MENU LUNCH PALING SIMPLE

April 19, 2018

MENU LUNCH PALING SIMPLE | Salam. Hai semua. Saja je hari nih nak share dengan korang antara menu menu lunch Uyul sejak dua menjak nih. Bukan apa, sejak rajin masak nih, kalau boleh hari hari lah nak masak. Tak ada lah masak yang susah susah pun. Menu lunch paling simple lah nihhh weyh.

Mana taknya, bangun je awal kadang tuh jam 6:00 pagi dah celik. Tapi biasa lahhh, golek golek dulu. Ehh tup tup dah jam 6:30 pagi. Kadang jam 7:00 pagi baru terhegeh hegeh nak bangun masak. Biasanya memang Uyul masak pagi pagi, sebab ada sesetengah orang suka masak tengah malam then reheat je bila bangun pagi nak pergi kerja. Even dekat rumah ada microwave, tapi tetap jugak nak bangun pagi untuk masak. Uyul kurang sikit lahh kalau nak frozen kan lauk nih. Suka makan yang fresh.



Uyul kalau masak memang untuk dua orang sebab lunch sekali dengan Parzival. Yang senangnya Parzival nih, dia tak cerewet bab makan. Asalkan takde belacan ke petai ke jering ke. Haaa memadai. So senang lahh kerja Uyul. Ada ikan atau ayam dan sayur. Cukup. Senang betul jaga perut dia sampai gemok cemtu hahahah.

Selalunya, kalau dah lewat sangat memang goreng saja saja je ikan atau ayam tuh. Ikut mood terlebih rajin, menyambal lahh kita. Kalau lagi rajin, masak lomak cili api ke. Tapi tuh lah, dua tiga minggu nih penuh aktiviti preview Buffet Ramadhan kan, so kalau boleh nak makan seringkas mungkin waktu lunch. Tak ada lah kenyang sangat bila petang nak ke hotel.


Menu dekat atas nih paling mudah. 30 minit dah siap masak. Ayam goreng tuh beli frozen. Yang nih kan, Uyul beli jenama Tesco. Murah sangat. RM10 satu peket. Biasanya boleh masak 3 ke 4 kali untuk makan berdua. 

Sayur pulak Uyul suka yang mudah nak sediakan. Kacang buncis tuh potong panjang, tumis bawang putih, bawang merah, masukkan udang dan sosej (optional) then masukkan kacang buncis. Tabur sikit garam dan white pepper. Siap!


Menu kat atas nih pun mudah je. As usual, 30 minit je masa yang diperuntukkan untuk masak. Hahahah. Ikan lumur dengan serbuk kunyit sikit garam sikit, then goreng.

Sayur kacang botol goreng tu pulak, sama je masak dia dengan kacang buncis tuh. Cuma beza nak pedas sikit, Uyul buh laaaa lada cili sikit.

Parzival, dia kurang sikit sayuran jenis kekacang. Tapi dia boleh je makan. Selalu kalau kami lunch dekat luar pun, lauk dia akan amik common je. Ayam dan sayur. Sayur pun selalu nya kubis tak pun taugeh. Haihhhh gitu je dah RM7 belum siap air lagi.


Nih kalau rajin nak menyambal, menyambal lah kita. Kalau datang malas dan bangun lambat, memang goreng je ikan ke ayam ke. Masak sambal nih tak susah pun. Tumis bawah putih. Masukkan lada kisar, nih Uyul pakai yang segera. Kat rumah memang takde blender, biasa lah hidup bujang kan. Lepas dah naik minyak, korang masukkan sos tiram sikit, sos tomato sikit, sos cili sikit. Then garam sikit, jangan bebanyak kang masin lak. Uyul biasa tak buh garam, buh kicap masin sikit hahaha. Tahh, Memang jenis allergik nak buh garam. Asal boleh telak okaylahhhh.

Uyul tak lah pandai masak, tapi rajin memasak nih antara salah satu inisiatif Uyul nak berjimat dengan Parzival ah. Cuba lah bayangkan lauk dekat simple dekat atas nih, sepinggan RM7 kalau dua orang dah RM14, belum masuk lagi air. Jom lah buat kira kira berapa jimat Uyul boleh jimat bila rajin memasak.

Kacang buncis, satu ikat RM2 (boleh masak 2 kali)
Ayam Goreng, satu peket RM10 (boleh masak 4 kali)

So total sekali masak, kacang buncis RM1 tambah ayam goreng RM2.50 bersamaan RM3.50. Instead of habis RM14, kita dah boleh jimat RM10.50. Itu sehari, kalau seminggu, dah jimat RM70++ betul tak?

Untuk ikan pulak, kalau kira kira ikan sekarang pun agak maha. Tapi ikut jenis ikan. Kalau macam ikan selayang dekat menu atas nih, takde lah mahal mana. Lebih kurang dengan harga ayam crispy tuh je. Memandangkan stok ikan Uyul selalu dapat dari Abah, so jimat banyak lahh kat situ.



Yang nih kemahin acah acah makan timun jepun.
Memang sedap weyhhh rupanya, ratah gitu je.


Acah acah snack kalau lapar kat office.
Hmmm. Tak sampai office dahhh habis hahahahaha. Amende tahh. 


Sejak pindah ke JB nih, sebolehnya nak cari duit berjimat. Kadang kadang orang nampak kami berdua makan kat kedai have have, tapi dia tak tahu seminggu jimat RM70, memang lah dapat makan have have. Alaaa kita bukan tak boleh makan cafe hipster, kedai mahal mahal, boleh. Kerja penat penat mestilah nak reward diri sendiri. Tapi sebulan tuh jangan lahh hari hari. Seminggu sekali pun okayy what. Kami berdua biasanya kalau nak makan mahal KFry, Seoul Garden, Boat Noodle. Tu semua awal bulan dan akhir bulan. Baru lahhh reti jimat tuh camne.

Haaa, korang lunch apa hari nih?


Regards,
Uyul Cantik yang perasan CANTIK

You Might Also Like

9 000, 000 Pengkomen

  1. good job..rajin masak banyak jimat.. lagi pun boleh masak ikut bape banyak kita nak kan..kalau kat kedai nak ambil banyak lagi banyak kena caj.. ehhhh panjang kau bebel kak..hahahaha

    ReplyDelete
  2. ni kira diet lah ni eh..hahaha

    ReplyDelete
  3. betul tu uyul. bawa bekal lagi jimat. kalau uyul pi tesco ayam murah 1kg RM5.90. jadi seekor dalam RM12. minta potong 10 or 12. then balik cuci siap-siap, asingkan. boleh marinate siap-siap juga, lagi lama marinate lagi sedap. nak bawa bekal, masuk je dalak oven. by the time uyul bersiap, ayam dah siap ;)

    ReplyDelete
  4. Lauk simple cenggini kalau makan berdua memang sedap.lagi sedap tambah sambal ketuk ke sambal belacan ke cili kicap ke...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum uyul...mmg terbaik la anak dara ni...masak sendiri lebih baik dr beli mkanan kat luar tu....nasib baik mama x ada anak lelakai kalau ada leh jd menantu pilihan ni......

    ReplyDelete
  6. menu simple la yang sedap.. yang penting air tangan sendiri kan

    ReplyDelete
  7. sayur kacang buncis tu memang yang paling mudah...tu febret husband akak tu..hahaha! ikan tu, uyul try lumur sikit asam jawa gak bersama kunyit & garam lain kali sebelum goreng..sedapppp

    ReplyDelete
  8. menu simple tapi siapa yang memang tekak Melayu.. very very deliciouss! hehee

    ReplyDelete
  9. yg simple tu la yang sedap

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>