45 MINUTES XING FU TANG BOBA DATE WITH DUALTAP BFF

August 15, 2019

45 MINUTES XING FU TANG BOBA DATE WITH DUALTAP BFF | Salam. Uyul duk perati je ek orang berboba boba dekat IG tuh. Amboi sedap nampak sedut Xing Fu Tang. Uyul jeles tau! Almaklumlahh tengah tengah cut sugar intake kan, memang tak lahh nak mencuba sangat boba boba boba yang korang duk minum berkali kali. Ehh memacam jenis boba ada ek. Dulu Uyul duk panggil PEARL je tauu. Xing Fu Tang tu menatang apa? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Xing Fu Tang, korang boleh pergi ke blog Sis Lin dengan Kak Sunnah. Banyak info tentang Xing Fu Tang korang boleh dapat dari entry mereka. Nak tahu Xing Fu Tang nih halal ke tak, korang boleh baca entry Sis Lin tuh.

Dah nama pun tengah INTREND kan sekarang, disebabkan tak nak ketinggalan, tuari Uyul pujuk jugak lahh CamiAjim bawak Uyul minum Xing Fu Tang. Yes! He said YES! Disebabkan itu, bila Ekyn (my Dualtap BFF) ajak minum kat Xing Fu Tang, Uyul pun on je la! Plan punya plan, akhirnya 45 minutes Xing Fu Tang boba date with Dualtap BFF is successful! 


Tapi sebelum tuh, jom layan video suka suki Uyul dengan Ekyn nih. Saja saja je gedik nak buat video dan jadikan memory dalam simpanan. Yelaaa, bukan selalu nak keluar dengan makcik sorang nih. Bukan selalu dia nak ajak kita date sejak sejak dia da ada Umar Areef seketul yang comel gebu gebas tuhhh.




Actually, lama dah plan dengan Ekyn nak lepak lepak. Takde masa betul. Asek lahh tak ngam masa free masing masing. Sudahnya planlah jumpa hari Sabtu sebab masing masing half day. Cuma makcik sorang tuh habis kerja jam 12:00 pm, Uyul pulak habis kerja jam 1:00 pm. Punya lah rushing dari Larkin nak ke Sutera, ikut pulak Bukit Indah, haaa mendapatlah dia punya jem. Dekat sejam jugaklah Ekyn kena tunggu Uyul.

Berduyun duyun WhatsApp suruh Uyul cepat. Sebabnya pukul 2 dia dah nak kena balik. Uyul cakap, extendlah sampai 2:15 pm. Ngam 1:30 pm Uyul sampai dekat Xing Fu Tang. Sampai sampai je, dah tengok makcik sorang tuh macam cacing menggelitat kepanasan sebab kena tunggu dalam kereta hampir sejam. Alaaa maaflahhh babe lambat pulak sampainya.

Dah sampai tuh teruslah order nak minum apa. Uyul order Brown Sugar Boba Milk. Rasanya flavour yang ini memang signature of boba milk kot. Sebab tuari masa minum dengan Syahmi, order Brown Sugar Boba Milk, so kali ni pun order benda sama lah. Ekyn pun Uyul orderkan benda samalah. Berani dia nak order benda lain. Kang tak sedap dia salahkan haku pulak.

Seperti biasa, kalau melepak dengan Ekyn ni takde lain bergosip je lah. Tapi sebab kite kesuntukan masa, tak sempat pulak nak habiskan gosip. Mana yang dan je laaa bergosip. Ekyn lahh nih mengajo Uyul bergosip. Padahal Uyul tak reti nak gosip gosip nih. Hahaha. Cehhh poyo je kan haku kan. Tapi tu lahh. Kesuntukkan masa sangat. 45 minit mana cukup!


Air yang kami order, 5 minit je dah selesai. Beberapa kali sedut je, rasa macam nak order lagi segelas. Tapi tu laaa tuh. Nak dapat keizinan pakcik Cami kemahin payah, ada kena pelangkung nak minum banyak banyak. Gosip punya gosip, ngam 2:15 pm, kitorang pun gerak lah ke destinasi masing masing. Ekyn balik ke Kulai, Uyul pulak balik ke Batu Pahat.

Sedikit ulasan untuk Boba Milk Xing Fu Tang nih, air dia just nice lah tak manis sangat. Tapi Boba dia tu mashaaAllah, rasa macam tak boleh nak telan sebab manis. Uyul rasa pasni kalau nak minum pun, Boba dia Uyul tak nak makan lah. Boleh tinggi glucose dalam darah macam ni. Dah dapat rasa dua kali, cukuplah. Sehingga ke entry ini ditulis, Uyul masih takde keinginan untuk cuba Boba Milk brand lain. Cukuplah XFT je weyh. Tak lalu tekak ni minum manis manis. Benda tengah in, semualah nak try. Haihhhh Uyul Uyul.

You Might Also Like

6 000, 000 Pengkomen

  1. amboi..dua kali ek.. sekali tu tak serik ke? takat ni akak merasa tea live jelah..Malas nak terjah tempat jauh² tu...hahah

    ReplyDelete
  2. Rabia tak pernah rasa lagi. Setakat ni minum cool blog je

    ReplyDelete
  3. Bonda buka peminat pearl apalagi boba, so setakat ni bonda cuma minum cool blog aje, tu pun sbb dulu2 dia jer yg ada & Iman yg beli (suka). XFT ni dah lama, kan.. dulu selalu jer lalu depan kedai dia kat SUtera tu tapi takde plak viral mcm skrg

    ReplyDelete
  4. oooo...biasa biasa je eh..okeh....

    ReplyDelete
  5. Waduh-waduh mengugat keimanan secebis Sis Lin..
    Dah lebih sebulan ni cut sugar dalam minuman huhuhu...cobaaannnnnn....

    ReplyDelete
  6. Belum lagi Xing Fu Tang Boba nih menggoda perut akak

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>