RAMADHAN BUFFET 2018 | BUFET CITRA ALA BAZAR DI PULAI SPRING RESORT

April 27, 2018

RAMADHAN BUFFET 2018 | BUFET CITRA ALA BAZAR DI PULAI SPRING RESORT. Salam. Hai korang, apa khabar? Terima kasih sudi jengah blog Uyul. Cumanya boring sikitlahh sebab bulan nih dah 4 hotel yang jemput Uyul sebagai media untuk Ramadhan Buffet. Untuk kali ini, Uyul berpeluang ke Pulai Spring Resort. Berbeza dengan hotel lain yang Uyul dah attend, kali ini Pulai Spring Resort menampakkan kelainan dengan menampilkan Bufet Citra Ala Bazar. 


Selaras dengan tema Bufet Citra Ala Bazar, terdapat lebih kurang 15 bazar termasuk hidangan di luar dan dalam restoren memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka. Korang kalau dah sampai dekat Pulai Spring, tak tahu mana arah nak tuju, cari bangunan Pulai Pavilion nih okay. Restoren terletak di bangunan ini.


Untuk penggemar kambing, apa yang Uyul cari kalau pergi mana mana preview adalah hidangan kambing. Hidangan Kambing Kuzi yang dipanggang bersama pilihan herba terbaik dihidangkan bersama Nasi Briyani boleh didapati di sebelah kanan restoran.




Hidangan Kambing Kuzi juga boleh dinikmati bersama sama Ayam Masak Opor dengan Kentang dan Terung, Tulang Rusuk Masak Merah dan juga Udang Mentega dengan Daun Kari. Selain daripada itu, hidangan tradisional seperti Kambing Gulai Kawah dan Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box akan dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap. Memang favourite Uyul semua nih. Tak lepas peluang santap habis habisan.



Hidangan Kambing Kuzi yang tak boleh dilepaskan okayy. My favourite all the time! Hahaha tapi yang mana ada penyakit tu berjaga jaga jangan terlebih makan pulak ye.




Antara menu menu makanan tempatan yang akan dihidangkan semasa Bufet Citra Ala Bazar termasuklah Asam Pedas Johor dan Gulai Lemak bersama pilihan Ikan Pari, Ikan Siakap, Ikan Kembung dan Ikan Tenggiri. Jangan tak tahu, Laksa Johor, Murtabak dan sate juga bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan.
















Bagi penggemar ulam-ulaman, jangan risau, Ramadhan Buffet di Pulai Spring turut menyajikan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal. Tidak ketinggalan jugak Rojak Petis, Tauhu Sumbat, Jeruk jeruk Malaysia, Acar Jelantah, Keropok Udang dan Ikan serta pelbagai jenis makanan lagi. Jom layan hidangan yang disediakan. Yang nih mana sempat Uyul snap lahh sebab kebetulan Uyul sampai agak lewat.











Bufet Citra Ala Bazar ini turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, Cendol, Ais Krim Malaysia, buah buahan segar, aneka jenis kek, bahkan Coconut Shake pun ada. Rugi siapa yang tak cuba!






Mee goreng mamak pun ada, char kuew teow pun ada. Laksa pun ada! Memang berbaloi lahh bawak satu family berbuka puasa disini.





Peminat Gear Box, jangan tak cuba pulakk. Cuba tengok kat bawah nih, memang memukau! Lalalalaaaaa, kalau kat rumah dah amik straw dahhh nih. Hahahaha tak senonoh betul.


Korang dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak kanak. Jom jommmm tengok harga pakej yang ditawarkan untuk Ramadhan Buffet di Pulai Spring Resort.



 HARGA RAMADHAN BUFFET | PULAI SPRING RESORT 


Harga Biasa
RM108 (dewasa) RM54 (kanak-kanak) – pembelian 9 orang dewasa, PERCUMA 1 seorang

Minggu Pertama Ramadhan (19 – 25 Mei 2018)
RM85 (dewasa) RM43 (kanak-kanak)
** Jimat RM23 seorang

Pra Pembelian Voucher (1 April – 10 Mei 2018)
RM90 (dewasa) RM45 (kanak-kanak)
** Jimat RM18 seorang

**Sila ambil perhatian bahawa semua menu adalah tertakluk kepada perubahan. Menu akan bertukar setiap hari
**Semua harga termasuk GST

Untuk tempahan, sila hubungi +607 521 2121 atau WhatsApp di +6017 745 5776
(Cik Nadia dari Jabatan F & B)
atau

**Surau disediakan / **Parking PERCUMA

You Might Also Like

10 000, 000 Pengkomen

  1. nak tempahlah utk buka puasa nanti

    ReplyDelete
  2. Fuyoooo tengok terus lapar...aishhhhh makan sesajer kannnn

    ReplyDelete
  3. da la belum lunch lagi ni...nampak makanan lagi..hahahah

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum uyul...peghhhh sedapnya lapo la...

    ReplyDelete
  5. suasana di restoran ni agak tenang. mesti tenang je makan di sini.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. semua gambar yg uyul ambik mmg buat kak liez terliur je.cantik sgt. tgk makanan pun sedap bangat

    ReplyDelete
  7. kambing dia memangg sedappp terukksss..

    ReplyDelete
  8. Alahaiii tengok gambar je dah terliur ni uyul

    ReplyDelete
  9. Liza nak buat tempahan nanti.. tempat tu tenang dan makanan mcm sedap.

    ReplyDelete
  10. semuanya sedap² belaka...jom repeat

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>