BELI KERETA IMPORT DI TIJANI MOTORS

/
2 000 Comments
May 03, 2018

BELI KERETA IMPORT DI TIJANI MOTORS | Salam. Hai semua, Jumaat lepas 27 April 2018, Uyul berpeluang bersama sama rakan rakan #JDTBlogger yang lain ke Majlis Perasmian dan Kesyukuran Tijani Motors Sdn Bhd di Pontian Kechil, Johor. Ada ke rakan rakan Uyul dekat sini yang berminat untuk membeli kereta import? Jomlah beli kereta import di Tijani Motors!



Majlis Perasmian dan Kesyukuran ini bermula pada jam 8:30 malam dihadiri oleh beberapa rakan media yang lain dan orang awam. Majlis Perasmian ini telah disempurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, YB Datuk IR Hj. Hasni Bin Hj Mohamad. Di dalam ucapannya, beliau berharap Tijani Motors yang dilancarkan pada hari tersebut dapat menembusi pasaran di Pontian Kechil, Johor.


TIJANI MOTORS SDN BHD

Untuk pengetahuan korang, Tijani Motors dimiliki oleh usahawan Bumiputera iaitu Datuk Haji Muhd Tahir Bin Haji Mohd Noah dan diusahakan bersama rakan niaga Yamud Enterprise. Tijani Motors Sdn Bhd dulunya dikenali sebagai Tijani Transport Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi.

Jom layan video dan gambar gambar sekitar majlis pada malam tersebut.



Video dan gambar sekitar Majlis Perasmian dan Kesyukuran, kredit to Kidal Art Studios.



Pendaftaran bermula dari jam 8:30 malam. Para media dan blogger dikehendaki mendaftar dan kit media diberikan bersama sama sejurus pendaftaran.


Ketibaan Yang Berbahagia Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, YB Datuk IR Hj. Hasni Bin Hj Mohamad diiringi  Datuk Haji Muhd Tahir Bin Haji Mohd Noah.





Ucapan Alu-aluan oleh  Datuk Haji Muhd Tahir Bin Haji Mohd Noah.




Para tetamu yang hadir dalam memberi sokongan kepada Tijani Motors Sdn Bhd pada malam tersebut.




Gimik perasmian pemotongan reben dan tandatangan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, YB Datuk IR Hj. Hasni Bin Hj Mohamad 




Semestinya Team Blogger Johor yang kecoh tak hengat. Bertambah meriah majlis dengan kehadiran kami. Hahaha. Mana tak nya, kami memang kecoh.

ANTARA KERETA IMPORT DI TIJANI MOTORS









JOM KE TIJANI MOTORS SDN BHD

Senang je landmark dia. Korang kalau ke Pontian, korang cari McDonald. Berdepan je dengan McDonald tuh. Atau kalau sesat tak jumpa juga, boleh hubungi:

En. Dzol: 013-685 4217 & En. Ismail: 012-709 9908
Alamat: Lot 979, Jalan Johor, Bandar Pontian Kechil, 82030 Pontian, Johor
Facebook: Tijani Motors Sdn. Bhd.
Instagram: @tijanimotors

Apa lagi, sempat laaa nak grab seketul dua Alpahrd raya tahun nih. Hahahaha.


YOU MAY ALSO LIKE:

2 comments:

  1. moga perniagaan mereka terus berkembang.

    ReplyDelete
  2. tolong belanja kereta orange tu makcik

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>