TIPS ATASI SINKI TERSUMBAT

September 15, 2018

TIPS ATASI SINKI TERSUMBAT | Salam. Haihhhh spoil terus mood bila tengok sinki tersumbat. Dah lah banyak bahan mentah dalam peti ais. Nak tak nak kena laa masak. Ada ikan, ada seafood, ketam pun ada. Daging korban pun ada Mak bekalkan. Tapi bila tengok sinki tersumbat camni. Cane laaa nak masak. Pulak balik kerja penat penat, tengok sinki pula tak boleh kompromi lahh. Korang pernah alami tak sinki tersumbat? Jom tengok tips atasi sinki tersumbat di bawah.


Korang cuma perlukan Soda, Garam dan Air Panas. Tips ini Uyul dapat dari uncle kedai hardware. Korang juga perlukan pam macam dalam gambar nih. Mula mula tuh Uyul nak guna acid. Tapi risau pulak rosak paip kalau guna acid. 


Pam ni harga dia cuma RM6.50 saja. Boleh dapatkan dekat hardware. Memang bagus kalau setiap rumah ada pam ni. Uyul kalau tak sebab tersumbat, takdenya nak beli. Haaa ni dah ada so lepas ni takde la moody tengok sinki tersumbat. Apa yang korang perlu buat adalah, pam sinki sampai air dah takde dalam sinki. Apabila sinki dah kosong, korang letak garam dan soda di lubang sinki. 


Soda tu pula boleh dapat dalam harga RM10, garam pulak baru RM1 sebungkus. Bukan guna semua pun. Agak agak je masa tabur tuh weyh. 



Seperti biasa seketul Uyul ni memang suka main campak campak dan agak agak je. So campaklah garam dalam 1/4 bungkus. Seterusnya letak pulak soda. Ready nak jirus air panas nih. 


Jerang air secukupnya. Air perlu panas ya kawan kawan. Masak je terus jirus. Jangan pula guna air yang dah sejuk. Tak menjadi nanti. 


Seterusnya jirus air panas ke dalam sinki. Uyul ulang dua kali sebab tak puas hati takut tersumbat lagi. Hasilnya, tiada lagi sinki tersumbat. Licin berkilat weyh. Baru lahhh syok nak masak. 


Bila dah tak confirm tak tersumbat, korang cuci lahh sinki tuh dengan sabun. Yela dah sehari semalam dia tersumbat, bau pun tak sedap. Uyul biasa cuci guna sabun serbuk.



Taraaaaass. Berkilatttt weyhhh! Baru lah mood masak pun datang kepadaku. 


Selamat mencuba korang! 

You Might Also Like

2 000, 000 Pengkomen

  1. Wowwww baguss ni.
    Bagusnyaa jangan tggu sumbat baru nak buat ye dikk..
    Hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus²..kalau taknak berbau try beli yg jenis stick tu masukkan dalam lubang sinki. tak ingat ape nama dia entah.pun okay jugak untuk elakkan sikit tersumbat dan berbau

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>