DINNER DATE DI BOOSTED CAFE

DINNER DATE DI BOOSTED CAFE | Salam. Hai semua. Apa khabar? Dah makan belum tuh? Cakap pasal makan, semalam habis waktu kerja terus kecek kecek dengan My Parzival nak makan kat Boosted Cafe. Jadilahhhh dinner date di Boosted Cafe dari takde kan. Macam dah lama benor tak dating hahahaha. 

 
Disebabkan cafe tersebut terletak di bahagian atas, makanya My Parzival request nak duduk kat luar. Amik angin katanyaaaa. Boosted Cafe ni kalau tengok menu dia sama je lebih kurang dengan cafe hipster yang lain. Harga pun boleh tahan jugak lahhh. Nak kata mahal, ada yang mahal ada yang murah. Jom tengok apa Uyul dan My Parzival order. 


Mocha Blended for My Parzival, whereas Asam Boi for me. Untuk Asam Boi tuh sedap cuma tak umpphhh sangatlah. Mocha Blended tu pulak My Parzival cakap manis. Supposely Mocha kan pahit. Tapi its just nice la. Tak laa kata tak sedap. 


Yang ini pulak Lamb Grilled untuk My Parzival. Tengok macam sedap kan. Dagingnya dimasak medium rare. Uyul tak jamah sangat so tatau lah rasa dia macam mana. Tengok My Parzival makan habis, haaa okayy laaa tu kot. 


Taraaaaa. Ini untuk Uyul. Chicken Buttermilk. Saja laaa nak try sedap ke tak. Okayylahh ayam digoreng tu sedap. Cuma kuah dia kurang sikitlah. Tak sama macam Uyul makan dekat Melaka. Satu lagi, kalau Uyul masak Buttermilk, Uyul buh cheese sekeping dua. Heheheheh. Yang ini takde cheese. Harga dia RM12 kau satu set. Kalau masak sendiri boleh makan ramai ramai. Hahahaha. Tapi nak masak tu yang busy tak dan dahhh. 


Last but not least, Brownies Ice Cream. Alaaaa tak sedap. Sedap lagi order dengan Kak Sunnah. Brownies dia keras ahh. Tak moist sangat dan terlebih manis. Ke tekak Uyul yang mengada ngada. Hahahaha. 

So conclusionnya, untuk penggemar makanan hipster boleh terus ke Boosted Cafe yang terletak di Bandar Baru Uda. Tapi untuk yang kuat makan dan suka makan serta yang sukakan kelainan, toksahlah. Dia lebih kurang je dengan cafe hipster yang lain. Makanan dia sedap, cuma biasa biasa je  bagi Uyul. Kalau nak dating romantik romantik boleh lahh bawak gewe masing masing. Environment dia nice! Heheheh. 


Actually cannot move on laaa tengok gambar My Parzival ni. Gambar ni nampak dia macam handsomeeeee sangat. Haihhh nak jatuh cinta berapa juta kali pun tak tahu lahhhhhh, Ayangggg. 

7 comments:

  1. Nak order yang last sekali tu sebab limited edition nampaknya 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  2. bandar baru uda? uitsss dekat belah mana ni woiiii....

    ReplyDelete
  3. Gila jujur komen ! Niceee....ha ah la yul....your Parvizal nampak hansem, macam budak belasan tahunnnnnnn......... moga jodonya berpanjangan dongggg

    ReplyDelete
  4. tak pernah try kat sini.. kalau dtg kena bekal brownies sunah ke camane? hehehe

    ReplyDelete
  5. haa...nak rasa gak brownies dia tu..hahaha

    ReplyDelete
  6. bestnya pemandangan dia...harus mencuba ni nampaknya...hadoiii..gambo tak menahan oit

    ReplyDelete
  7. Haritu sy dan family makan sini order brownies sedap sis smpaikan makcik sy order lg 1 sbb tak puas.tp btul sis ckp menu dia biasa2 tp sedap2 dan harga brpatutan.yg best environmnt dia sbb jarang sgt2 ada cafe mcm ni.overall best la ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Powered by Blogger.