BILA ORANG PAKSA KORANG UNTUK MOVE ON

BILA ORANG PAKSA KORANG UNTUK MOVE ON | Salam. Pernah tak korang melalui proses move on, tak kira move on dari putus cinta atau move on kehilangan orang tersayang? Mesti sekali seumur hidup korang akan mengalami kekecewaan panjang sebegini yang memaksa korang untuk move on kan? Bagi Uyul, proses move on setiap orang tu sangat berbeza. Tak kira dari segi berapa banyak masa yang diperlukan, berapa payah korang nak hadap. Semua orang mesti melalui fasa yang sama dengan cara yang berbeza. Pernah tak korang rasa give up gila bila orang paksa korang untuk move on? Tipu lah tak pernah stress kan nak hadap mulut mulut orang. Entry kali ni Uyul nak share experience Uyul sepanjang proses move on Uyul dan macam mana Uyul atasi semua masalah masalah tersebut.



Uyul ambil masa lebih kurang 4 tahun nak betul betul willing untuk move on. 4 tahun bercinta sejak 2011, 4 tahun seterusnya hanya moment moment patah hati. Total tahun bersama dengan Ex Uyul selama 8 tahun. Dalam masa 4 tahun bercinta tuh, of course lah waktu tu semuanya manis. Tiba tiba Ex ambil keputusan untuk breakup dengan Uyul pada tahun 2015. So dari 2015 sehinggalah Januari 2019, sekali lagi Uyul dikecewakan dengan orang yang sama. Macam pelik kan kenapa dengan orang yang sama? Yes, 4 tahun kedua tu actually Uyul yakin yang Ex akan kembali pada Uyul. Tahun tahun memujuk dia, tahun tahun untuk fix everything. Bagi Uyul kalau Uyul sabar sikit lagi, mesti everything gonna be okay and everything will be fix. But yeah, kita rancang, Allah rancang. Allah sebaik baik perancang. Semua yang berlaku ada hikmahnya.


Dari 2015 sehingga penghujung 2018, semuanya okay. Kami macam bukan Ex. Masih keluar sama sama, setup business sama sama, sampaikan bila Uyul dapat kerja dengan Dualtap pun, Uyul ajak sekali Ex Uyul apply. Sebulan after Uyul kerja dengan Dualtap, dia pun lepas interview. So setahun nih memang makin rapatkan hubungan kami. Memang berkepit je kerja kami. Lagi lah pulak Uyul takde family dekat Johor Bahru nih, memang sikit sikit cari dia. Sampai semua orang pun pelik kenapa lah tak menikah je. Tapi yela, lepas kali ke berapa kali dia kantoi curang, akhirnya Uyul baru tahu yang dalam hati dia takde cinta pun untuk Uyul. Dan ye, kali ini Uyul nekad untuk move on. Move on yang sebenar benar move on. Move on yang memang Uyul willing nak move on.

Sebelum nih bila orang sekeliling suruh Uyul move on, Uyul cakap Uyul dah move on, Uyul cakap Uyul dah redha. Hakikatnya, Uyul tak berganjak langsung dari duduk yang sama. Uyul masih berharap semuanya hanya mimpi, semuanya boleh berubah. Tapi tak, Uyul silap. Uyul tak boleh nak paksa orang untuk sayang dan setia macam mana Uyul lakukan perkara sama untuk dia. Bagi Uyul kan, kita tak boleh paksa orang untuk berfikir sama macam mana kita fikir. Apa yang Uyul boleh buat cuma hadap je laa apa orang nak kata. Uyul kan jenis semua benda nak post dekat social media. Sedih ke happy ke, semua benda nak expose. Mungkin sebab orang muak lah kot duk tengok muak Ex Uyul dekat Insta Story, tapi kahwinnya tidak. But yeahhh, lesson learnt.


Apa yang Uyul tak berapa nak setuju dengan sesetengah orang nih, dorang suka suka je kan nak lemparkan kata kata macam dorang je lah betul. Macam dorang pernah hadap je kan? Macam dorang berdiri dalam kasut kita je kan. Antara kata kata yang Uyul masih ingat lagi, one of my friend kemahin cakap,

"Kau dah tahu dia tak reti hargai susah payah kau, yang kau sebuk lagi nak berharap kenapa? Stop stop lah jadi perempuan takde maruah."

"Kau nih bodoh lahh Uyul!! Bodoh! Dah tahu orang tak nak kat kau, lagi nak terhegeh hegeh. Dah tahu family dia tak suka kau, lagi nak menempel. Kau tahu kau bodoh kan?"

Ye, saya memang bodoh. I just have to admit it to her, "Yes, I'm so stupid as fuck, so what?"

Move on ni satu proses. Move on bukan satu titik akhir sesuatu hubungan. Move on proses setiap orang berbeza. Mungkin awak jenis lepas sorang, awak boleh cepat buka pintu hati untuk orang lain. Mungkin awak jenis senang nak lupa apa yang jadi. Atau mungkin awak jenis tak perlu usaha lebih lebih dalam hubungan. Tapi tidak bagi Uyul. Sampai ke hari ini, sejujurnya Uyul belum 100% move on. Masih berdendam, masih marah. Masih tertanya tanya apa salah Uyul sampai dia tergamak luka kan hati Uyul. Tak cukup sempurna ke Uyul di mata dia? Tak cukup ke sifatnya untuk jadi peneman hidup dia? Apa silap Uyul? Mana silap Uyul? Sampai ke hari ini, Uyul masih tertanya tanya. He left without explanation.

Bohong, bohong tak ingat semua moment moment sepanjang bersama. Bohong boleh lupa kenangan 8 tahun tu sekelip mata. Walaupun pahitnya banyak, dia bukan tak pernah bahagia kan Uyul. Bahkan, dia punca Uyul jadi kuat dan berdikari. Dia didik Uyul untuk hidup tanpa dia, terlalu lama. Terlalu lama, sampai rasa sakit tuh tak terasa dah. Rasa sakit tuh umpama makanan harian je.


Uyul ingat lagi, Uyul pernah stay dalam kereta lebih 10 jam tunggu Ex Uyul. Uyul pernah nangis 10 jam tanpa henti. Uyul pernah tunggu Ex Uyul tepi jalan, waktu panas terik dalam kereta dalam keadaan dalam kereta idle. Tak on aircond. Semata mata nak seksa diri sendiri. Berharap dia akan terus kesian dengan Uyul. Yes, dia kesian je. Apa yang dia buat lepas tu cuma kesian je. Bukan cinta. Uyul bukan tak pernah alami tempoh move on sebegini. Ex Uyul? Apa dia buat? Dia buat bodoh. Thanks to him. Dengan buat bodoh dia tuh lahh Uyul mampu move on. Dengan ignorance tahap gaban tu lah boleh buat Uyul move on.

Uyul tahu, ramai orang sayang Uyul. Ramai orang kesiankan Uyul. Ramai orang tak nak Uyul terus berharap pada hubungan tak pasti. Uyul sedar. Banyak kesannya bila Uyul terus terusan seksa diri Uyul. 6 bulan Uyul senyap dalam dunia blogging. 6 bulan Uyul tak join event blogger, tak pergi job review. Entry blog pun tah ke mana mana. Facebook pulak deactivate. Banyak meroyan dekat Twitter.  6 bulan Uyul depression. Anxiety attack tak usah cakap. Accident dekat highway masa fikiran tengah tak betul. Astagfirullah, apa nak jadi dengan Uyul nih? Hmm... Belum lagi affect kerja Uyul. Kerja banyak tertangguh, masuk office je nangis. Masuk office je rasa nak balik, tak nak buat apa apa. Dannnn. Sampailah akhirnya doktor diagnosed Uyul ada sakit. Maybe Uyul akan cerita part sakit ni dekat entry lain. Agak emosi juga nak cerita part tuh.

Apa turning point Uyul? Yes, one day. Uyul beli bunga. On March, 9th of March. I still remember that day. Uyul beli coklat, beli bunga, tinggalkan note I'm SORRY dan tinggalkan atas kereta Ex Uyul. After 3 weeks, Uyul jumpa bunga tu Ex Uyul buang tepi jalan. Remuk, remuk sangat hati nih. Effort kita langsung tak dihargai. Sejak tuh Uyul nekad, nekad tak nak  merayu apa apa dah. Uyul cuba pujuk hati Uyul. Uyul ulang alik JB-BP setiap minggu sebab tak nak duduk JB. Uyul belajar lepaskan semua. Uyul belajar terima apa yang dah jadi. Uyul yakin, dia tak pernah bahagia sepanjang dengan Uyul. Dia cuba untuk bertahan, akhirnya dia pilih untuk curang. Maafkan saya sebab saya tak mampu bahagiakan awak selama nih.

Dear Uyul, slowly but surely, you'll stop caring what he's up to or who he's with because you'll be too busy worrying about your goals and your growth. You'll be busy living your life, fulfilling your dreams and reaching new heights, that anything that reminds you of him will be a thing of the past.

Uyul cuma harap move on process nih akan berakhir dengan cepat. I cannot stand anymore. Uyul tak nak dah ingat apa apa. Tak nak dah termimpi mimpi. Tak nak dah stalk Ex Uyul. Tak nak dah tengok life dia. Tak nak dah contact dia. Tak nak dah cari dia bila perlukan seseorang. Tak nak rely on dia pun. Uyul harap dia cuma akan jadi sejarah yang tak berkudis untuk Uyul pun. Uyul tahu, Uyul sedar, Uyul pun berhak bahagia.


Dan bahagia Uyul ada depan mata sekarang ni.

8 comments:

  1. Yes.. Uyul berhak untuk hidup bahagia.. Akak doakan Uyul terus kuat, hati Uyul terus move on, jangan patah balik lagi.. InsyaAllah Uyul akan bahagia juga nanti dengan insan yg betul2 menghargai Uyul.. don't give up ok.. luv u..

    ReplyDelete
  2. Orang yang tak merasa tak tahu apa yg kita rasa kan.
    Bila org tglkn kita tanpa sebab, lagi la sakit hati. Pernah kena macam ni. Rasa dendam tu kadang2 buat kita xnak maafkan dia.

    Smga kita dpat move on & tak pandang belakang da.

    Keep strong Uyul

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum uyul..tahniah uyul kerana telah sedar dr mimpi..teruskn perjalanan uyul mencari kebahagian dan impian yg diingini..pasti ada jln utk uyul menuju arah kebahagian yg pasti..mama akan sentiasa mendoakan kebahagian uyul dan uyul berjaya menemui apa yg uyul cari selama ini...jodoh itu akan tetap hadir juga walaupun ianya terlambat sedikit..tabahkn hati dan tempuhi dugaan itu dgn hati yg terbuka mungkin ada hikmahnya disebalik semuanya ini...don't give up uyul, life must go on dear...masih ramai yg menyokong uyul dr belakang...

    ReplyDelete
  4. You deserve to be happy Uyul. Huda pun dulu masa study pernah alami kedukaan ni, depress gak la dgn keadaan masa tu. dah la belajar jauh dari keluarga, balik pun jarang time tu, sampai result tahun 2 huda drop habis , dua sem kot 😭.

    Then tahun 3 nekad bangkit sbb dah final year and decide to finish my study on time. Alhamdulillah, time tu struggle gak pujuk hati utk ok dan serah segalanya pada Allah.

    Apa huda boleh cakap, betul move on perlukan masa. Amiklah masa sebanyak mungkin, sebab setiap org dia ada fasa sendiri.

    Kita ada masa kita kuat sendri. By the way uyul, you are strong enough 😊💪🏻.

    Alhamdulillah now you meet new soulmate, semoga segala urusan dipermudahkan 😊

    ReplyDelete
  5. Im on my way... Tapi belum cukup kuat... aku pun harap..aku x teruskan lagi 4 tahun...bila baca cerita ko nihhh..

    Happy Move On Uyul! Happy to see you happpyyyyy~

    ReplyDelete
  6. I love the new Uyul. Shine so bright, hihi.

    ReplyDelete
  7. be strong girl! all you have is now and the future is in your hand!

    ReplyDelete
  8. Akak tau awak kuat Uyul, tahniah kerana Uyul mampu lakukan apa yang perlu dilakukan.. Insha Allah satu hari nanti awak akan temui kebahagiaan yang tak ternilai harganya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.