JADILAH SEPERTI BELUNCAS YANG BERANI KELUAR DARI KEPOMPONG UNTUK MENJADI SEEKOR RAMA-RAMA YANG CANTIK

JADILAH SEPERTI BELUNCAS YANG BERANI KELUAR DARI KEPOMPONG UNTUK MENJADI SEEKOR RAMA-RAMA YANG CANTIK | Salam. Haaaa gitu, panjang sungguh tajuk entri kali ini. Mesti korang pun macam Uyul kan? Tak pernah terfikir langsung ada perumpaan sebegini yang boleh dijadikan panduan hidup. Mula muka tu macam tak paham je bila Syahmi lemparkan kata kata sebegini. Tapi bila duk sorang sorang, duk fikir, hmm ya, betul. Ada makna disebaliknya. Jadilah seperti beluncas yang berani keluar dari kepompong untuk menjadi seekor rama rama yang cantik mempunyai makna yang sangat bererti buat seketul Uyul.



Rama-rama merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup yang lengkap. Dalam proses kitaran hidup rama-rama, ia melalui 4 peringkat perkembangan dan setiap peringkat perkembangannya adalah berbeza dan juga mempunyai tujuan yang berbeza. Jom tengok apa proses kitaran hidup seekor rama-rama.

PROSES KITARAN HIDUP RAMA-RAMA

Telur - Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur. Telur rama-rama sangat nipis, kecil, berkilat kekuningan/keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan. Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari.

Ulat/larva - Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah, seterusnya menghasilkan ulat beluncas. Kebiasaannya ulat beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini, ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan kerana kerana beluncas akan makan dan terus membesar. Makanan ulat beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2 hingga 3 minggu. Kemudian, ulat beluncas akan mula ditumbuhi bulu-bulu.

Kepompong/pupa - Peringkat ketiga berlaku pada minggu ke-3. Proses transformasi akan berlaku iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa. Pada tahap ini, ulat beluncas akan berubah dan menggantungkan dirinya ke dalam kepompong. Kepompong merupakan tempat perlindungan bagi ulat semasa berehat. Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang. Semasa di dalam kepompong, kaki dan kepaknya akan muala berbentuk.

Rama-rama - Pada peringkat ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama yang matang akan bersenyawa, bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang seterusnya akan berlaku. 

Sumber:  Google

Kenapa Uyul cakap perumpaan ini memberi makna untuk diri Uyul? Masa Syahmi bagi kata kata semangat ni dekat Uyul, Uyul memang down sangat. Down yang tak tahu kenapa susah sangat nak maafkan diri sendiri. Susah sangat nak lupa apa dah jadi. Ya, Uyul susah nak keluar dari comfort zone sekarang. Susah nak lepas apa yang terbuku di hati Uyul.

Korang tahu tak, ada kajian yang dijalankan ke atas dua kepompong untuk melihat sejauh mana kebolehupayaan seekor rama-rama nih untuk keluar cantik. Satu kepompong telah dipecahkan atau dikoyakkan sedikit untuk memudahkan seekor rama-rama ni keluar dan satu kepompong lagi dibiarkan secara semulajadi untuk keluar sendiri. Hasilnya, rama-rama yang dibantu untuk keluar tidak mampu terbang tinggi berbanding rama-rama yang berusaha susah payah keluar dari kepompongnya.

Faktanya, melalui pembacaan Uyul di Google, apa yang berlaku adalah,  rama-rama yang tidak dikoyakkan kepompongnya akan bergelut dan mengalami tekanan serta kesusahan yang amat payah untuk keluar sepenuhnya dari kepompongnya. Manakala anak rama-rama dari kepompong yang dibantu dengan mengoyakkan kepompongnya pula begitu mudah dan selesa keluar dari kepompong tanpa perlu bekerja keras. Akhirnya, rama-rama dari kepompong pertama mampu terbang dan kelihatan cantik bila mana kepaknya dapat dibuka penuh. Manakala anak rama-rama dari kepompong kedua itu langsung tidak mampu terbang mahupun mengembangkan sayapnya.

Apa yang Uyul paham, ada dua pengajaran dari cerita rama-rama ni. Pertama, untuk menjadi seseorang yang mampu keluar dari kelompok masalah, kita perlu berusaha keluar dari  masalah tersebut. Untuk menjadi seekor rama-rama, ulat beluncas tak boleh selamanya berada di dalam kepompongnya. Pengajaran kedua, untuk menjadi seseorang yang kuat pada akhirnya, kita memang akan mengalami kesusahan dan kepayahan hidup. Takde benda mudah dalam dunia ni. Bagi Uyul, easy come easy go. Lagi senang kite dapat tanpa usaha, lagi senang kite akan hilang segalanya.

Semoga cerita ringkas ini memberi pengajaran buat korang juga. Uyul pun amik masa nak fikir apa makna disebalik kata kata Syahmi ni. Yes, Uyul kalau nak keluar dari masalah, kena berani keluar dari masalah. Bukan duduk ditakuk lama menangisi apa yang dah terjadi.

7 comments:

  1. kata-kata yang baik untuk jadikan panduan hidup

    ReplyDelete
  2. Sama perumpaannya dengan katak bawah tempurung Uyul..

    Orang yang berani nak majukan diri aje yang keluar dr kepompong, kalau rasa takut dan nak lari dr semua masaalah, maka jadilah seperti katak bawah tempurung.

    ReplyDelete
  3. kena membaca dengan penuh khusyuk, alhamdulillah akhirnya dapat jugak. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. untuk berjaya kita kena berani mencuba dan jgn banyak beralasan tapi kalau terlebih berani pun bahaya..apa pun be wise!

    ReplyDelete
  5. madah yang penuh makna tersirat. moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang kena keluar dari zon selesa untuk tahu apa yang Tuhan dah aturkan untuk kita :')

    ReplyDelete
  7. waaa...nice falsafah ni...tassangka uncle lasagna hebat juga berkata2...tiberrr

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.