HOARDING DISORDER SEJENIS PENYAKIT SUKA SIMPAN BARANG

September 09, 2018

HOARDING DISORDER SEJENIS PENYAKIT SUKA SIMPAN BARANG | Salam. Korang ada tak habit suka simpan barang yang tidak lagi digunakan? Yelaaaa kalau tengok mak mak kita tu ada je barang yang dia simpan bertahun tahun semata mata sebab sayang nak buang padahal sesetengah barang / benda tersebut dah tak digunakan lagi pun. Kalau korang nak tahu, itu adalah Hoarding Disorder sejenis penyakit suka simpan barang yang akan ada banyak consequences kalau tidak dibendung.


Ya Allah apa yang banyak sangat sampah tuh Syazwani oi! Hahahaha cerita dia sebenarnya macam ni. Setelah 10 bulan Uyul menetap di Johor Bahru, bilik Uyul memang takde katil. So memang bentang tilam kat lantai. Kebetulan semalam Uyul beli katil terpakai berharga hanya RM150 termasuk caj pengangkutan. Haaa dah alang alang ada niat nak makeover bilik, Uyul decide nak buang semua benda yang dah tak digunakan.

Kalau korang nak tahu, kebanyakkan barang yang Uyul dispose tu adalah barang yang memangnya Uyul tak pakai. Dannnnn, paling banyak adalah makeup. Ada yang tak pernah guna pun. Lagi lagi macam contact lens, solution untuk contact lens, ada juga barang barang review yang Uyul rasa tak sesuai digunakan, pun Uyul buang. Ada juga sebahagiannya yang Uyul dah bagi pada orang yang lebih memerlukan. Sayang nak buang jugak. Haishhhh betul betul penyakit. Hahaha.

Satu lagi habit Uyul, kalau beli barang apa pun lah, dapat kotak, mesti kotak tu Uyul simpan. Ya Allah, dia ingat zaman kanak kanak ke kumpul kotak nak buat keretapi macam cikgu Pendidikan Seni suruh tuhhhh. Aisehhhmannnnn mangkuk betul lahh Uyul nih. Itu pasal semalam nekad nak buang je semua. Korang nampak kan produk VSL tuhhh? Alaaa yang viral produk sampah tuh. Yessss, Im the one of the user yang degil nak cantik cara express. Haaa yang itu nanti Uyul cerita pada entri lain ye.

Betapa Hoarding Disorder sangat tauuuu kotak pun nak simpan. Siap masa nak buang tu pandang dua tiga kali. Masih lagi ada perasaan SAYANGGGNYAAAA NAK BUANGGGGGG.



APA ITU HOARDING DISORDER?

Uyul tahu tentang Hoarding Disorder pun melalui perkongsian Aiman Amri di Facebook. Hoarding Disorder ni sebenarnya ntara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang. Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya. Tambahan lagi menurut Aiman, mngkin ada yang menganggap barangan tersebut sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.

Yang lebih menyukarkan lagi rawatan ialah, kerana penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah satu perkara normal. Rawatan untuk keadaan mental menjadi pulih, salah satu faktor kritikal ialah penghidapnya mahu diubati. Namun bagi penghidap Hoarding Disorder ini, mereka berada kesukaran di peringkat ini.

Kondisi awal mereka bermula sebagai:

1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan

2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.

3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.

Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.

Cara mengatasi Hoarding Disorder:

Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.

Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.

Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.


Haaaa gituuuuu lahhh perkongsian dari Aiman Amri, Pengkaji Minda Manusi. Jadinya Uyul ni baru tahap pemula laaa eh. Naseb mampu jugak laa nak buang semua yang tak digunakan tuh. Bila kemas bilik, sapu habuk apa semua, mop lantai, spray pula pewangi, ehhhhh rasa tak nak keluar bilik dah. Nak duduk dalam bilik sepanjang hari. Yelaaa kan, sejenis busy melampau sampaikan balik kerja tu rasa nak tidur memanjang.

Jangan ditanya mana gambar makeover bilik katanya tuh. Uyul belum siap lagi makeover. Nak beli cermin sangkut kat dinding dulu. Tapestry pun belum pasang dekat wall lagi. Actually nak makeover bilik sebab Uyul teringin nak buat video makeup. And then kalau ada barang review yang memerlukan ruang untuk buat video, kan dah tak payah pening pening. Bilik sendiri kan adaaaaa. Yayyyy! Doakan Uyul dapat makeover bilik Uyul yaaaa korang! 

You Might Also Like

10 000, 000 Pengkomen

  1. ain dulu memang penah ade penyakit macam gini, tapi sekarang dah takde,tak nak je terus buang.dulu2 ain suka kumpul botol perfume dengan kotaknya dari zaman sekolah woii..pastuuu surat2 kalau gaduh2 dgn kwn pun masih simpan. skrg dh xde dahhhh..semakkkkk woii.hahhaha..

    ReplyDelete
  2. Ada, tapi x teruk sangat kottt..tahh.ahahaa..kalau dah buat clearance tu, ade je mende dibuangnya...hohoo~Ok, tazabar nak nengokkkk makeover bilikk~ boleh tiru ket idea..muahaha~

    ReplyDelete
  3. sama la...dulu akak pun suka kumpul kotak2 yang cantik dan comel..lepas tu, poster2 dari majalah Kreko, poster2 anime yang download dari internet..sampai semakkkk bilik! hujung bulan julai yang lepas, kukorbankan segalanyaaaaaa sebab nak kena kemas bilik mak yang jadi pusat pengumpulan kotak lepas rumah renovate..alhamdulillah, da hilang da penyakit ni..hahahah

    ReplyDelete
  4. Akk dah lama move on dari simpan brg2 yg penuh kenangan ni Uyul. Biasanya kalu beli brg yg ada kotak mcm minyak wnagi atau foundation tu, bila buka akk akn terus buang kotaknya. Dulu memang suka kumpul botol kaca minyak wangi tu tapi bikin semak aje sbb dah tak ada tempat nak simpan & tak rajin nak lap2 habuk tu, hihi

    ReplyDelete
  5. saya rasa semua orang ada penyakit ni. walaupn sikit aje tetap ada perasaan sayang barang kan.simpan tak buang-buang meskipun tak guna pun.

    ReplyDelete
  6. sha jenis suka simpan packaging -_- beli makeup ke skincare ke kotak tu simpan tapi bila rasa semak, buang jugak hahaha

    ReplyDelete
  7. Haha....ini namanya penyakit eh.. Okeh, akak oun suka kumpul jugak. Tapi kalo semak akak buang jek

    ReplyDelete
  8. Lepas ni agak taknak pakai, campak le ke sini..
    Ko soping, Sis pakai hahaha kan tak membazir hehehehe

    ReplyDelete
  9. Then dah nampak serabut sangat bilik, amik plastik hitam, buang-buang and buang mana tak pakai lagi, baru nampak penuh 2 plastik hitam tu barang tak pakai je. hahahahaha

    ReplyDelete
  10. sejenis yang sama jugak. sayang betul nak buang..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>