AWAK, KITA JATUH CINTA LAGI!

AWAK, KITA JATUH CINTA LAGI! Fuhhh, tak tahu lahh bilanya yang Uyul tak jatuh cinta. Awal awal dulu macam geli je nak cakap pasal hati perasaan nih. Nak cakap I Love You dalam WhatsApp pun macam kena fikir dua tiga kali. Tapi sekarang tak tahu kenapa ehhh hari hari lah jatuh cinta. 


Syahmi kalau Uyul cakap Uyul jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi dekat dia, dia akan jawab, "Keep falling, sayang." Haishhhhhhhhhhh semoga perasaan nih sampai bila bila, sampai Uyul dah boleh lupa semua kisah kisah sedih Uyul yang lampau.

Entah, semua yang jadi tuh sekejap sangat kejadiannya. Eh tiba tiba je Syahmi nih dah masuk dalam ceritaa moving on progress Uyul. Ehhhh tiba tiba je dah official. Ehhh tiba tiba je dah jumpa family masing masing. Ehhh tiba tiba je adik adik dah tak sabar nak ada Abang Long. Semua masing masing minta cepatkan majlis. Ehhhh tiba tiba je Uyul yang stress sebab semuanya tiba tiba.

Rasa macam nak share je cerita macam mana kami boleh kenal, dan terus official nih. Tapi nanti Uyul minta izin Syahmi dulu okay? Kot kot boleh publish cerita cinta kami di dalam blog Uyul nih. Ehh japppp actually Uyul tak nak tulis panjang panjang pun dalam entry nih. Kang muntah hijau pulak korang yang membacanyaaaa!

Saja je nak masukkan gambar kat atas nih dalam blog. Sebab nampak macam comel sangat dua dua ketul nih. Yang sorang suka sangat buat muka macam tuh, yang sorang nak pecah kepala layan seketul Uyul yang complicated nih. Hahaha.

Okay okay we better stop, jangan sambung taip lagi Uyul. Bukan apa, ni kalau family members baca entry nih, lagi lagi Kakak Elly, habis dibahannya seumur hidup!

3 comments:

  1. Kahkah. Abang botak. Makin botak makin kelakar.

    ReplyDelete
  2. Wahhh semoga korang ke jinjang pelamin okiii. Ain doakan

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan semuanya hingga ke jinjang pelamin...ameen

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.