CENDOL DURIAN DI CHOW KIT ROAD

April 23, 2018

CENDOL DURIAN DI CHOW KIT ROAD | Salam. Minggu lepas Uyul dan Parzival ada ke Kuala Lumpur attend event Zeeta. Dah alang alang kami stay lah KL satu malam. Tidur rumah adik Uyul dekat Puchong Perdana. Apa lagi, melantak Cendol Durian di Chow Kit Road lahhhh gamaknya.


Selalunya duk sakit hati je kan adik Uyul lepak kat stall tuh melantak Cendol Durian. Apa lagi kita pau lahh dia malam tuh. Yang bestnya Cendol Durian nih dapat satu pangsa durian, lebih kurang 3 ke 4 ulas durian besar gabak ek. Perghhh rasa pulak durian dia pahit pahit gitu. Habis diet Uyul malam tuh.

Korang tengok lahh isi durian dia, kemahin beso beso an? Aduhh masa taip entry nih, kemahin kecur tekak. Kita dah la hantu durian.


Untuk pengetahuan korang, gerai nih terletak betul betul dekat Chow Kit Road. Haa cari lahh kedai yang ada jual Bakso, Nasi Ayam Penyet. Uyul try jugak Bakso dia. Boleh tahan sedap uiii.


Yang pastinya gerai ini akan bukak sehingga jam 3 pagi. Haaaa ngam lahh tuh. Lepas duk makan Cendol Durian, apa lagi, dah boleh round jap. Cari sayur ke ayam ke kan. Chow Kit Road mana la pernah mati, hidup je laa dia sampai ke pagi.


Dah habis durian, baru sebuk nak makan cendol.


Ini lah dia adik Uyul dan adik ipar yang bawak kami jalan malam tuh. Sampai rumah dalam pukul 2 macam tuh, masing masing terus tidur. Parzival lagi ahh dengan tak tukar seluar nya terus berlayar. Esok nak balik Johor, itu yang kepenatan tuh.

Korang kalau nak cuba, jangan segan silu cari gerai nih okayyyy! Memang umpphhh!

Regards,
Uyul Cantik

You Might Also Like

7 000, 000 Pengkomen

  1. Pergh mengancam gile cendol ko, setongkol durian...hu hu hu

    ReplyDelete
  2. memang mendatangkan kemarahan betul publish durian di bukan musim durian ni.hahahaha

    ReplyDelete
  3. adoi, kecur tau Uyul ni buat akak

    ReplyDelete
  4. alamak...saje kan dia ni tunjuk cendol durian pulak..semalam akak tunjuk cendol bakar je..hahaha

    ReplyDelete
  5. penuh ek duriannya. ngences terus.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. perghhh isi durian dia mantop! penuhhh. berbaloi baloii~

    ReplyDelete
  7. sampai ke kl awak mencari cendol durian erkkk hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.</p>