SHELLOUT MURAH JB | BULAT BULAT CORNER

SHELLOUT MURAH JB | BULAT BULAT CORNER. Salam. Apa khabar rakan dan taulan. Lama Uyul tak bersiaran di blog usang yang semakin usang. Hmm, malas nak bagi alasan kenapa lama menghilang. Cliche sangat ayat BUSY tuh. Hahaha. Macam macam lahh Uyul nih kan.


So, dah puasa ke 21, enkorang dah buang puasa berapa hari? Yang perempuan tayah jawab. Yang lelaki tuhhhhh. Kenapa tak puasa? Biashhheeeeee diaaa nihhh. Ni nak tanya, sepanjang bulan puasa, berapa kali enkorang buka puasa kat luar? Uyul ada laa dalam 3 kali buka puasa luar. Selebihnya memang beli kat bazar, buka puasa kat rumah je.

Dipendekkan ceritanya lahhh kan. Disebabkan dah bosan makan ngadap dinding. Entah saka apa yang merasuk Uyul, perut tiberrrrrr je nak Shellout!!! Berangan nak shellout padahal buka puasa sensorangggggg!

Uyul duk call Ekin, last minute sangat dia tak boleh join. Disebabkan gentle je lah nak buka puasa sensorang, kita pun mulakan misi menggoogle. Tak jumpa dekat Google, ehhhh Parzival bukak FB, terus berlegar legar sponsored post Shellout. Hahaha. Apa lagi. Tengok info dia, wahhhhhhh Bulat Bulat Corner!!!! Dekat sangat dengan office. 7 bulan ehhhhh kita kerja kat Larkin nih, kenapa baru tahu ada port shellout kat sini.



Konsep Bulat Bulat Corner nih macam food court. Ada banyak gerai dalam tuh. Tapi Uyul tengok majority customer memang makan Shellout. Disebabkan suasana gelap dan kelaparan melanda, tak sempat nak snap sekeping dua gambar suasana di BBC. Yang Uyul perasan, ada lah gerai ikan bakar, satey, nasi ayam penyet. Wahhh meriahhh! 

Berbalik kepada Shellout, Shellout di BBC harganya bermula RM25 untuk 2 pax. Uyul pesan Mix Shellout untuk berbuka masa tuh. Ada kupang, kerang, lala, udang, ketam, jagung dan juga brocoli. Dah itu je paling sikit portion dia. Makan sorang berbaloi, makan berdua pun berbaloi. Jangan terkejut sangat lahhhh Uyul boleh habiskan set Mix Shellout tuh. Sebab memang hantu seafood, tak boleh cakap apa. Cuma nya mungkin sebab waktu berbuka kan, so Uyul dapat makan lewat sikit lah. dalam 7:40pm macam tuh baru dapat makan. Kemahin meleleh airliur tengok orang makan. Hahahaha selekeh!!!!


Kalau korang tanya sedap ke tak, ye sedap. Cuma mungkin sebab pernah makan yang paling sedap kat Port Dickson, so dia jatuh no 2 la. Tapi portion dia memang besar! Banyak gilaaaa weyh. Udang dia kemahin besor! Kenapa lahh dapat 2 ekor je hahahaha. Kerang dia bersaiz kecil, manakala kupang dia ya tuhannnnn besar gabak macam udang jugak.

Weyhh tak boleh laaa describe time bulan puasa nih, duk telan air liur je nihhhh. Hahahaha. Enkorang pi laaaaa cuba, senang je landmark dia. Cari je Stadium Larkin, ada balai polis baru dekat situ kan, haa dia sebelum balai tuh, bebetul depan sekolah.

Apahal lahh selama nih lalu je, tak reti singgah. Kalau tak mesti jadi port lepak Uyul dengan Parzival lepas office hour. Haihhhh kene repeat nih!

4 comments:

  1. lepas raya jom bershell out..lama tak pekena shell out ni oiii

    ReplyDelete
  2. wah nmpk sedap je..ciktom xpernh pergi shellout duk jb ni sebab suami tak suka seafood..nak makan sorg rs xberbaloi plk kang tak habis..huhu

    ReplyDelete
  3. Haaa jangan lupe plak ajak Sis ekali ngeteh tu oii hahahhaa

    ReplyDelete
  4. WAHHH SEDAPNYA..RABIA TAK PERNAH SHELL OUT LAGI.ASYIK MAKAN NASI GORENG JE.SEBAB DAH FAVOURITE NASI GORENG.TAK PERNAH TUKAR MENU LAIN.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>

Powered by Blogger.