DINOSAUR KINGDOM DAH ADA DI JOHOR SEHINGGA JANUARI 2019

/
1 000 Comments
November 26, 2018
DINOSAUR KINGDOM DAH ADA DI JOHOR SEHINGGA JANUARI 2019 | Salam. Wahhh wahhh wahhh. Dinosaur Kingdom dah ada di Johor weyh. Apa lagi, cuti sekolah pun dah bermula, jomlah bawa adik adik, anak anak, anak anak sedara, makwe makwe sekalian kita kembali ke zaman purba. Kalau korang nak tahu, Dinosaur Kingdom akan bertapak di Tapak Letak Kereta Puteri Harbour mulai 20 November sehingga 1 Januari 2018.




Actually Uyul teruja gila tau dapat ke Dinosaur Kingdom pada cuti am 20hb yang lepas. Kebetulan plan pulak dengan team JDT Blogger yang lain. Haaa kiranya 2 in 1 laaa ni. Dapat dating dengan Parzival, dapat juga outing dengan rakan Blogger yang lain. Ada Kak Sunnah, Ain dan Kak Hernee. Masing masing dah terpacak depan pintu masuk sebelum jam 12 tengahari. Uyul dan Faizi pulak dua tiga empat lima kali lahh pusing nak cari parking sampai kan Ain whatsapp bagitahu cari parking jauh sikit sebab memang dah penuh. Tapi tak putus asa, kami akhirnya dapat juga parking dalam kawasan tapak parking dinosaur Kingdom. So satu tips, kalau nak ke sana, korang kena datang awal okay. Kalau tak memang menapak lahhhh jawabnya.


 

Korang mesti nak tahu kan apa sebenarnya Dinosaur Kingdom nih. Actually, sempena cuti persekolahan bulan November yang bakal bermula, Dinosaur Kingdom, The Prehistoric Harbour akan diadakan secara bergerak di Puteri Harbour, Johor Bahru bermula dari 20 November sehingga 1 Januari 2019. Kalau korang nak tahu, Dinosaur Kingdom merupakan pemenang anugerah Taman Hiburan Bergerak yang pertama di Malaysia. Ianya bertemakan era Jurassic dimana para pengunjung boleh merasai sendiri suasana zaman prasejarah.

Jom tengok video seharian Uyul di sana terlebih dahulu.



JOM RAMAI RAMAI KE DINOSAUR KINGDOM, PUTERI HARBOUR!




Jejak Baby Dinasour
Tunggang baby dinasour kegemaran anda dan berhibur di sepanjang jejak dinosaur.



Pertunjukan Secara langsung Dinosaur Wildpark
Bersedia untuk pengembaraan prasejarah dan alamilah persembahan langsung yang menghiburkan seisi keluarga.



Raptor Maze
Cari kunci yang tersembunyi untuk melepaskan diri dari Raptor Maze kami. Tetapi, berwaspada, kerana ada raptor yang sembunyi di persekitaran maze ini.



Panggung 5D
Alamilah pengembaraan liar Rexy dengan sensasi 5D!



Drift Island
Tunjukkan kemahiran drift anda di Drift Island kami.



Hub Pendidikan 
Kunjungilah pusat pendidikan kami untuk mengenali dinasour dengan lebih mendalam.



Sarang Pterosaur
Pengembara muda boleh memanjat dan tawan sarang Pterosaur.




Tunggangan Dino
Bagi mereka yang berani untuk menawan dan menunggang dinosaur kami.



Fossil Dive
Menyelam ke dalam Fossil Pit untuk mencari fossil yang tersembunyi dengan perkataan NIPS.



The Swamp
Terokai paya-paya dengan bot dinosaur.



Fossil Dalam Ais
Terokai pengalaman peneroka fossil dengan memecahkan ais untuk mendapatkan telur dinosaur anda sendiri!




WAKTU OPERASI
Dibuka setiap hari dari 12:00 pm sehingga 10:30 pm.
Tutup setiap hari Isnin, kecuali 24 Disember 2018 dan 31 Disember 2018.



TIKET MASUK
**Pemegang Mykad RM30 dengan 2 token
**Pemegang Mykid RM20 dengan 1 token
**Pemegang Mykad(warga emas) RM 20 dengan 1 botol air
**Pemegang passport RM 50 dengan 2 token
**Pemegang Mykad/Mykid : All access passes RM 68 dengan 4 token (tidak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)
**Pemegang passport: All access passes RM 98 dengan 4 token. (Tidak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)

Boleh dapatkan tiket di website dan app Themepaktu.
Facebook : Themepaktu
Instagram : @themepaktu







YOU MAY ALSO LIKE:

1 comment:

  1. Confirm penuh cuti sekolah ni kena serbu beramai-ramai

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>