EMPAT KALI LANGKAH BENDUL, KAK LONG STEADY JE

EMPAT KALI LANGKAH BENDUL, KAK LONG STEADY JE | Salam. Fuhhh. Empat kali ehhh langkah bendul, maknanya adik Uyul yang ke lima bakal mendirikan rumah tangga. Punya steady kita as Kakak Sulong tengok sorang sorang naik pelamin. Fuhhh. Fuhhh. Fuhhhhh. Senang jodoh adik adik Uyul ni.  So today yeahhh 17 Ogos 2019, Uyul bakal dapat adik ipar ke 4. Tahniahhhh Deknaaaa!


Kali ini, untuk majlis nikah, family Uyul tak buat majlis seperti sebelum sebelum ni. Untuk majlis nikah, Dekna serta pasangannya, dorang memilih untuk Program Nikah Beramai-ramai anjuran Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat. Wahhh macam seronok je kan bila dengar. Yela, pengalaman pertama kami sekeluarga juga. Nanti Uyul tanya Dekna macam mana proses untuk register sampailah ke actual day. Uyul pun interested nak tahu.

Bangun pagi pagi masing masing sebab majlis akan bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 2:00 petang. Dekna kata bakal ada 18 pasangan yang akan dinikahkan secara serentak bertempat di IPG Batu Pahat. Jemputan di allocatekan untuk satu pasangan adalah seramai 50 orang sahaja. Mengikut perancangan Dekna dan bakal suaminya, dorang akan buat majlis resepsi dalam masa terdekat untuk menjemput lebih ramai saudara mara kami bagi mewar warkan perkahwinan mereka.

Okaylah, Uyul sekadar update ringkas. Nanti Uyul share macam mana pengalaman majlis pernikahan beramai ramai ni ya. Nak bersiap sebab majlis mula awal pagi. Karang semua lambat sampai ke tempat majlis pulak.

Doakan semoga majlis hari ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan untuk kedua keduanya. Aminnnn.

3 comments:

  1. Tahniah buat mempelai.
    Mudah2an lepas ni kak longnya pula

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat adik Uyul dan pasangan. Tak apa kak long bagi laluan kat adik-adik dulu.

    ReplyDelete
  3. tak per kak long bagi laluan nnt time kak long lagi ramai boleh membantu kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.