SEJENIS UYUL ROSLI

/
8 000 Comments
April 24, 2018
SEJENIS UYUL ROSLI / UYUL CANTIK. Salam. Korang mesti ada sejenis korang kan? Meh nih nak share sejenis Uyul. Kalau tak suka sila pangkah page nih. Dah warning awal awal eh. Kang ada terannoying pulak. Sejenis Uyul sebenarnya ada banyak jenis. Bukan satu jenis je. Hahaha.


Well, sejenis Uyul sejenis dah tak kisah orang nak cakap Uyul tak laku, takde orang nak. Sejenis dah tak kisah langsung orang nak perli perli dia umur 17 tahun dah jadi isteri orang, umur 18 tahun dah jadi mak orang, umur 20 anak dah berderet. Sejenis dah tak kisah Uyul menikah ke tidak, Uyul bakal jadi anak dara tua ke apa, lantak pi. Bukan mak ayah awak yang besarkan kita. Haaa gitu.

Sejenis dah malas nak amik port orang suka ke orang tak suka ke. Lantak sana. Sejenis malas nak tunjuk effort buat baik depan orang dah. Buat sakit hati je aih. Buat lah baik macam mana, belakang kita berbakul bakul dia kutuk. Siap panggil geng. Padahal baru kenal sebulan dua dah sebuk nak bercerita hal lampau orang. Nak nak tersilap pulak kita nih baik hati nak tolong orang dalam susah. End up, "Laaaaa kau burukkan aku rupanya." Menyesal sebab pernah buat baik dengan orang macam nih. Sebab tuh dah malas nak put an effort for certain things yang memang takde ROI.

Sejenis dah biasa kena hadap sorang sorang. Sejenis dah masak sangat dengan perangai sesetengah orang. Ehhhh laaa kau nih depan baik, belakang kau cerita buruk pasal orang. Karang kita yang jadi orang tengah nih pulak yang dituduh beriya iya. Ehhh geramm ek. Awak yang buat tahi, kita pulak terpalit. Pung pang pung pang. Wehhh orang tuh gini, orang tuh gitu. Esok esok tengok keluar dengan orang tuh. Ehhhhh terus tersebar luas cakap kita nih bawak mulut. Orang macam nih, baik mati dari hidup. Jangan lupa taubat dulu. Nasuhah!

Sejenis dah tak heran langsung dengan manusia yang datang dan pergi. Kau nak kawan dengan aku, kawan. Tak nak dahh. Nak burukkan ke, nak viralkan ke, nak anggap "Lantaklah kawan tak kawan, viral tetap viral." Perghh padahal lupa siapa yang sanggup drive 20 jam sehari untuk happy kan hidup dia. Biasalahhh orang macam nih dah biasa jumpa. Lama mana pernah kenal bukan alasan untuk jadikan dia kawan yang baik. Dia lupa 10 kebaikan kita bila 1 kesilapan kita lakukan.  Uyul memang tak hadap dah. Tapi kalau kau nak stay semata mata ada kepentingan, bawak bawak lahh insof. Tak semua orang rela diperbodohkan.

Sejenis yang kalau tak suka, straight sound tak suka. Lantak kau terasa or whatsoever. Paling tak suka perempuan yang bercakap dengan perempuan kemahin kasar, bila jumpa jantan makkkkk aihh apahal kau gedik semacam nih? Tampar nak? Menggedik satu hal. Mengada ngada satu hal. Euwww memang kena setepek aku bagi.

Sejenis yang bila orang menyampah lagi Uyul akan buat. Nak nak sejenis stalker yang sebuklahh haihh stalk orang. Kite tunggu masa nak block awak nih. Tapi ada segerombolan manusia, dia siap panggil geng stalk ramai ramai. Acah acah dia innocent tak bersalah. Ehhh lagi awak stalk, lagi banyak kite post. Lagi lahh Uyul sejenis public sosial media. Hahaha.

Well, korang sejenis apa?

Regards,
Uyul Cantik


YOU MAY ALSO LIKE:

8 comments:

  1. sejenis pembakar brownies tersedap di Johor...boleh?

    larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. yang pasti kc sejenis yang comel lote! hahahaa.

    salah satu jenis kc ni.. tak boleh nak melawan sangat cakap dengan orang yang lebih tua dari kc. memang susah nak lawan. rasa hormat dan serba salah tu menebal nebal. end up berdiam diri is better. ataupun kalau rasa perlu untuk balas, kc balas dengan penuh careful dan dengan bahasa yang proper. :)

    ReplyDelete
  3. Uittt baru ku tahu ko ada banyak jenis ek..ha ha ha
    Takpe Uyul...meh baca kat blog akak tu tentang Redha dr Allah he he he...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum uyul....memang uyul cantik la ni kan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. cantikla awak ni... walaupunkulit breakout bagai tapi bila makeup mcm tak percaya je muka awak bermasalah..
    jgn hiraukan cakap org..asalkan awak tahu apa yang awak buat.

    ReplyDelete
  6. rabia sejenis tak kisah apa orang nak cakap tentang diri rabia,rabia seorang pendiam,pemalu,suka bersendirian..

    ReplyDelete
  7. uyul sejenis yang sangat garangg.bahayaa kalau dia jeritt dari kg sungai danga tuhh boleh membawak sampai bandar baru uda...takutt kiteww wakk..hahhahhaa..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>