DAPATKAN CRUNCHY DEALS HANYA RM5.50 DI TEXAS CHICKEN | Salam. Wow wow wow! Kalau dulu madah nak KFC dan MCD! Sekarang selalu sangat ke City Square semata mata nak dapatkan Crunchy Deals hanya RM5.50 di Texas Chicken weyh! Kahkahkah. Actually Ahad lepas memang malas nak masak. Sebab tuh gigih paksa Parzival teman kite ke Texas Chicken.


Crunchy Deals kali ini menampilkan 4 jenis menu yang semuanya memang perlu masuk perut Uyul! WAJIB! So disebabkan dia murah, hanya RM5.50 satu hidangan, apa lagi Uyul pun order ke empat empatnya! JOM TENGOK korang boleh order apa untuk promosi Crunchy Deals kali ini!


4 set Crunchy Deals RM5.50:
1 Ketul Ayam Goreng + Minuman Berkarbonat Pilihan
Classic Burger + Minuman Berkarbonat Pilihan
Tender Wrap + Minuman Berkarbonat Pilihan
Porridge + Minuman Panas Pilihan



Disebabkan Uyul dapat Gift Vouchers dari one of my friend bernilai RM30, Uyul habiskan RM20 dan tambah RM2 sahaja untuk lunch pada hari Ahad lepas tuh. Haaa 4 set makan berdua dengan Parzival. Hamek kau, Parzival makan sampai kenyang sangat.


Tak caya ke? Haaaaa tengok gambo bawah nih cepat!!!


Nampak? Uyul dah kata Uyul order semua set! By the way ini kali pertama Uyul rasa bubur Texas. Sedap gilos! Psst, Uyul juga share sedikit tips ye. Cubit cubitlah Ayam Goreng tuh dan masukkan dalam bubur! Combo crunchy and soft memang best giler! 


Parzival pulak makan Classic Burger dan Tender Wrap. Mana lahh tak kenyangggg! Yang best kat sini, air dia boleh refill. Tu pasal Uyul suka datang sini. Hehehehhe. Padahal baru 3 kali woi makan sini. Kahkahkah.



Eh, bukan kat City Square je tau. Promosi Crunchy Deals nih ada dekat semua branch Texas Chicken seluruh Malaysia (kecuali KLCC, KLIA 2 dan Genting SkyAvenue)! Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya semua!




ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN PRODRUFF | Salam. Masalah rambut gugur Uyul ni semakin menjadi jadi. Gatal kulit kepala. Belum lagi rambut bertaburan di lantai. Kalau sikat rambut tuh, makin banyak rambut yang ikut sama dengan sikat. Ya Allah. Tuhan je tahu rasa malu bila kepala makin botak. 



Sebenarnya banyak punca kenapa rambut gugur. Uyul pun ada terbaca satu artikel dari Cosmopolitan.my. Jom kita tengok apa punca rambut gugur.

1. Tekanan
Tak kira sama ada fizikal atau emosi, stress boleh memberi kesan kepada badan kamu melalui sumber-sumber tertentu dan apabila kamu overwhelmed, kulit kepala kamu bukan menjadi keutamaan kamu. Stress memberi kesan kepada cara tidur atau selera makan kamu, atau mengganggu keseimbangan hormon, dan memberi kesan kepada keguguran rambut . Kesannya? Rambut banyak gugur membuatkan kamu lebih stress berjuta kali ganda. Cari teknik menghilangkan stress yang terbaik untuk kamu – apa-apa saja seperti ketenangan minda atau terapi, mandi panas dan pesta Netflix. Lakukan yang terbaik untuk menangani masalah kamu sebelum ia menjadi di luar kawalan. Lebih baik kamu uruskan, lebih mudah rambut kamu tumbuh sihat kembali.

2. Terlebih mendandan rambut
Jika kamu jenis gadis yang menggayakan bun ballerina atau tocang ketat sepanjang hari, tiap-tiap hari, rambut kamu boleh menjadi nipis akibat daya tarikan alopecia – satu situasi di mana ketegangan berlaku disebabkan oleh gaya rambut tertentu menyebabkan rambut jadi nipis, terutamanya di sekitar garis rambut dan di belakang telinga . Pernah dengar? Kamu perlu mula membiarkan rambut kamu tak terikat jika kamu perasan ia dari awal dan berhenti memakai mengikat terlalu ketat. Rambut akan pulih dengan sendirinya; tetapi jika folikel makin teruk, kamu perlu berjumpa doktor kulit atau pakar rambut untuk melihat jika mana-mana aspek kerosakan adalah reversible. Selain itu, heat styling tidak memberi kerosakan yang sama, tapi ia boleh membuat rambut lebih rapuh dan mudah putus serta bercabang, jadi ketepikan straightener / tong / blowdryer kamu.

3. Folikel rambut tersekat
Rambut yang menawan memerlukan akar yang bagus, jadi tak mengejutkan apabila kulit kepala kamu kelihatan tak sihat membuatkan pertumbuhan rambut kamu tersekat. Pilih produk yang direka khas untuk menguatkan rambut dan kulit kepala, guna syampu yang betul sekerap mungkin – ramai pakar mencadangkan setiap dua hingga tiga minggu sekali untuk bersihkan kulit kepala dan singkir sel-sel kulit mati agar rambut sihat.

4. Diet tidak seimbang
‘You are what you eat’ adalah ucapan yang paling lama dalam buku, tapi ia sebenarnya betul kerana jika kamu tak bagi bahan yang baik untuk badan, ia dapat dilihat melalui luaran. Keguguran rambut disebabkan oleh kekurangan pemakanan yang sihat akibat mengamalkan diet yang sangat ketat (ia adalah perkara biasa kepada orang-orang yang punyai masalah makan seperti anoreksia), atau hanya diet di mana kamu makan sudah rasa cukup, tapi bukan makanan yang betul. Rambut diperbuat daripada protein, jadi ia memerlukan banyak protein untuk lebih sihat dan ia perlu top up Omega 3, Vitamin A, D dan E, dan zink. Ikan, sayur-sayuran, telur, kacang, dan daging tanpa lemak seperti ayam adalah perkara yang hebat untuk diambil sebagai permulaan.

5. Anemia
Selain semua perkara di atas, kekurangan zat besi boleh berkembang menjadi anemia sepenuhnya dan boleh membuatkan rambut kamu lebih keras. Ia adalah perkara biasa dalam kalangan wanita, kerana semasa kamu datang haid, kamu kehilangan banyak zat besi setiap bulan. Tapi ia juga boleh memberi kesan kepada orang yang dalam keadaan seperti Crohns, yang mengelak daripada mengambil zat besi. Makan zat besi yang secukupnya tak selalu mudah, terutamanya jika kamu seorang vegetarian atau vegan, sumber iron paling biasa adalah daging merah, sayur-sayuran seperti bayam, kekacang seperti kacang dan lentil, dan bijirin semuanya diperkaya dengan zat besi. Kamu juga kena pertimbangkan jika mahu mengambil supplement zat besi – pastikan kamu bercakap dengan doktor kamu terlebih dahulu untuk menilai tahap kamu sebelum mengalami beberapa masalah.

6. Baru melahirkan anak
Selepas bersalin, keguguran rambut adalah a) 100 peratus normal dan b) kamu tak perlu risau. Basically, semua hormon yang memberikan kamu seri ketika hamil mula seimbang kembali apabila bayi dilahirkan, jadi chill, apa yang terjadi selama sembilan bulan akan kembali normal. Cosmo tahu ia nampak dramatik, kadangkala rambut kamu gugur tak berhenti, tapi apabila bayi kamu berumur setahun, kamu akan perasan bahawa rambut kembali pulih kepada normal.

7. Kamu berubah contraceptions
Hormon ketika hamil menyebabkan perubahan pada rambut, kamu juga akan mengalami benda sama jika kamu menukar atau berhenti mengambil pil perancang. Right? Wanita yang mengambil hormon sering menganggap bahawa rambut mereka menipis kerana mengambil pelbagai pil dengan tahap progesteron yang tinggi. Berita baik adalah rambut akan kembali normal selepas badan kamu terbiasa dengan pil perancang (atau mungkin ia tak ada kena mengena dengan pil), tapi jumpa pakar sakit puan jika kamu bimbang pil perancang itu mungkin tidak sesuai dengan kamu.



TEKANAN KERJA MENGAKIBATKAN RAMBUR UYUL GUGUR!

Punca rambut gugur Uyul haruslah tekanan. Ya, tekanan kerja yang melampau boleh mengakibatkan rambut gugur. Mana tak nya sejak kerja di Johor Bahru nih, takdenya dapat rehat rehat selalu. Work overload sentiasa, sampai bawak balik kerja ke rumah. Memikirkan segala kerja yang tak sudah. Ehhhh memang gugurlah rambut nih cik kak. So, Uyul duk laa mencari pelbagai jenis produk yang sesuai. Akhirnya Uyul jumpa satu produk dari Prodruff. Dengan tagline behindskin, Uyul percaya rambut gugur pasti dapat di atasi. Jom tengok apa kelebihan Prodruff Hair Serum ini.





KHASIAT PRODRUFF ~ BEHIND SKIN

  • Pati Rosemary mambantu pertumbuhan rambut, mengelakkan masalah rambut botak dan melambat proses rambut beruban dab berfungsi menghilangkan kelemumur.
  • Ginseng baik untuk mengelakkan rambut gugur dan meningkatkan sel kulit pada kulit kepala dan juga menguatkan folikel dan akar rambut.
  • Arcina membantu pertumbuhan rambut dan melindungi kulit kepala daripada jangkitan dan tekanan oksidatif.
  • Pati Sage membantu meningkatkan pembentukan folikel rambut ke arah rambut yang sihat.
  • Henna menjadikan rambut kuat dan subur dari akar untuk rambut yang lembut dan bersinar





Keberkesanan Prodruff TERBUKTI!

  • Kelemumur hilang seawal 1-3 hari
  • Kulit kepala berminyak berkurang seawal satu basuhan
  • Keguguran rambut berkurang seawal 3 hari – 2 bulan penggunaan



CARA MENGGUNAKAN PRODRUFF HEAD & SCALP SPRAY TREATMENT





Head & Scalp Spray Treatment
– waktu terbaik penggunaan adalah sebelum tidur
– pastikan rambut betul-betul kering sebelum di spray (fokus kepada 16 spots)
– sekiranya mencuci rambut, pastikan tunggu 4 hingga 5 jam sehingga rambut betul-betul kering. boleh juga menggunakan hair dryer.

Itchy Hair Loss Anti-Dandruff Shampoo
– waktu terbaik untuk penggunaan shampoo ni adalah pada keesokan paginya
– bilas rambut sehingga tiasa rasa licin
– kemudian pastikan rambut betul-betul kering
Dua produk ni bila bergabung memang akan memberikan hasil dalam masa 7 hari sahaja. KEnapa korang tak percaya ke? Tak percaya korang kena cuba sendiri.

Taip PRODRUFF GET40 ke nombor  012-800 9860 untuk dapatkan harga promosi SEKARANG!

PRODRUFF ~ BEHIND SKIN
Instagram : @prodruff.official_malaysia
Facebook : Prodruff Malaysia HQ
Website : www.prodruff.com
Whatsapp: http://prodruff1.wasap.my
KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2018 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.


  
“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 



Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif. 


Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka. 


Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. 


Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.
TEXAS CHICKEN JB YANG PERTAMA DI JOHOR | Salam. Haihlahhh Uyul. Dah tahu kena pantang makan ayam, tekak tuh teringin jugak laaaa nak ayam goreng ye. Boleh makan, bukan tak boleh. Tapi Uyul hanya nak kurangkan pengambilan ayam. Tapi yela, dah terperasan pulak dekat Facebook ada pembukaan cawangan terbaru Texas Chicken. Texas Chicken JB yang pertama di Johor okay. Mestilah kena try! Madah Mcd, KFC sokmo. Nak jugak try fast food yang lain.



Untuk pengetahuan korang, Texas Chicken di Johor Bahru yang terletak di City Square merupakan Texas Chicken pertama di Selatan Tanahair dan merupakan cawangan ke 48 di Malaysia. Ia dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura. Walaupun agak tak gemar nak ke City Square tuh, kita gigihlah park kereta dekat Komtar tau.

Antara maklumat lain yang dikongsi yang Uyul tahu, restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley. Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.



Kalau korang nak tahu, menu popular yang boleh didapati di sini adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi. Jom tengok satu satu hidangan di Texas Chicken nih.



Coleslaw nih Uyul tapau bawak balik dan masukkan dalam peti ais. Suka makan sejuk sejuk. Rasa dia lebih kurang macam coleslaw KFC.



Bubur nih Uyul tak jamah. Tapi tengok macam sedappp hoi! Kena cuba nextime!



Mashed Potatoes dia sedap yakmatt weyhh. Rasa gravy dia umppphhh! Siap boleh cicah makan ayam lagi.



Tenders nih pun sedap. Korang kena cuba! Macam Uyul cakap, Uyul tak berapa gemar ayam. So rasa dia lebih kurang ayam goreng tuh laaaa cuma takde tulang. Haha.



Jalapeno Bombers nih Uyul tak rasa pulak. Nanti nextime kita pi lagi laaa eh.



Perghhh ini paling kena repeat eh! Crunchy Jalapeno Wrap! Padat mampat!



Crunchy Jalapeno Burger nih korang tengok lah penuh isi dia. Besor nauzubillah. Makan sebijik kenyang 2 hari! hahaha.



Cheese Fries nih biasa je rasa dia. Alaaa macam goreng kentang segera tuh. Buh laaaa cheese dan mayonis. So so ahh.



Dekat sini ada 3 jenis ayam. Original, Spicy dan Keju Berapi. Hmm. Mungkin sebab Uyul tak gemar ayam goreng, ya diulangi tak gemar ayammmmmm goreng. Jadi Uyul rasa ayam goreng dia biasa biasa je. Mcd ke KFC ke pun rasa lebih kurang. Cuma kalau antara tiga jenis tuh, ofcourse lahhh Keju Berapi yang paling sedap. Hahaha, lain orang lain tekak dia. Korang kena cuba sendiri.




Haaaa ini diaaaa yang paling digemari. Cubit sikit terus jatuh cinta. Ini lah dia Honey-Butter Biscuit dan Raisins Biscuit! Perghh nama je biskut tapi lembut yakmat. Dia tak panggil roti okayyy dia memang panggil biskut. Hahaha Uyul pun mula mula pelik gak ahhhh. Tapi dah dia kata biskut, kita panggil biskutlahh eh. 




Nak kena order 2 set lain kali. Ayam kita suruh Parzival je habiskan. Hahahahah.


Lagi bestttttttt semua jenis air dia REFILLABLE! Mana nak dapat kat Fast Food Restaurant lain weyhhhhhh. Minumlah seberapa banyak awak nak minum. Jangan terkencing kencing udahlahhhh.


JOM KE TEXAS CHICKEN JB! 

Awak awak semua yang kerja area bandar JB tuh, meh lahh singgah City Square. Tapi itulahh, Uyul pi waktu lunch hour, hmm emangnya kena queue panjanglahhhh awak.

Johor Bahru City Square
Lot J3-21, Level 3,
106-108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor

So, ada sesiapa nak teman Uyul lunch di Texas Chicken esok?
We know that flowers have incredible power to make us feel a certain way...any kind of way… You can also use flowers to tell someone something you can’t express with words. A Better Florist is a team of florists that’s armed with a lot of experience, knowledge and creativity, ready to tell various stories with gorgeous and fresh blooms. This Malaysia flower delivery is every customer’s dream, even if you’re not a flower lover, even if you just want to have a reliable florist, on hand, whenever you have a special event.
ABF collage 2.jpg
A Better Florist didn’t come from nowhere, they were the best Singapore flower delivery, and they still are. They also have several stores that offer a Hong Kong flower delivery, as well as a flower delivery Dubai has and overall several UAE flower delivery locations. They are everywhere, and there’s a good reason for it. This florist has a unique way of operating, from their offering to the way they deliver.

Everything you want to find can be located on their website. It’s simple and easy, even if you’re not that into technology, you’ll find that it’s simple and quick to navigate towards what you need. All of the arrangements are neatly organised into categories, and it won’t take you ages to scroll through all the options because they took the time to design the best arrangements and to display only what they think is beautiful and worthy of your loved ones. There’s no doubt that aesthetically you will agree with the choice of the best florist in Malaysia. On top of all the gorgeous flowers, you’ll also find a gift delivery and a category that’s dedicated to gifts. In it, you’ll find hampers and a fruit basket collection, and several variations of each hamper. From a cute baby hamper to a fun get well soon hamper and other choices, but you’ll easily find what you need.

flower-delivery-singapore-ayla-artistic_3_1.jpg.pagespeed.ce.RDD9RtATZG.jpg
There’s also the choice to ask for something custom to be made, and with that you also get a same day flower delivery. They are probably known as the best florist in Kuala Lumpur, and the best florist in HK because they have a free, same day delivery! Whatever you order, before 3pm, their delivery guys and girls will take it to any destination in Malaysia. The same goes for the best flower delivery in UAE, their flower delivery Brisbane has and no matter where they are.

One last thing that we have to mention is why their flowers are different, and it’s not just their creativity. It’s the fact that these gorgeous blooms that look like they have just been picked up from a garden, are so fresh, tantalisingly fragrant, every single time and it’s all because A Better Florist takes the time to source them locally. By finding local flower farms and nurseries, they are able to transport flowers straight back to their creative shops and craft these alluring florals and deliver them immediately.

This is something not every florist is able to do, but A Better Florist does have different ways of doing things, and these ways clearly show that customers are the most important thing for this business. Otherwise, they wouldn’t be so successful and have a florist in Ipoh, a florist in Penang a flower delivery to JB, as a KL flower delivery, and so many other shops in other countries. Now, it’s on you to shop till you drop and experience what this wonderful florist has to offer.
LITTLE INDIA MAKANS KITCHEN KEMBALI LAGI UNTUK PENGGEMAR MAKANAN INDIA | Salam. Hai korang semua. Ada yang suka lepak mamak tak? Semestinya yang lepak mamak ni ada yang memang menggemari makanan India bukan? Okay Uyul nak bagitahu berita tergempar. DoubleTree by Hilton dah buat comeback untuk Makan's Kitchen khas untuk penggemar makanan India. Regular customer dekat sini mesti kenal dengan Chef Rajendra yang diimport khas dari negara India. Little India Makan's Kitchen kembali lagi untuk penggemar makanan India. Jangan risau semua halal ye kawan kawan. 



Untuk pengetahuan korang, rempah ratus yang digunakan dalam masakan pada promosi Little India kali ini sangat berkualiti demi menjaga keenakan dan kelazatan setiap signature dish yang dibawakan oleh Chef Rajendra. Sesiapa yang pernah merasa air tangan Chef Rajendra pasti tahu apa kehebatan masakan beliau.



Kat bawah nih antara menu yang akan dihidangkan sempena promosi Little India sepanjang bulan Julai 2018. 



Semasa Uyul berkunjung di DoubleTree by Hilton baru baru ini untuk promosi Little India, memang sengaja mengenakan OOTD yang selari dengan tema. Kebetulan ada Kurti je, haa pakai lahhh kan. Baru feel nak makan masakan India.





Yang atas nih Uyul lupa lahh apa. Tapi kuah dia memang pekat lazat. Boleh dihidangkan dengan Roti Naan dia. Cicah memang sedap wooo.

Dhall Thadka



Dhall Thadka semestinya antara menu wajib. Kelazatan dia memang tak terkira weyh. Tapi sebab Uyul tak mampu nak makan banyak banyak sebab kalah dengan rempah yang digunakan. Kalau korang tengok pun, kuah Dhal tuh sangat pekat.
 

Ya Tuhan. Squid Pakora nih memang sedap weyhhh. Kita dah laa suka Seafood. Nak nak dapat sotong macam nih pulak. Tepung untuk gorengan sotong tuh sangat sedap, terasa segala rempah. Selalu kalau goreng tak nampak rupa. Ini korang tengok, very the details chuols. Fuhhh sedapnya sampai ke hari ini terasa duhh.


Haa Meatball nihhhh semesti wajib weyh!! My always favourite kalau datang ke DoubleTree by Hilton nih. Ehh bebola dia padat tau. Siap dengan kuah sekali tuh. Serious sedappp gilosss.



Yang atas nih pulak ialan Tandoori Chicken. Uyul pulak memang penggemar ayam Tandoori. Haaa tak lepas peluang mencuba keenakannya. Perah pulak dengan limau, wowwww rasa dia memang pedepawww!






Yang atas ni pula 'Chana Onion Salad dan Aloo Chat'. Juga dihidangkan bersama mint sauce, cocumber raita, lime and onion ring, mango chutney dan juga papadom. Semua salad ni memang biasa ada dalam setiap menu masakan India. Salad tuh Uyul tak try pula. Tapi Parzival kata sedap woi. Nyesal tak amik. Hahaha.

Banyak lagi sebenarnya menu yang dihidangkan. Tapi Uyul sekarang perut nih mudah penuh lahhh gais. Dapat jamah sikit sikit pun jadi lahhh hahahaah. Kononnya on diet. Tapi sebuk nak jadi #FoodieBlogger. Kahkahkah.



Dengan Papadom pun dia beriya makan tau. Ya ampun Uyul. Hahahah. Dah dahhhh. Jom tengok apa yang Uyul makan petang tuh! Meriah tak meriah pinggan kita kan.



Dah dah korang semua pergi Double Tree by Hilton Johor Bahru di Makan 's Kitchen untuk:

LITTLE INDIA - MAKAN's KITCHEN
Featuring Chef Rajendra

Beralamat:
12, Jalan Ngee Heng,
Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Contact: 07-268 6868

Promosi Little India ini bermula dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2018. 
Dari jam 6.30 pm hingga 10.30 pm
Setiap Ahad hingga Khamis. 

Harga RM102nett per/pax

Jangan lepaskan peluang!