EYES STEAK DI KILANG BATERY JB SESUAI UNTUK PENGGEMAR WESTERN FOOD

/
5 000 Comments
September 13, 2018
EYES STEAK DI KILANG BATERY JB SESUAI UNTUK PENGGEMAR WESTERN FOOD | Salam. Ada penggemar Western Food? Uyul nih sejak sejak menetap di JB, ada je tau tempat makan dia nak terjah. Sebab tu laaa tak kurus kurus ek. Alaaa selagi hidup, makan je lah. Asalkan kita tahu kawal pengambilan diet seharian tuh. Macam Uyul ni, kalau nak makan Western pun ikut mood jugak. So kebetulan tempoh hari keluar jumpa Ayu untuk makeup makeup session, tu yang ajak Ayu makan sekali.


Bincang punya bincang, makanya kami decide nak ke Kilang Batery. Haaaa apa lagi, sejurus je bersiap dari rumah Ayu, Uyul pun drive lah ke Kilang Batery. Bagi yang tak biasa ke Johor Bahru, Kilang Batery ini merupakan platform JJCM wanted dekat JB. Pernah tular di awal pembukaannya dan sangat popular dengan kedai kedai hipster. Terdapat juga butik butik dan kedai menjual accessories telefon. Uyul pun hampir setahun dah tak ke Kilang Batery nih. Itu yang terus je nak ke sana. Kot kot dapat laaa cari  restoran yang menghidangkan Western Food yang sedap dan berbaloi.


Sesampainya di Kilang Batery, terus cari parking dan pusing seround dua cari port lepak. Haaaa terus nampak Eyes Steak. Kebetulan kami sampai dalam jam 6:00 pm, so macam tak ramai orang lagi. Dengan langkah kanan, kita masuk ke dalam restoran. Boleh pilih nak dekat luar ataupun dalam. Kami pilih untuk makan kat dalam lahh sebab ada aircond dan agak privacy sikit.


Korang  boleh tengok ruang makan di bahagian dalam very condusive. Kalau nak lepak lepak dengan kawan kawan, memang okayy sangat nih. 


Mungkin sebab tak ramai orang, jadinya makanan yang kami order pun tak lah ambil masa yang lama untuk siap dihidang. Uyul percaya servis Eyes Steak ni memang laju. Tukang amik order pun peramah dan beliau sendiri recommend apa yang best dekat sini. Semua yang kami order adalah signature dish Eyes Steak. Wow! Banyak tauuu. Jangan terkejut ehh dua orang makan.

Jom kite ngok apa kitorang try dekat sini.


Chicken Grill with Aglio Olio Pasta
RM15. 90


Rib-Eye Steak
M23. 90


Lamb Shank
RM29. 90


Ice Blended & Cheezy Wedges
RM7.90 & RM6.00

Antara hidangan lain yang korang boleh cuba ada dekat bawah. Yang ini pun menyelerakan weyh. Pakkal je perut dah penuh. Kalau tak kat situ jugak kami habiskan. Hehehehe. 


Beef Bolognese
RM13. 90


Aglio Olio Seafood
RM13. 90


Chicken Parmigiana
RM18. 90

Tengoklahhh gambar gambar di atas tuh. Menyelerakan kan? Telan airliur je ke? Pi laaa lekaihhhhhhh weyhhh. Uyul ni update entry pun masih telan air liur. Hahahaham terasa kerangupan wedges, kesedapan Lamb Shank dia. Aduhhh rasa nak ajak Parzival pulak lahhh.


Acah acah cantik je kan Uyul tuh. Hahahah. Posing pun nak pegang garfu dan sudu. Cehhhh. 


Di sebalik gambar yang cantik, tengok lahhh Ayu tuuhh. Heheheh. 


Dia kata amikkan gambo dia. Haa yela yelaaa. Retis kannn. Hahahaha opsss jangan marah ek Yuuu. 


Ohhh okayyy, rupanya tukang amik order tuh owner Eyes Steak. No wonder lahh PR dia bagus. Thumbsup boss! Good food, good service. Highly recommended! 


Ini lahh dia Owner kedai tersebut. Uyul lupa pula nak interview dia tauuuu. Hahahah rushing pulka nak balik sampai lupa nak tanya nama.

So korang yang datang JB tu tak tahu nak makan Western dekat mana, boleh ke Eyes Steak di Kilang Batery. 

📍Eyes Steak, Kilang Batery
No. 83, Jalan Tampoi
81200 Johor Bahru, Johor

5:00 pm - 12:00 pm

016-3212606


Selamat mencuba and have a nice day!





YOU MAY ALSO LIKE:

5 comments:

  1. sila belanja saya di sini..hehehe

    ReplyDelete
  2. Hamboiii sedap-sedapnyaaa menu dia, ruginya tak dapat makan samaa huhuhu..
    Jom Hernee!

    ReplyDelete
  3. nampak sihat menu2 dia...nak pi try jugak ni!

    ReplyDelete
  4. sedappppnyaaaaaa..tak sabbaaaarrr nakk merasaaaa..... uyulll ade typo PULKA ? hahhahaha.. pulak ayangggggg woii..

    ReplyDelete
  5. teringin nak pergi kilang bateri ni tapi tak kesampaian. entah bila nak sampai tak tahulah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>