TUKAR KUNCI KERETA DI GOLDEN KEY, JUSCO BUKIT INDAH

July 08, 2019

TUKAR KUNCI KERETA DI GOLDEN KEY, JUSCO BUKIT INDAH | Salam. Akhirnya setelah berbulan bulan kunci kereta Uyul jahanam akibat kecuaian sendiri, baru semalam dapat tukar yang baru. Mula mula casing pecah, lepas tu macam mana tah kunci bengkok 45 darjah. Ya Ampun, tak tahu macam mana tah tak reti nak tukar kunci baru, padahal bukan mahal mana pun kalau tukar.

Disebabkan kunci dah terkeluar dari casing, barulah terhegeh hegeh nak hantar kedai duplicate yang baru. Tapi tu laaa tu, seketul Uyul kan busy memanjang. Nak cari kedai kunci pun malas. Padahal ada je dekat Jusco Bukit Indah tuh. Bukan jauh dari rumah pun. Tapi cari alasan kan, semuanya laaaa nak malas. Kalau tak terkeluar macam tuh, sampai sudah laaaa agaknya tak bertukar. 



Uyul memang tahu pun ada kedai kunci dekat JBI. Semalam terajin sikit nak keluar rumah, so kite straight away ke JBI. Kalau ikutkan malas nak drive nih, biarlah cari kedai yang keluar keluar kereta terus masuk kedai. Maklumlah kalau dah ke JBI tu, nak park satu hal, nak cari kedai lagi satu hal. Nasib lah kedai kunci Golden Key nih dekat groundfloor je. Korang kalau nak cari, Lot kedai G-48, berdepan dengan Aeon.





Dah sampai Golden Key, terus tunjuk kunci yang dah terkeluar tuh, terus uncle tuh buat. Tak lahh mahal pun, RM35 je siap dengan duplicate kunci. Lagipun kunci yang asal dah bengkok, tah apa ganas sangat Uyul ni sampai semua laaaa nak bengkok. Naseb lah murah je. Kalau ratus ratus acane? 

Alang alang batery sensor pun nak kena tukar, Uyul pun tukar lahh dua unit RM16. Baru laaaaaaa nampak macam kereta perempuan sikit. Nih apa lahh ganas nohh kau nih Uyul. Ya Ampunnnnn. Maafkan saya, saya tak sengaja untuk menjadi seganas ini.




Dah siap semua, settle bayar, uncle cakap, pergi kereta try dulu. Kalau tak boleh masuk, datang balik kedai. Tapi sebbaik lahhh boleh masuk, tak kuasa Uyul nak pergi balik kedai. Kita dah lah park kereta kemahin jauh. Cuma tuh laaa tuh, dah sampai rumah, nak keluarkan kunci. Eh eh ehhhh dia memain tak nak keluar pulakk. Perempuan macam Uyul ni dah lah cepat gabra. Terus membebel tak sudah dekat kereta sendiri. Kau jangan memacam, aku malas nak drive balik ke JBI. Nasib baiklahhh boleh keluar. Sempatlah jugak call CamiAjim bagitahu kunci tak ley keluar. Hahahaha, Syahmi kata cari point nak jumpa dia laaa tuh.

Okay, sekian ceritaa ringkas saya hari ini.

Semoga Uyul Rosli tak ganas lagi.


You Might Also Like

0 000, 000 Pengkomen

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>