SELAMAT HARI RAYA KORANG!

SELAMAT HARI RAYA KORANG! Salam. Hi korang! Uyul nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali Uyul. Jap jap jap! Sekarang dah raya ke berapa eh? Maklumlahhh sejak dah tak sekolah nih, hari pun lupa. Ohhh baru 11 Syawal. Belum separuh bulan lagi, so halal lah eh nak ucapkan ucapan Hari Raya.


So yeahhh. Macam mana beraya? Sakan tak sakan? Untuk makhluk Tuhan paling busy nih, memang idoklah beraya sakan. Raya ketiga je dah masuk kerja gais, sobs sobs sobs. Maklumlah, bila dah jadi ketua nih, kau kena dahulukan anak buah yang dah berkeluarga. Nanti turn kita dah balik rumah mertua, memang seminggu terus cuti raya.

Preparation nak sambut raya tuh macam biasalah. Tapi macam kelakar lahh tahun nih. Kebetulan adik adik yang dah kahwin semua turn rumah mertua. So tinggal lahh Uyul dengan Adik Haziq je kat rumah untuk kemas rumah semua. 

Part kelakar bila tengah penat penat kemas rumah tuh, Uyul cakap lahhh, "Dik, apa lah nasib kita kan dik, dorang semua dah kahwin, balik rumah mertua, tinggal kita dua je nak kena kemas rumah."

Yang siotnya adik cakap, "Kalau macam nih, Haziq nak kahwin jugaklah."

Ewahhhh spender pun Mak Abah belikan ada hati nak kahwin!

Actually kitorang berdua takde lah penat mana pun kemas rumah malam raya tuh. Tapi maklumlahhhh, Uyul dengan handphone ngadap Twitter, adik dengan PUBG dia. Bila Mak dah start bebel, barulah masing masing letak handphone kat tepi. Itu pun ngadap lah muncung adik yang panjang tuh. Tapi the best is, Adik kalau nampak Uyul lambat nak siapkan kerja, laju je dia amik kain buruk kat tangan Uyul untuk sambung kerja Uyul.

"CEPATLAHHHH KAKLONGGG! ADIK NAK LAWAN NIH!"

Cis berdebah. PUBG je lahh kerja kau eh.


Nothing much on first day sebenarnya. Malam raya pun kitorang tak busy masak. Mak dah munjung awal seminggu. After Zuhur baru ke Parit Raja rumah Busu sebab Nenek Atuk belah Abah turun Johor. Tahun nih kami tak beraya di Melaka. Uyul rasa, lama lah gak Uyul tak beraya belah Melaka. Lepas dua rumah di Parit Raja, baru gerak balik Batu Pahat, pergi rumah Nenek Atuk belah Mak pula. Berayalah sampai ke malam.

Memandangkan raya pertama tuh cuma Uyul, Adik Haziq dengan Alip je ada, sedara mara got confused lahh Uyul ni Dekna ke Along. Bila cakap Alongggggg je, wahhhh kemahin kembang bontot kena puji.


"Ehhh Along ke nih. Ya Allahhh lawanya Along, cantiknya Along. Along nampak muda."

Alip apa lagi, kemahinlah membahan Uyul. "Ah, sampai ke JB lahhhh lebar senyum kau Long!"

Kahkahkah. Tuh lahh sapa suruh korang semua kahwin awal sangat, kan tahta kecantikan dan kemudaan jatuh pada Kak Long muuuu. As expected, bila beraya mesti akan dapat soalan cepumas. Tapi kali ni soalan cepumas dia bukan bila nak tamatkan zaman bujang. Soalan cepumas diaaaa yang sangat cepumas tuh, "Apa rahsia awet muda?" Hahaha, comeon lahh umur dah 29 nih, takde rahsia pun. Mungkin masa beraya tuh kerja Uyul senyum je. Pulak pipi dah makin debab, tuh nampak muda belia je lahhhhh.

Mesti rasa nak muntah baca statement Uyul kan? Hahaha. Memang nak bagi korang meluat jap. Chait, terus takde reader dahhh blog aku cemniiii. 


Hmm, oh yes, thanks to Irah and her sisters sebab sanggup datang beraya dari JB dengan hadap jemnya. Jauh kot. Sebab jem kan, 2 jam pun jadi 4 jam. Kesiannnn dia. But they manage arrived before 9:00 pm. Apa lagi kemahin borak cam hape padahal selalu je lepak sama sama! 

So, ini lah cerita raya pertama Uyul. Raya kedua lagi lah takde ke mana sangat. Cuma ke Pontian dan terus balik ke JB. Raya ketiga dah kerjaaaaa! Sobs sobs sobs! And selepas seminggu, baru lah nak balik ke Batu Pahat! Esok kita balik Batu Pahat nak bawak ehem ehem kita jumpa Mak Abah. Ecehhh!

11 comments:

  1. Salam lebaran dari pahang ya.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Uyul..
    Maaf zahir batin ...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya uyul.. ni entry comeback ke!! yuhaaa

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya calon menantu ummi :p

    ReplyDelete
  5. uyul nampak slim gitew.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya maaf zahir batin uyul..

    ReplyDelete
  7. mat ri aye uyullll!! lama siott aku tak singgah sinii.... maaf zahir batin ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.