PELANCARAN HONOR 7 EKSKLUSIF DI SHOPEE MY

PELANCARAN HONOR 7 EKSKLUSIF DI SHOPEE MY | Salam. Hi korang. Ada peminat peranti Honor tak kat sini? Uyul tak pernah lagi menjadi pengguna Honor. Apa yang Uyul tahu, Honor merupakan e-jenama peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI. Nak bagitahu korang nih, Honor 7 dah masuk Malaysia dan Majlis Pelancaran Honor 7 eksklusif di Shopee MY bakal diadakan pada hari esok bersamaan 8 Jun 2018 pada jualan murah Super Honor Day. 




Yang bestnya,sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk Honor.



“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Tambahnya lagi, “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.


“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.


Mengenai Honor 7A

Honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, Honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.  Okay yang nih memang naissssss. Memandangkan Uyul dah lama sangat setia dengan iPhone 5s, Honor 7 ini mungkin bakal menggantikan iPhone sedia ada. Hahahah hamboi Uyul.

 
Kalau korang nak tahu, ianyajuga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Wahhhhh tak payah bawak powerbank dahhhh ek?? Boleh tahan satu hari penggunaan nih. Tah tah 2 hari sekali baru caj.

Tambahan pula, telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. Honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Okay dah tak perlu pakai dua tiga handphone. Satu handphone boleh masuk 2 sim.

Korang boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.


Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa Honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan Honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat Honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298.

Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore
 
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my

Haaa apa lagi, jom lahhh korang dapatkan Honor 7 di Majlis Pelancarannya pada hari esok. Memandangkan raya nak dekat, orang kat handphone raya nihhhhh. Lai lai lai. Belikan Uyul sebijik please!

3 comments:

  1. assalamualaikum uyul....best juga hp ni kn...

    ReplyDelete
  2. Ni kalau dapat, feloles laaa muka di pagi raya hehehe

    ReplyDelete
  3. harganya jauh lebih murah di shopee.macam berbaloi beli..
    JanjiKita

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>

Powered by Blogger.