SAN FRANSISCO COFFEE PORT LEPAK EKSKLUSIF BERTEMAKAN VINTAGE DI CAPITAL CITY, JOHOR BAHRU

/
2 000 Comments
November 06, 2018
SAN FRANSISCO COFFEE PORT LEPAK EKSKLUSIF BERTEMAKAN VINTAGE DI CAPITAL CITY, JOHOR BAHRU | Salam. Ada peminat Coffee di sini? Berita baik untuk korang. Baru baru ini Uyul berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran San Fransisco Coffee di Capital City, Johor Bahru. Actually itu kali pertama Uyul ke Capital City yang terletak berdekatan dengan Kilang Batery, Tampoi. Untuk pengetahuan korang, Capital City baru sahaja dibuka untuk pengunjung pada Oktober yang lepas. Baru baru ini Uyul perasan ada JDT Blogger yang ke MCM Studios. Korang boleh baca entry tersebut di Sis Lin http://www.sislin76.com/2018/08/largest-indoor-theme-park-in-southeast.html atau entry Kak Sunah http://www.sunahsukasakura.com/2018/08/mcm-cartoon-planet-tumpuan-terbaru-di.html. Masih banyak shop yang belum dibuka. Namun Uyul percaya MCM Studios bakal menjadi daya tarikan di Capital City selain San Fransisco Coffee. Mana tak nya, San Fransisco Coffee bakal jadi port lepak eksklusif bertemakan vintage. Menarik bukan?



JOM LEPAK DI SAN FRANSISCO COFFEE
Kalau dulu Uyul rajin lepak Starbuck dengan Parzival. Suasana dia yang damai, boleh bagi idea nak buat kerja. Lagi lagi kami kalau nak dapatkan idea untuk design apa apa. Haa, bukak laptop, lepak lah seharian di sana. Tapi kali ini, mungkin San Fransisco bakal menjadi port lepak kami yayyy! Apa yang bestnya, rekaan dalaman di San Fransisco bertemakan vintage. Ala ala macam dekat Jepun gitu.






MAJLIS PELANCARAN SAN FRANSISCO COFFEE
Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada jam 11 pagi. Uyul berpeluang untuk mendengar perkongsian dan mandat dari Dato Jaya JB Tan iaitu Pengerusi Envictus International, Dato Kamal YP Tan iaitu Pegawai Eksekutif Ketua Kumpulan Envictus International, Miss Koo sue San iaitu General Manager of SF Coffee dan Encik Nik Azwaa Azmi iaitu Head of Marketing. Temubual tersebut telah mengambil masa selama lebih kurang 30 minit.


MINI ART EXHIBITION 
Terdapat aktiviti Mini Art Exhibition yang menampilkan hasil seni dari Eva Production dan dari anak kelahiran Johor Jaie Ramlee dan Trusk. Untuk pengetahuan korang, pameran ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2018.



SAN FRANSISCO COFFEE COLOURING CONTEST
Selain Mini Art Exhibition, terdapat juga pertandingan mewarna "San Fransisco Coffee Colouring Contest". Korang kalau nak sertai pertandingan mewarna ini, jom dapatkan secawan San Fransiso Coffee dan layak untuk menyertainya. Yang menarik, dapat hadiah tajaan kopi selama setahun tau. Syarat pertandingan sangatlah mudah. Korang cuma perlua upload gambar cawan yang telah diwarnakan ke laman sosial media korang tak kira Facebook mahupun Instagram beserta hashtag #SFCoffeeXMartyWoods dan #SFCoffeeColouringContest. Tarikh tamat pertandingan adalah sehingga 30 November 2018! Jom jom jom korang!


Untuk maklumat lanjut tentang SF Coffee ni boleh layari:


Website

Instagram

Facebook








YOU MAY ALSO LIKE:

2 comments:

  1. Kat kuala terengganu ada tak san fransisco cofee ni kak uyul?

    ReplyDelete
  2. bak sini cup tu akak kalerkan. hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>