ASAM PEDAS DAGING UNTUK DIA

September 03, 2018

ASAM PEDAS DAGING UNTUK DIA | Salam. Okayyyyy sesejak dua menjak ni kan rajin pulak Uyul update blog ek. Hahahaha. Maklumlah bila semua dihujung jari. Saja je nak update kite baru je siap masak asam pedas daging untuk dia yang amat kusayangi ececehhhh.



Ni belen belen daging korban Parzival tuari. Sekilo dia sedekah kat Uyul, tatau nak masak apa. Yang paling mudah dalam kepala ni adalah ASAM PEDAS. Aisehhh Uyul tadi call nenek. Tanyalahh camna cara nak lembutkan daging. Sekali nenek tanya nak masak apa. Uyul jawab lahhh asam pedas. Nenek kemahin terkejut sebab dia tak pernah masak asam pedas daging. Uyul pun cakaplahhhh Uyul pernah makan kat kedai makan, so memang ada laa kan orang masak asam pedas. Hahahaha. Bukan apa, malas nak masak kari kang sakit perut sebab Uyul kalah kari. Nak masak kicap, tuari dah masak kicap. Kang berkicap Parzival hahaha.

Tataulahhh tu apa rasa tuh. Nampak macam sedap kan? Hahahahha. Ehh puji diri sendiri pulak dia. Saja je masak malam ni esok boleh reheat. Kang terkejar kejar kalau bangun lambat. Haaaa nak resepi ke tuhhhh. Alaaaa kita masak campak campak je. Tapi lain orang lain cara. Jom tengok cara Uyul camne.

RESEPI ASAM PEDAS UNTUK DIA 

Bahan-bahan:
Daging
Cili Kisar
Bawang Kecil
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Serai
Belacan
Asam Jawa
Bendi (Optional) 
Garam

Cara-cara:
Tumbuk bawang kecil, bawang putih, kunyit dan halia. Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup untuk menumis. Masukkan cili kisar dan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan serai yang diketuk. Masukkan belacan. Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging yang telah dihiris. Kalau nak daging cepat empuk, rebuskan daging terlebih dahulu. Masukkan air asam jawa. Tambahkan air. Boleh gunakan air rebusan daging tadi. Masukkan garam secukupnya. Boleh campak bendi kalau nak. SIAP! 

Sayangnya takde daun kesum dan bunga kantan. Kalau tak lengkap dah. Jangan ditanya kuantiti bahan bahan eh, sebab Uyul jenis masak campak campak. Tahhh laa memang pesen jenis masak tak ikut resepi.

Selamat mencuba korang! 

Harapnya esok boleh pikat hati Parzival dan buncitkan dia sebuncit buncitnya! Hahahah. 


Yang tulus mencintaimu, 
Your Double Chin, Comok, Gemik, Ting! 



You Might Also Like

8 000, 000 Pengkomen

  1. semakin rajin hadik kita ni ngapdet...bagus bagus...asam pedas daging untuk hakak-hakak takde ke?

    ReplyDelete
  2. kata ilham.. eh apa dia masak tu.. sampai meleleh air liur ilham 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. yang tulu membaca blog mu ,
    akuainkausiapa. tiberrrr.hahhahaa

    woi, masak lebih payung ler sket orang uda ni...kg sg danga lagi dekat hantar ke uda dari mutiara rini.hahhahahaa...

    ReplyDelete
  4. Akak mmg selalu masak asam pedas daging. Kalau takde idea mmg suka msk asam pedas sbb stok cili kisar sntiasa ada, senangggg

    ReplyDelete
  5. sedap ni.tengok gambar pun dah tahu. untunglah si parzival tu.

    ReplyDelete
  6. uih..menarik betul asam pedas dia..untunglah si parvizal ni...

    ReplyDelete
  7. Tetiba rasa nak masak asam pedas juga ni :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>