadap tu semua, tapi apa yang uyul dapat? Dia berseronok huhahuha tapi uyul? You should be strong my dear. Ada hikmah semua ni. Kinah harap uyul lebih success lepas ni. Sejarah lama tu tak usah diingat kembali. Patutlah uyul senyap selama ni.

    ReplyDelete
  3. Sabar ye uyul.. moga terus kuat ye

    ReplyDelete
  4. Keep going Uyul, kalau jenis tak menghargai ni, baik tinggal dulu sebelum makin teruk hati terluka...then see now! Uyul jumpa yang lebih baik 10x ganda dari dia kan..
    Sis doakan moga Uyul terus kecapi bahagia hingga bertemu yang benar-benar menghargai Uyul..

    ReplyDelete
  5. Kira aku tak teruk lg la ni, baru 4 tahun...muahaha~ If i sambung ngan my ex, semata sayangkan hubungan kami, adakah aku akan end up 8 tahun gak cam kau?

    Ok, baik aku move on skrg dan bebas dari EX....kan~

    ReplyDelete
  6. semua yang berlaku dah ditentukan ALLAH SWT. dan AllaH tahu Uyul boleh hadapinya dan menjadi lebih kuat dan berani lepas tu.. kak liez pun pernah putuskan hubungan tanpa diucap sepatah kata putus. sedih mmg sedih tapi bila fikit balik ada sebab kita lalui dugaan ni. Kak Liez tahu Uyul kuat sangat dan doakan Uyul bahagia dengan kehadiran orang baru.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.