KISAH DISEBALIK JAGUNG MANIS

KISAH DISEBALIK JAGUNG MANIS | Salam. Long weekend datang lagi. Kali ini cuti sampai Isnin. So pagi tadi baru lah start kerja. Kemahin masuk kerja pagi pagi siapkan semua kerja terbengkalai.


Sabtu, Ahad dan Isnin. Korang ke mana long weekend nih? Uyul seperti biasa tak ke mana mana. Kebetulan Sabtu tu tak berapa sihat. Ahad pulak melepek je laa dekat rumah. Tapi macam biasa lahh Uyul kalau demam biasa tu kejap je heloknya. Ahad petang dah rasa bosan dah duduk rumah. Haa mula lah panjang akal plan nak ke sana ke mari. 

Uyul pun WhatsApp laa Parzival. Minta dia amik Uyul malam Ahad tu. Terasa nak ke Bazaar Karat. Lama betul tak ke sana. Bukan apa, cuma nak tengok rakyat jelata JB je pun. Bosan kan terperap je kat rumah.

Bila dah sampai di Bazaar Karat, duk pusing pusing takde laaa nak beli apa sangat pun. Tertiba nampak orang jugak jagung manis. Haaa apa lagi, pau Parzival lahhh. Nak jugak jagung manis sebab craving masa tuhhhh jugakkkk. Parzival pun hulur wallet dia seperti biasa.


Actually laaa kan, benda pertama yang bermain difikiran masa nak beli jagung manis tuh cuma kenangan yang pernah ada sepanjang dengan Parzival. Nampak jagung manis tuh teringat zaman zaman bercinta dulu. Disebalik jagung manis ada kisah dia yang takkan Uyul lupa.

Dulu zaman bercinta, kami baru Sem 3 Diploma. Orang study, kita pulak sibuk bercinta. Tapi bercinta tuh berisi hokeyyyy. Dua dua grad on time. Okay lahhh kan. Hahaha. So sepanjang zaman study tuh, memang kami ni ke mana mana naik turun tangga bas je la. Balik kampung ke, pergi dating dekat Dataran Pahlawan ke. Memang transport utama kami adalah bas.

Nak dijadikan cerita, masa tuh Stesen Bas Alor Gajah baru dinaiktaraf. Memang cantik sangat dan banyak kemudahan disediakan. Antaranya ada kiosk kiosk jualan pelbagai seperti gerai menjual makanan, menjual Coolblog. Haa masa tu Coolblog kan tengah in sebagai salah satu minuman blended.

Sebelah kedai Coolblog tuh ada satu kedai jual jagung manis. Haaaa, so setiap kali dating mestilahh Parzival akan beli jagung manis tuh. Beli satu kongsi berdua. Tapi bila datang kedekut dia, ehhhh tak nak kongsi. Geram pulakkk kita kalau ingat balik tau. Hahaha.

Sebab tu masa dekat Bazar Karat, dah dua dua pun jalan menonong sorang depan sorang belakang, memanglahhh nampak jagung manis pun boleh tersenyum sorang sorang.

Ciskeklahhh Uyul actually malas nak cerita kisah cinta tak jadi nih tapi nak jugak laaaa cerita. Kenangan adalah benda paling jauh kita nak kejar. Tapi bila benda tu berulang, ianya boleh mengingatkan kita saat manis dulu dulu. Kan? 

6 comments:

  1. Kenangan manis semanis jagung manis

    ReplyDelete
  2. OOO..ada moment tersendiri di sebalik jagung manis rupanya

    ReplyDelete
  3. wowww.. cinta semanis jagung la time tu kan uyul.. hahha

    ReplyDelete
  4. lawo² gambar uyul snap...

    ReplyDelete
  5. Teringin nak pergi Bazaar Karat JB ni. jejak JB pun jarang

    ReplyDelete
  6. Alololo sweetnya macam jagung manis ek, sekali gaduh macam batang jagung, ketgaq keras masing-masing hahahahaa

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.