MAJLIS BUKA PUASA DUALTAP BUILDING MANAGEMENT

/
5 000 Comments
June 09, 2018
MAJLIS BUKA PUASA DUALTAP BUILDING MANAGEMENT | Salam. Semalam Dualtap Building Management Sdn Bhd anjurkan Majlis Berbuka Puasa yang dikelolakan oleh Team Tropez. Majlis semalam telah diadakan di Kapten Steamboat & Grill, Johor Bahru.

Memandangkan semua site balik kerja 4:30pm, so Uyul percaya semua staff stayback sementara nak tunggu waktu berbuka. Yela, kalau balik kang nanti bersesak dalam jem pulak. Sama lahh Uyul pun. Padahal Kapten Steamboat tuh bukan jauh dari Larkin, kira kalau balik rumah pun dekat jugak. Tapi sebab malas haha. So stayback dari 4:30 pm dan gerak ke restauran jam 6:00 pm.

Sampai sampai je masuk jumpa Team Tropez dulu. Lepas dah register bagai, Uyul nampak table Qila kosong. So apa lagi, join lahh dorang. Memandangkan kite sorang sorang kan wakil DLarkin takkan nak duduk table jauh jauh pulak. Karang Uyul macam krik krik je laaaa hoi walaupun ada Parzival kat sebelah.

So dah duduk ngadap Qila nih, kalau tak tanya pasal Mewah View memang rugi. Banyak gak lahh tanya dekat dia. Mana tak nya lepas raya sis nak pindah Mewah View dah. Tanggungjawab dah semakin besar nih awak. Risau tak boleh perform je nih. Tapi bak kata Qila, kalau nak belajar banyak, belajar dekat Mewah View. Sana site memang mencabar dengan kerenah Council Member yang so fussy, Resident yang datang tengking tengking. Haaaa sampai bila nak berada di zon selesa di DLarkin nih kan.

Borak borak sampai tak sedar nak masuk waktu berbuka dah. Uyul pun duk tercari cari Team Impiana dan Ion. Mana pulak lahh Ikin and the gang nih kan. Nak gosip gosip nih. Bila dia sampai je terus cari dia. Haihh kecik betul orangnya. Dah pernah jumpa sekali dah tuari, tapi jumpa kejap je lahh. 

Best sebenarnya bila boss sponsor dinner macam  nih. Dapat jumpa kawan kawan dari site lain. Actually Dualtap ada lebih kurang 8 site. Bistari Impian, Tropez, Impiana, Ion, Mewah View, DLarkin, MCondo dan Horizon Hill. Dapatlah jumpa semua site tapi tak semua ada lahh semalam. Hopefully nextime boss boleh sponsor makan makan lagi sebab semalam makan tak puas ahh. Malas nak grill, hahahaha. Parzival yang tolong grill kan.



Ini lah dia sebahagian Dualtap Building Management Team!



YOU MAY ALSO LIKE:

5 comments:

  1. Cukup tak suka kalau bulan puasa makan steambiat, lambat nak masak hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tentu seronok berbuka ramai2

    ReplyDelete
  3. wahhhh meriahh betull berbuka ramai2 kan.

    ReplyDelete
  4. seronok berbuka puasa dengan kompeni ni.masa nilaj nak kenal dengan staff lain.banyak juga ilmu dapat bila berbual sesama staff kan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. wah....bestnya yul...ada kosong tak..hahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>